Rabu, Mac 09, 2011

UiTM Speaker's Corner

Jam 7 malam, 6 Mac lalu saya rakamkan gambar berikut di pusat membeli-belah, The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Barangkali dia penat bekerja.


... lalu terlena.


Apapun dia tidak boleh didakwa mengikut sebarang seksyen mengikut Kanun Keseksaan. Cuma perlakuan janggalnya diperhatikan ramai pengunjung pusat membeli-belah melintasi ruang legar terbabit.

 Lihat pula gambar ini.


... saya rakamkan di antara jam 9 dan 10 malam tadi di  Dataran Cendekia, Universiti Teknologi Mara, UiTM, Shah Alam, Selangor.

Sebilangan penonton sanggup duduk di atas lantai simen, khusyuk mendengar.


Pastinya mereka bukan menonton orang tidur di lokasi tidak sepatutnya, jauh sekali konsert Maher Zain atau Justin Beiber.

"This is the 7th time. Sambutan kali ini lebih memberangsangkan," ujar Rafeena Hamdan.

Rafeena, antara ahli UiTM English Debating Society, penganjur Speaker's Corner.


"Setiap peserta wajib mendaftar terlebih dahulu sebelum bercakap di depan khalayak," tambah Rafeena.

Melalui pengamatan, saya dapati semua pelajar terbabit dibenarkan bercakap secara selesa berhubung pelbagai topik menarik asalkan tidak menyentuh isu sensitif.


Saya tiba di dataran terbabit tepat pada jam 9.20 malam, secara senyap berdiri dicelah penonton. Dalam suasana samar, saya berasa amat yakin tiada siapa mengenali.

Telahan itu ternyata meleset. Cahaya flash kamera saya mungkin menarik perhatian.

Jam 9.46 malam saya didekati Rafeeza dan pensyarah, Nadiah Thantawi Jauhari. Saya dapat menjangka, pada waktu itu, mereka sedikit terkeliru.

"You are ...," ujar Nadiah.

"Mazidul," balas saya.

"You're the TV3 reporter?," sambung beliau dibayangi kesangsian.

"I am not here as a reporter, a visitor instead," gurau saya.

Mereka tersenyum.

Pujian untuk mereka, lebih baik bertanya berbanding secara terlalu yakin memanggil saya (Datuk) Mahathir Lokman atau Hasbullah Awang seperti berlaku berulang kali sebelum ini.

I don't have the Datukship, yet but Tan Sri Mazidul Akmal  Sidik sounds better. I am kidding! Don't take that seriously.

Sesekali saya gemar memerhatikan reaksi wajah insan barangkali berasa agak asing melihat kehadiran saya di lokasi tidak dijangka. Apapun mereka mesra dan bijak berbual biarpun penguasaan bahasa Inggeris saya tidak sehebat berbanding kemahiran mereka miliki.

Rafeeza, 21 tahun, anak kelahiran Damansara, Petaling Jaya, pelajar tahun 3 Fakulti Undang-Undang UiTM dan mantan Presiden Kelab Debat Bahasa Inggeris.

Kini jawatan itu disandang, Maizura Mokhsein.


Dari Kiri (Maizura Mokhsein, Nadiah Thantawi Jauhari, Rafeeza Hamdan dan ahli pertubuhan)

Setelah hampir 2 abad terbabit dalam bidang komunikasi, saya memuji usaha murni dilaksanakan ahli kelab dan pertubuhan terbabit dilaporkan turut mendapat restu Pusat Kegiatan Pelajar Hal Ehwal Pelajar UiTM.

Normal jika pada awalnya, jika program terbabit tidak begitu mendapat sambutan. Namun jika mereka tidak mengenal erti putus asa, lambat laun usaha itu InsyaAllah pasti berbaloi. 

Hemat saya, untuk menarik lebih ramai penonton, lebih bijak jika speakers tidak membawakan topik dianggap 'berat' dan usah menggunakan jargons. Kita harus ingat, bukan semua penonton remaja memahami kandungan ucapan jika terlalu banyak perkataan di dalam The Saurus digunakan.

"Saya anak kampung, when I was 17, to tell you the truth, I couldn't speak the language (English)"

Itu kenyataan jelas saya kepada Nadia dan pelajar terbabit. 

Pandangan saya, lebih 'ringan' topik disentuh, lebih ramai pelajar berkebarangkalian hadir sebagai penonton kerana mereka akan berkongsi the same wave lenght bersama speakers

Itu hemat saya.

Sebaik mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, saya diekori 3 pelajar lelaki. 

"Encik, boleh kami interview sekejap untuk projek kami," pinta mereka.

Biarpun tergesa-gesa untuk pulang ke  Damansara, saya  cuba memenuhi permintaan mereka.

"Apa pendapat encik tentang Speaker's Corner?," soalan diajukan.

Saya jelaskan, Speaker's Corner, simbol kepercayaan pihak pengurusan UiTM kepada tenaga pengajar dan pelajar. Selagi tidak disalahgunakan, program terbabit, saya lihat memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk berkongsi maklumat sambil mengasah kemahiran mereka dalam bidang pengucapan awam.

