Sabtu, Mei 03, 2014

21 TAHUN MENYEPI KINI MUNCUL KEMBALI


Lebih 20 tahun menyepi daripada dunia hiburan tanahair, kini Hasnol atau nama penuhnya, Hasnol Hassan Ariff, 44 tahun, penyanyi popular sekitar tahun 90 an, muncul dengan album terbaharu terbitan Iskandar Wow di bawah syarikat MH and Firas Event Sdn. Bhd.

Barangkali sebilangan anak muda kini tidak mengenali beliau tetapi suara lunak penyanyi ini sukar disangkal.

Laguku Untukmu, antara lagu dipopularkan oleh Hasnol di awal kemunculannya di dunia seni tanahair. Lagu sama masih terus disenaraikan di banyak pusat karaoke untuk didendangkan oleh orang ramai. Bertujuan mengimbau kembali lagu malar segar itu, saya sempat memohon beliau mendendangkan sebahagian daripada lagu terbabit untuk tontonan pembaca blog ini.

Dinyanyikan secara live ketika saya temui di luar lobi Sri Pentas, TV3 petang semalam.


Hasnol memiliki 2 album sebelum ini, dilancarkan pada tahun 1992 dan 1994. Dua lagu dimuatkan di dalam album terkini Hasnol, Kasih Abah dan Tinggallah. Dapatkan di iTunes dan Soundsloud.


Hasnol saya temui bersama isterinya, Marina Mobin, selepas beliau sesi temu bual bersama Hot FM.


Baca kisah dikongsikan oleh Hasnol bersama Utusan Malaysia, klik di sini.


7 ulasan:

  1. All the best for Hasnol ...

    Mula mengenali beliau secara in-person pada tahun 2013 dalam satu event gathering di Melaka.
    Kemunculan album baru beliau tahun 2014 ini mempunyai personal-effect buat diri saya untuk saya jadikan satu kenangan. Terima kasih buat Hasnol kerana memberi peluang utk saya mencipta kenangan tersebut.

    BalasPadam
  2. Dah lama saya tertanya-tanya, ke mana artis 90an macam abang Hasnol pergi? Dapat jugak lepas kerinduan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sicher... Saya amat merindui kesemua peminat-peminat yang lama saya tinggalkan... In Sya ALLAH, tidak, kali Ini... :)

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.