Isnin, Mac 31, 2014

SAYA TIDAK PERNAH SALAH SETIAP KALI BERBICARA MENGENAI ANWAR - YUKTES

Yuktes Vijay, 26 tahun, memuja Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sejak beliau berusia 12 tahun.


Peguam itu juga terbabit dalam perbicaraan kes Liwat II. Jelasnya, beliau amat mengenali Anwar dan sikapnya. 

Klik di sini

Sabtu, Mac 29, 2014

HANIMURA YAKUZA MAHU TEMBAK NAJIB RAZAK


Sebelum ini, pelajar institusi pegajian tinggi swasta ditahan oleh polis Kedah kerana mencatatkan komen lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Klik di sini.

Kini, tersebar pula SATU LAGI ugutan dilontarkan secara terbuka membabitkan Najib.


Jika kenyataan di atas dilihat berunsur ugutan jenayah, pihak polis harus memberkas dan kemudian menyiasat pemilik akaun facebook terbabit, 'Hanimura Yakuza'. 

Mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, individu disabitkan kesalahan melakukan ugutan jenayah boleh dipenjarakan  tidak lebih 7 tahun atau didenda atau keduanya.

Kebelakangan ini sebilangan pengendali laman sosial didapati menulis status atau komen mereka secara semberono tanpa mengetahui kesan kepada diri mereka.

Klik di sini untuk lebih mengenali identiti Hanimura Yakuza.

Pisau.net menulis di sini.

Saya difahamkan, beberapa individu bakal membuat laporan polis berhubung kes ini. Ikuti perkembangan tindakan di blog ini.

Tentunya terdapat rakyat Malaysia mengenali pemilik akaun terbabit dan sekaligus memudahkan tugas pihak berkuasa menahannya. Saya percaya dalam tempoh waktu terdekat, dia bakal diheret ke balai polis. 

Tatkala tangan kelak digari, lutut pasti menjadi longlai.


Mereka didapati telah membuat laporan polis, klik di sini.

Jumaat, Mac 28, 2014

TATKALA MANUSIA MELABEL MANUSIA 'ANJING' ... (PENAMPILAN MENGEJUTKAN!)

Berkongsi dan melaporkan fakta, berbeza berbanding perbuatan memfitnah. Bersama kita melihat contoh berikut.

Baca tajuk utama akhar di bawah.



Berita itu disiarkan oleh akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Ringkasnya, pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar Ibrahim kerana didapati bersalah meliwat.

Laporan itu saya anggap normal, bukan rahsia. Tidak hairan, andai ramai pengendali laman sosial memetik berita itu berulang kali sebagai rujukan.

Seperti dijangka, majoriti penyokong Anwar, berang.


Setelah meneliti akaun facebook miliknya, kini saya faham faktor mengakibatkan dia berang dan berikutan itu melontarkan komen sedemikian. 

Itu komen dicatatkan oleh Ronnie berhubung entri, klik di sini.


Ronnie, saya tidak berang kerana tahu awak mengeluarkan kenyataan itu akibat didorong oleh emosi tanpa kawalan. Jiwa muda, mudah terganggu.

Saya kemudian menghubungi Ronnie, menetap di Kampung Melayu Subang  melalui ruang sembang facebook, meminta keizinan untuk memuatnaik gambarnya di sini.  Dia bersetuju. Katanya, dia memang sudah dikenali. 

Catatan di awal entri ini menjelaskan senario sebenar. Tatkala perlu, wartawan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa memetik berita, Anwar disahkan peliwat oleh mahkamah. Parti Keadilan Rakyat dan PAS juga tidak mampu menidakkan keputusan itu. 


Dalam debar, saya mencapai akaun facebook Ronnie. Pada awalnya, saya menduga Ronnie, individu berperawakan ganas, selekeh dan bertubuh sasa. Ternyata jangkaan saya amat meleset.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Penampilan dan kenyataan, tidak seiring. 


[ Sumber gambar : Klik di sini ]

Tidak mengapalah, saya maafkan Ronnie. Lagipun, dia ayah muda. Sekurang-kurangnya dia berani tampil dan bertanggungjwab dengan kenyataan dilontarkannya.

Saya berhidung seperti dia ...
Saya juga berbibir seperti dia ...
Berkepala, bertelinga dan bermata seperti dia ...
Bezanya, dia berkopiah dan berjanggut lebat ...