"Bolehkah Speaker's Corner dibawa keluar (kawasan awam di luar kampus)?," satu lagi soalan ditanyakan.

"Boleh, jika mereka terbabit mematuhi undang-undang. Maksud saya, setiap speaker tidak menyentuh sebarang isu sensitif dalam ucapan mereka. Apa salahnya jika, kita bercakap di khalayak berhubung topik ..."

Saya terhenti seketika, terlihat seorang daripada pelajar terbabit merakamkan gambar saya dan rakannya menggunakan kamera digital berwarna merah.

" ... berkongsi tips berhubung kaedah memastikan perempuan sentiasa dihargai dan  kelihatan indah di mata lelaki," sambung saya.

Ha! Ha! Ha! Saya hanya bergurau namun tiada siapa tertawa.

Apapun, bravo! Kepada semua terbabit menganjurkan Speaker's Corner, from the bottom of my heart.

15 ulasan:

  1. hahah cuma bergurau dan tiada siapa yang ketawa. awkward juga tu.

    BalasPadam
  2. semoga Speaker's Corner di UiTM dapat membantu mengubah destini anak bangsa Malaysia kita. Jika tidak pada skala besar, skala minima dengan terdetik kesedaran pentingnya mempunyai keyakinan diri pun sudah memadai. terima kasih En Mazidul di atas sokongan padu yang diberikan.

    BalasPadam
  3. Saya membaca baris ini dgn senyum sebelum terlihat komen AFROHEAD:

    “Saya hanya bergurau namun tiada siapa tertawa.”

    Kadang2 gurauan tak perlukan ketawa pun, tetapi ianya tetap gurauan. Tak ketawa bukan bermakna harus menjadikan ianya serius pula. Tetap gurau, kan?

    Saya pun sokong usaha mereka memantapkan skill speech mereka, di samping menambahkan keyakinan diri masing-masing. Lepas belajar pasti akan berdepan dgn pelbagai keadaan lagi.


    *Tidak terselit wajah anak dara saya di situ.

    BalasPadam
  4. bro,

    dalam gambar tu ada lelaki dan pompuan. kenapa nama pompuan jer bagitau? lelaki?
    ha...ha..ha...
    saya sorang jer ketawa

    BalasPadam
  5. aishhhh! menyesal tak datang semalam. rupanya cik Mazidul ada kat Dataran Cendekia! hahahaha
    hasrat dah lama ada nak beucap kat speaker's corner tapi belum kesampaian. :P

    BalasPadam
  6. i miss dataran cendekia! dulu time saya belajar kat sana..xde lagi speaker's corner macam ni :(

    BalasPadam
  7. saya saran mereka buka topik 'beradat dan berADAB parking kereta,'

    sebab bila dah kerja jadi org nombor satu atau dua,
    displin berbeza, masa belajar kena tekan disiplin.

    BalasPadam
  8. finally, debaters dari uitm dapat jugak coverage hahah

    nice!

    ive seen you guys in action at arau open before.

    best of luck!

    BalasPadam
  9. alamak, itu depan kolej kediaman saya..dataran cendekia berhampiran kolej kediaman mawar..hehe

    BalasPadam
  10. Speaker's Corner di UiTM ini jika dibawa ke kalayak ramai pasti ramai menyukainya janji topik yang disampaikan menarik... selain menggunakan Bahasa Inggeris elok juga diberi peluang dalam pelbagai bahasa...

    BalasPadam
  11. Bro Dul, saya masih lemah dalam public speaking. Masih terketar ketar dan suara tak keluar bila nak bercakap di hadapan khalayak ramai. Tambahan pula sebutan bahasa Inggris saya masih pekat dengan 'telo' Jawa. Oleh itu, saya memang cukup respek/kagum/hargai dan tabik hormat kepada mereka yang boleh ke depan dan bercakap. Boleh saya attend kelas public speaking Bro tak? berapa bayarannya? koh koh koh

    BalasPadam
  12. Saya tak pernah belajar sampai universiti.

    Belajar memahami sepatah dua Inggeris melalui TV.

    Berpeluang sekali dua buat Public skipping (eh! Speaking)

    Saya sependapat dengan Mazidul.

    "Pandangan saya, lebih 'ringan' topik disentuh, lebih ramai pelajar berkebarangkalian hadir sebagai penonton kerana mereka akan berkongsi the same wave lenght bersama speakers."

    Jangan terlalu tinggi bicara kita.
    Senang cakap:
    Jangan 'tunjuk pandai' semasa menyampaikan ucapan anda.

    Bila orang terasa kita terlalu 'tinggi' mereka akan lenguh tengkuk nak langut dan lenguh mulut nak nganga.

    Sudahnya mereka akan menjauhi.

    All The Best! Bukan semua orang boleh berucap di hadapan khalayak - walaupun mereka hanya rakan sekelas.

    BalasPadam
  13. UiTM di hatiku.... sangat rindu momen2 dulu :) Tp ms tu xde lg corner ni...

    BalasPadam
  14. maybe time abg wat lawak tu bagi dorang abg ckp serius..

    ye la..muka abg sy tengok serius je..hahaha..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.