Khamis, Jun 28, 2012

SAYA SEDIH SETIAP KALI MELIHAT SAMSUNG GALAXY TAB, BLACKBERRY DAN TELEFON BIMBIT

Awal tahun ini saya memohon Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim 'membantu' orang kampung saya.

Mengapa?

Sedang negara membangun dengan pesat, kampung saya masih ketinggalan dari aspek kemudahan telekomunikasi. Hingga ke hari ini tiada kemudahan telefon di rumah, apatah lagi signal untuk telefon bimbit. 

Tiada Celcom, tiada Digi dan tiada Maxis.

Terlalu jauh berbanding kemudahan dikecapi oleh penduduk Jelebu dan Kampung Gagu di Negeri Sembilan.

Memang saya akui, siapalah penduduk kampung Sungai Bil berbanding menteri. Apapun Datuk Seri Rais tidak perlu melawat kampung saya kerana jauh di pedalaman tetapi mencukupi sekiranya beliau membisikkan kepada pegawai di kementerian diterajui untuk meminta syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia ini  menjenguk ke kampung saya.

Sukar sungguhkah untuk mendirikan pencawang? Sedangkan di kampung lebih 'hulu', pencawang terpacak megah.

Klik di sini untuk melihat kemudahan telekomunikasi di bandar kelahiran menteri terbabit ketika saya ziarahi.

Sebilangan penduduk kampung Sungai Bil semakin tua, tanpa kemudahan telefon, jika berlaku kecemasan, sukar untuk menghubungi hospital terdekat di Tanjung Malim atau Slim River, berjarak lebih 17 kilometer.

Sungai Bil juga dikenali sebagai lokasi pelancong bermandi-manda di hujung minggu, klik di sini, tanpa telefon bimbit menyukarkan komunikasi mereka.

Dalam erti kata lain, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Tab, Blackberry atau semua jenis telefon bimbit tidak berfungsi di Sungai Bil.



Saya percaya majoriti penduduk kampung, penyokong Barisan Nasional tetapi sehingga kini semua luahan  berhubung kemudahan telekomunikasi tidak dilayan.

Menteri Besar bersilih ganti tetapi masalah dihadapi penduduk masih lagi sama, baik di bawah pemerintahan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri?

Cubalah minta mereka menghubungi penduduk Sungai Bil menggunakan telefon bimbit atau pejabat. Pasti kedua mereka menggelengkan kepala berulang kali, tiada nada dering berikutan ketiadaan signal dan talian telefon di rumah. 

Kami tidak memohon bulan dan bintang dari pihak kementerian, cuma hak untuk diberikan kemudahan asas seperti dikecapi oleh majoriti rakyat lain di Malaysia.

Setakat ini nampaknya, keperluan asas telekomunikasi penduduk kampung, juga rakyat Malaysia, jelas TIDAK didahulukan. Namun saya percaya menjelang kempen pilihan raya kelak, barangkali suara mereka bakal didengar oleh wakil parti bertanding.

Sesetengah pihak menjangka, Pilihan Raya ke-13 bakal berlangsung pada bulan Disember, usah sampai semua penduduk kampung berubah hati.

Itu pandangan peribadi saya.

18 ulasan:

  1. Saya tak tau nak komen apa.

    Mungkin elok juga jika penduduk kampong menjemput YB Nizar datang melawat Kampung Sungai Bil. Lupakan politik sempit. Ini soal hidup.

    BalasPadam
  2. Barangkali pihak tertentu risau beban bil bayaran penggunaannya nanti kepada penduduk2 di sana. Masakan tidak bila nama sungainya pun Sungai Bil :)

    BalasPadam
  3. gi jumpa sykt telekomunikasi berkenaan utk berbincang lebih mudah

    BalasPadam
  4. diharap selepas entri ini ada yang memgambil tindakan

    BalasPadam
  5. sama seperti berlaku di pangson hulu langat kampung kelahiran ayah saya yg terletak di hujung negeri selangor..tp al hamdulillah..3 tahun kebelakangan ini..line tel boleh sampai ke kaki gunung nuang..atau jika bernasib baik..pertengahan pendakian :P

    BalasPadam
  6. kesian betul penduduk Sungai Bil... tak pernah menerima bil2 telefon bimbit kerana line pun takde... mohon pihak kerajaan mengambil tindakan pada perkara ini...

    Jom join contest ni dapat pen drive percuma

    BalasPadam
  7. Saya amat memahami kerana keadaan yang sama berlaku kepada kampung saya. malah ada banyak lagi kampung di daerah ranau sabah yang mengalami nasib yang sama. yang buat saya terhari anak-anak kampung amat positif dari segi penggunaan teknologi komunikasi tetapi tidak dapat menggunakannya kerana berada di kampung yang tiada kemudahan tersebut. disamping pembangunan pesat dikawasan bandar, intai-intailah juga kami di kawasan kampung.