Jika Ronnie mendakwa saya 'anjing', dia siapa?

** Ronnie : Jaga pesakit di hospital sebaik mungkin ...


SIAPAKAH MENGESAHKAN ANWAR IBRAHIM PELIWAT?

Biarlah soalan itu saya jawab kemudian.

Saya melihat trend terkini sebilangan anak muda kerap tanpa usul periksa memaki-hamun kelompok tidak seiringan pendapat dengan mereka. 


Wan Mohd Hazwan Ruzman sebelum ini mengeluarkan kenyataan di atas tatkala mencatatkan status berhubung kegunaan kapal selam Scorpene untuk mencari mangsa nahas MH370.

Dua individu didesaknya, Pak Jib dan Kak Mah.

Dia kemudian menulis komen susulan ... 


Bahasa anak muda sekarang pelik, 'gile vavi'. Katanya, "gile vavi kak mah". Tidak pernah pula saya melihat perkataan 'vavi' di dalam Kamun Dewan. Mungkin pembaca lebih memahami maksud perkataan dicatatkan oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad, TNB itu.

Rasanya, jika dia berdiri di hadapan Pak Jib dan Kak Mah, tidak terkeluar kenyataan sebegitu dari anak tekaknya. Namun kerana berasa yakin dia tidak dikenali, pelbagai makian dilontarkannya sebelum akaun facebook dipadamkan.

Saya bergiat sebagai pengendali blog sejak 7 tahun lalu.  Ini adalah entri ke-3388 saya tulis. Setiap entri saya nukilkan, dibaca oleh ribuan pelawat. Mereka tahu, identiti saya.Samada mereka bersetuju dengan kandungan entri atau tidak, itu soal kedua. Namun saya sentiasa cuba berkongsi fakta dan berita menggunakan perkataan beradab. Barangkali itu antara petua, blog ini telah dilawati oleh lebih 24 juta kali. 

Di bawah satu lagi komen dicatatkan oleh ayah kepada seorang anak itu.


Andai benci sekalipun dengan penyokong Barisan Nasional, lebih molek jika Wan mengelak menggunakan perkataan 'sial'. Tiada manusia sial di atas muka bumi ini. Allah menjadikan kita semua sebaik baik kejadian. Wan berpeluang menegur di laman sosial  tetapi tidak kiamat dunia ini sekiranya teguran itu dicatatkan dalam keadaan beradab.

Tidakkah Wan menyedari, sesiapa sahaja di Malaysia dan di dunia ini berkebarangkalian mencapai maklumat dirinya? 

Klik di sini.


Sebilangan mendakwa kononnya saya menggunakan kaedah 'character assassination' untuk menghalang dia daripada terus melontarkan pelbagai status mahupun komen tidak enak dicerna dek otak. 

Namun hemat saya, Wan sendiri mengundang kredibiliti dirinya dipertikaikan sebelum identitinya (sediakala terdedah), didedahkan di blog ini.


Tentunya sebilangan pembaca komen kesat itu ingin mengenali individu, si pencatat. Individu membuat kenyataan 'giler vavi kak mah ni'. Jika 'kak mah' dalam hal ini individu lebih berusia berbanding umurnya, pemilik akaun facebook berasal dari Bachok, Kelantan itu ternyata bersikap biadab.

Majoriti daripada kelompok didapati sering menghamburkan komen berbaur lucah, kecaman serta hinaan, lazimnya tidak beridentiti. Tiada gambar peribadi dan tiada data diri dicatatkan di laman sosial mereka. Tujuan utama kehadiran di dunia maya, hanya untuk mencaci dan mengutuk individu tidak sehaluan dengan kepercayaan politik atau pandangan mereka.


Dua hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, menggantung tugas juruterbang kanannya berikutan status kasar dicatatkan oleh kakitangannya itu di facebook.

Klik di sini.

Saya memuji Tony tatkala mendepani 'krisis'. Beliau bertindak pantas. Air Asia menggantung tugas juruterbang menetap di Petaling Jaya, Selangor itu, sementara menunggu siasatan terperinci dijalankan.

Semoga pihak pengurusan TNB, tidak teragak-agak untuk MENASIHATKAN kakitangannya itu. Bukan mengubah kepercayaan politik sebati dalam dirinya tetapi menegur kaedah dia berkomunikasi di dunia siber.

Baik, kini tiba masanya saya menjawab soalan dicatatkan sebagai tajuk entri ini.

