Isnin, Oktober 17, 2011

BUNUH BAK FILEM KELUARGA 69

Pada zaman batu, manusia kuno saling berbunuhan antaranya kerana perebutan kuasa dan perempuan. Tiada senapang dan pistol automatik, jauh sekali bahan letupan C4, mereka hanya menggunakan senjata pembunuh diperbuat daripada batu diasah tajam.


Setelah besi dan belerang ditemui maka terciptalah senjata pembunh jarak dekat dan jauh.


Pembaca boleh melihat gambar pelbagai jenis senjata lama dan baharu di laman ini.

Jika diperhatikan secara teliti di zaman serba moden ini, manusia bukan sahaja membunuh musuh mendatangkan ancaman malah mengorbankan nyawa insan tersayang.

Motif pembunuhan, pelbagai.

Anak sanggup membunuh ibunya, baca laporan kes di sini.

Lelaki bergelar suami juga dilaporkan terbabit dalam kes jenayah kejam membunuh isterinya, klik di sini. Dalam kejadian lebih ganas, suami dan ayah sanggup menamatkan riwayat isteri sekaligus mencederakan zuriatnya sendiri, baca di sini.


Ayah juga bukan sahaja membunuh anaknya malah sanggup mengecam mayat mangsa, klik di sini.

1 September lalu, di Indonesia, anak berusia 18 tahun dilaporkan membunuh ayahnya berusia 50 tahun, baca di sini. 

Di Amerika Syarikat, Oktober lalu, isteri dijatuhkan hukuman kerana membunuh suaminya dan tergamak memakan daging mayat mangsa, teliti berita itu di sini.

Abang juga didakwa membunuh adiknya, klik di sini dan adik membunuh abang, baca di sini.

Dahsyatkan?

Kes bunuh zaman ini sudah menjadi seperti cerita Keluarga 69, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

4 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.