    BalasPadam
  8. Caya laa bro.. serius.. dari kg. sungai sekiah sampai laa ke slim village mmg takde line... bukan kata internet . line telefon pun 1 bar kekadang terus takde...

    BalasPadam
  9. situasi sama di area kuala lipis pahang,jalan terbentang cantik dah,letrik dah masuk,tapi talian henpon tak de langsung,terpaksa keluar kira2 5 km dari rumah tuk buat panggilan dan sms,telefon rumah apatah lagi...huuuu

    BalasPadam
  10. Kalau Sabah tu fahamlah keadaan jalannya..
    Tapi N.Sembilan mcm tak percaya je tapi itulah hakikatnya..

    Padanlah PD tu tetap mcm tu jugak..Entahlah!!

    BalasPadam
  11. SMTI - Aduan Encik Mazidul Akmal akan saya panjangkan ke pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


    Atau Encik Mazidul boleh buat aduan ke pihak berikut:-

    NORLIANA BINTI MUHAMAD SANI
    Unit Komunikasi Korporat
    Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
    Aras Bawah, Blok B
    Kompleks Sultan Abdul Samad,
    50610 Jalan Raja, Kuala Lumpur
    Tel : +603-2612 7600 Samb.: 317/320/321/360
    Faks : +603-2691 2366
    Web : http://www.kpkk.gov.my
    Aduan dan Pertanyaan : http://kpkk.bpa.jpm.my

    Nota: Dekat dekat PRU13 ni mungkin mereka cepat bertindak, cubalah ye.

    BalasPadam
  12. Bro tumpang jawab,

    Siti_btp, Encik Mazidul cerita pasal kampung beliau di tanjung Malim, Perak; bukan di Negeri Sembilan, di Negeri Sembilan maksud beliau ialah sistem komunikasi lebih baik. Cuba baca betul betul, kalau tak faham tanya.

    BalasPadam
  13. Red Rambutan, tolong tolong tolong PANJANGKAN. Selama ini ramai hanya melihat PENDEK.

    BalasPadam
  14. Bro, perihal Kampung Sungai Bil telah saya panjangkan kepada pihak berikut dan sedang menunggu nombor aduan serta tindakan selanjutnya.


    "Fauziah@kpkk.gov.my" ,
    "Hussin@kpkk.gov.my" ,
    "\" ,Norbaya bt. Jamaludin ,Norbaya bt. Jamaludin ,
    Shaharliza Mohd Saman ,
    Che Norhazreen Che Mat Reffin
    date: Thu, Jun 28, 2012 at 11:33 AM
    subject: Aduan mengenai tiada liputan/coverage talipon bimbit di kawasan Kampung Sungai Bil, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.



    Sama-sama kita tunggu tindakan dari pihak kementerian dan SKMM.

    Sekian

    BalasPadam
  15. Inilah yang dikatakan kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan...
    Orang kita sibuk membantu orang luar bila ada saja bencana berlaku di negara jiran kerajaan kita lah yang pertama nak hulurkan bantuan tapi mengapakah tiada pihak yg sanggup mencari atau mengesan dimana-mana dalam Malaysia ini masih ada lagi kemunduran dan kemiskinan... Kita sibuk dok pertahankan ideologi masing-masing dengan parti masing-masing dan terlalu fanatik tapi kenapa kita tidak fanatik utk membantu mereka yang dalam kesusahan biar mereka juga turut merasai nikmat dan kemajuan Malaysia masakini......

    BalasPadam
  16. Pada pendapat saya, pihak yg bertanggung-jawab ialah Menteri Besar Perak, ADUN dan MP Untuk Kg Sungai Bill.

    Tak salah saya ada peruntukan untuk perkhidmatan Telefon, api, air, jalan bagi kawasan luar bandar dari kerajaan negeri dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

    Bukankah dalam post tahun lepas pihak telco sudah datang, buat kajian dan buat kira-kira kesimpulannya ialah tak berbaloi pasang menara pemancar di kg ini. Atau mungkin juga pihak telco minta kerajaan negeri/pusat menampung kos memasang menara pemancar.

    BalasPadam
  17. Kerajaan perlu lebih prihatin,
    Biar rakyat suka dan puas hati
    Mana maksud selogan "Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan..."
    Aku kalau ada FB najib ,kompom aku dah send kat dia pasal cerita ni,biar dia sound menteri menteri dia..
    Tak pun aku rasa ,rakyat sg bil ,kena buat satu aktiviti ,jemput agong ,sultan dan menteri dtg,time tu bukan kata line,semua tetiba ada....
    Sebab kat kg aku biasa buat mcm ni,jalan tak terturap,jalan tak elok,last skali ,jemput sultan dtg,dlm 3 hari semua settle...so pk pk kan....

    BalasPadam
  18. jangan kate sungai bil,di tanjung malim ni line talifon memang kurang sikit maxis paling teruk,macam biskut,kat upsi kampus baru pun selalu xde line.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.