Saya dapati, majoriti penyokong Ketua Pembangkang itu spontan melontarkan komen keji kepada kelompok tidak menyebelahi individu sanjungan mereka. Mungkin Anwar tidak mengetahui, dia disokong oleh golongan taksub. 


23 Februari lalu, akhbar Sinar Harian Online menyiarkan berita kes pelajar lelaki, direman seminggu untuk siasatan kerana dipercayai meliwat pelajar perempuan  berusia 15 tahun di Padang Besar, Perlis.

Klik di sini.

Jika berita pernah disiarkan oleh media cetak itu tidak DIPETIK di sini, barangkali ramai pembaca tidak mengetahui kes terbabit. Tambahan pula, dua pelajar tinggal di utara Semenanjung itu, BUKAN individu berprofil tinggi. 

Jauh berbeza berbanding status Anwar. 

Dia PEMIMPIN dikenali serta dipuja oleh ramai penyokong tegar. Sebaik nama anak kelahiran Pulau Pinang itu dikaitkan dengan perbuatan meliwat, penyokongnya bingkas melatah sekaligus melontarkan komen balas berbentuk cacian, hinaan dan makian.

Berbalik kepada jawaban soalan, siapakah sebenarnya MENGESAHKAN status Anwar sebagai peliwat?

Tiga hakim di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 7 Mac lalu, BUKAN individu marhaen seperti saya dan pembaca sekalian.

Itu jawaban amat tepat. 

Baca di sini.

Sesekali masyarakat awam hanya MEMETIK lalu MENYIARKAN keputusan dipersetujui sebulat suara oleh hakim itu, di laman sosial. 

Tindakan terbabit sama sekali  tidak bercanggah dengan sistem perundangan negara. Jika rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan kelak ditolak, dia bakal meringkuk di penjara sebagai banduan.  Penyokong tegar Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu  tidak perlu bersikap emosi keterlaluan kerana Anwar juga manusia biasa, bukan bersifat maksum. Justeru dia tidak mampu lari daripada melakukan kesilapan.

Khamis, Mac 27, 2014

SEORANG KAKITANGAN TNB MEMINTA PAK JIB DAN KAK MAH MENCARI MANGSA MH370 MENGGUNAKAN SCORPENE


Dicatatkan di laman sosialnya, dia kakitangan Tenaga Nasional Berhad, TNB. 



Barangkali kerana terlalu sibuk menjalankan tugas di TNB, Wan Mohd Hazwan, tidak mempunyai banyak masa untuk membaca.

Berikutan itu, pada hari kedua pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang, dia mencatatkan status dangkal, meminta Pak Jib dan Kak Mah menggunakan kapal selam Scorpene untuk mencari mangsa.



Berikutan status itu, pelbagai komen negatif dilontarkan oleh rakannya mengenai aset negara itu. Wan mungkin terlupa, catatannya di facebook, terbuka untuk dicapai oleh sesiapa sahaja.



Biarpun dia banyak mencatatkan status berang terhadap kerajaan di facebook, itu hak peribadi, klik di sini 


Pada masa sama, saya mengkagumi ketelusan serta keberaniannya berbicara di alam maya ini. Diharapkan dia bukan keyboard warrior sahaja.


Dalam hal ini, saya cuma terpanggil untuk membantu Wan dan rakan memahami fakta, bertujuan mengelakkan pemikiran mereka daripada terus tersasar. 

Menurut Tentera Laut Diraja Malaysia, Scorpene berfungsi sebagai kapal selam perang. 

Klik di sini.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein  menambah, kapal selam itu tidak dilengkapkan dengan peralatan untuk mencari dan menyelamat.

Klik di sini.

Diharap penjelasan itu memberikan pencerahan kepada Wan.

Rabu, Mac 26, 2014

PILOT ERROR (JURUTERBANG DIGANTUNG KERJA)


To err is human.

Bidalan Inggeris itu bermaksud, melakukan kesilapan itu sifat manusia.

Semalam saya menulis entri mengenai kenyataan juruterbang muda, Krish Jejendira, mendakwa kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat berhubung tragedi malang menimpa pesawat MAS MH370. Dakwaan itu dengan nada berang dicatatkan di laman sosialnya.


Persoalan penting saya timbulkan. 

Apakah antara maklumat diketahui oleh juruterbang itu tetapi tidak dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia kepada keluarga mangsa MH370? Soalan itu saya ajukan dalam entri terdahulu, klik di sini.



Molek jika dia berkongsi maklumat itu bersama pihak polis.

Hemat saya, mencemarkan ketelusan maklumat di saat keluarga mangsa berduka, bukan tindakan bijak. Tambahan pula tatkala mata dunia mengerling ke arah negara kita.



Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis belum bersedia mendedahkan hasil siasatan terperinci. Siasatan kes ini diberikan keutamaaan.

Baca huraian ringkas di sini.

Saya yakin juruterbang itu gugup untuk menghuraikan dakwaan rambangnya. Ramai pembaca blog ini bersetuju, dia mengeluarkan kenyataan terbuka tanpa berfikir secara kritis.

Pilot error.

Akhirnya, juruterbang pendek akal memadamkan akaun facebooknya.

Klik di sini.

Terkini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, Krish digantung kerja dan siasatan dijalankan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai MH370.



Krish didapati telah melanggar arahan khusus, dilarang melontarkan komen secara terbuka mengenai kehilangan MH370 di Lautan Hindi agar tidak menghiris perasaan pihak lain.

Klik di sini.



JANJI TIAN CHUA : THE PEOPLE WILL BRING DOWN NAJIB IN 5 MONTHS




Tian Chua BERJANJI, kononnya rakyat akan bangkit menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh 5 (LIMA) bulan,  bermula pada tarikh Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 


Kenyataan itu dicatatkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, di laman mikro twitternya pada 7 Mac lalu. Maksudnya, Chua berjanji rakyat akan menjatuhkan Najib sebelum 7 Ogos 2014.

Janji Chua tidak harus dipandang remeh kerana mencetuskan pelbagai persoalan.

Kata Chua, "The people will bring down Najib in 5 months".  'Rakyat' manakah dimaksudkan oleh Chua? Apakah faktor menyakinkan Chua kenyataan itu bakal dizahirkan?  Adakah agenda tersembunyi di sebalik janji itu?

Malaysia kini dihuni 30 juta RAKYAT (people).Adakah majoriti rakyat Malaysia bersetuju dengan kenyataannya itu? 

Chua harus ingat, Melayu itu bukan batu. Majoriti orang Melayu lazimnya akan bersatu tatkala mereka menyedari pemimpin dilantik secara sah diperkotak-katikkan.


Apakah kaedah paling berkesan bakal diaplikasikan untuk menjatuhkan Najib? Soalan itu perlu diajukan kepada Chua. Dalam siasatan selama sejam, adakah pasukan Polis Diraja Malaysia telah  pun mengetahui kaedah itu? 

Chua disiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun.

Klik di sini.


Dia mungkin terlupa, Najib, pemimpin Melayu diberikan mandat menjadi Perdana Menteri melalui proses pilihan raya. 

Selasa, Mac 25, 2014

JURUTERBANG MENDAKWA KERAJAAN MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT KEHILANGAN MH370



Juruterbang, Krish Jejendira mendakwa kerajaan menyembunyikan banyak maklumat berhubung kehilangan pesawat MAS MH370.

Bahasa digunakan, kasar. Barangkali begitulah amalan komunikasi hariannya. Kebiadaban individu terpelajar, terserlah.

Saya ajukan soalan kepada individu arif  dalam sistem penerbangan di Malaysia.

"Kalau dua calit di bahu, pangkat apa?"

"Kita panggil calit itu sebagai 'bar'. Kalau 4 bar, kapten, 3 bar, first officer, 2 bar, second officer dan 1 bar, juruterbang kadet," jelasnya.

Namun dia mencatatkan di facebook, pangkatnya, 'senior first officer'.

Klik di sini.


Jika DAKWAANNYA benar, dia harus berani tampil mendedahkan MAKLUMAT itu. Polis juga wajar memperoleh maklumat sama untuk membantu siasatan. 

Hemat saya, pendapat peribadi sebegitu tidak seharusnya dikongsikan di laman sosial. Tambahan pula pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian menimpa MH370. 

As a pilot, I think that he could come up with better comments. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan siastan dilakukan dari setiap sudut, klik di sini. 

Juruterbang itu menuntut bukti menunjukkan MH370 terhempas.



Dalam sidang media, jam 10 malam tadi, Najib berkata, penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan. Tidak pula saya mendengar perkataan 'crashed' atau terhempas.

Krish, please watch this, probably you have missed the press conference.



Saya percaya, menangani tragedi hitam penerbangan negara itu, tidak semudah merakamkan gambar secara selfie.

Baca entri blog, Medan Tempur Kedah, klik di sini.

Isnin, Mac 24, 2014

MH370 : TITIK MEMBURU KEBENARAN BERMULA

Jam 10 malam tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan, pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, mengakhiri penerbangan di selatan Lautan Hindi dan tiada mangsa dipercayai selamat.

Klik di sini.

Berita itu pastinya disambut sedih tetapi mungkin telah dijangka oleh ahli keluarga 239 penumpang dan kru kabin pesawat malang itu. Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh 26 negara selama 17 hari, membabitkan penggunaan aset berteknologi tinggi. 

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Al-Fatihah.



Apapun, pengumuman terkini itu tentunya tidak menoktahkan pelbagai persoalan lain di minda masyarakat tempatan dan dunia.

Antara soalan itu, apakah faktor utama mendorong MH370 mengubah arah laluan ke Lautan Hindi? Apakah sebenarnya terjadi di dalam pesawat itu sebelum mengakhiri penerbangan di lautan paling terpencil itu? Adakah MH370 dirampas? 

Biarlah soalan itu dijawab oleh pakar terbabit dalam siasatan kes ini. Kita berharap, penjelasan kelak dikongsikan secara telus tanpa keraguan.

Bukan seperti kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 



Pada 22 Mac lalu, portal berita tempatan, Free Malaysia Today melaporkan tindakan Anwar mempertikaikan bagaimanakah maklumat hubungannya dan juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dibocorkan kepada akhbar United Kingdom, Daily Mail.

Klik di sini.




Tidakkah Anwar tahu menantunya telah berkongsi maklumat mengenai status Zaharie, digelar sebagai 'uncle' di Instagram?

Screen Shot di bawah kemudian tersebar di alam maya.



Klik di sini.

Anwar sepatutnya berterus-terang kepada rakyat Malaysia, Zaharie, 'uncle' kepada menantunya, isteri anak lelaki dia, Ehsan. Biarpun hubungan persaudaraan itu barangkali jauh, tidak salah sekiranya Anwar memberikan penjelasan TELUS, lebih awal.

"Menantu saya, Syaheedah, isteri Ehsan, memanggil Zaharie sebagai 'uncle' tetapi juruterbang itu tidak begitu saya kenali biarpun dia, ahli seumur hidup dan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat"



Kenyataan sebegitu, sekiranya dikeluarkan, pastinya membunuh semua spekulasi negatif terhadap Anwar. Hairan, mengapakah dia perlu menjelaskan status hubungan itu melalui CNN? Lebih tidak dijangka, Anwar tersilap tatkala mengeluarkan kenyataan mengenai Zaharie.

"... dia (Zaharie), ahli kepada parti pemerintah," kata Anwar.

Klik di sini.

Mengapakah sejak dari awal, Anwar enggan berterus-terang dan menghuraikan hubungan sebenar di antara dia dengan Zaharie? Apakah ditakutkannya? Mengapakah dia bak mengelak untuk dihubungkaitkan dengan juruterbang berusia 53 tahun itu?



Terkini, polis menyiasat lebih 100 individu berhubung kes kehilangan MH370. Dilaporkan, tiada kesangsian timbul mengenai pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 tahun. Manakala isteri Zaharie , Faizah Khan, dijangka bakal disoal siasat oleh petugas Biro Persekutuan Amerika, FBI. 



Kehidupan peribadi juruterbang dikatakan kompleks, termasuk status hubungan di kalangan ahli keluarga serta kepercayaan politiknya.

Klik di sini.



Faizah Khan sewaktu muda

"Semua suspek tidak bersalah selagi mahkamah tidak mendapati mereka bersalah," kata Ketua Polis Negera, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Baca di sini.

Kes panggilan telefon 2 minit oleh wanita tanpa identiti diterima oleh Zaharie sebelum MH370 berlepas tentunya akan disiasat oleh polis secara lebih terperinci. Nombor telefon didaftar menggunakan dokumen palsu. Bagaimanapun, Bukit Aman dilapor menafikan kewujudan panggilan terbabit seperti dipaparkan oleh The Star Online, klik di sini.

Saya melihat pengumuman MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi, bermulanya titik memburu kebenaran.