Isnin, Januari 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Selama bertugas di TV3, saya mempunyai ramai kenalan berbangsa Cina. Kami sering berkongsi ilmu pengetahuan tanpa mengira usia. Mungkin kekadang pendapat dan pandangan berbeza tetapi tujuan tetap sama. Memaparkan berita kepada semua.

"Abang Mazidul, esok you masuk 6.30 pagi. Semua info saya sudah email. You sudah dapat ke?" tanya seorang daripada penerbit Malaysia Hari Ini, MHI, Loo Tung Seang.

"Sudah Loo," jawab saya.

Loo mempunyai cara kerja tersendiri, terlalu teliti. Kekadang dia berulangkali menghubungi saya sehari sebelum bersiaran, mengacarakan MHI.

"Bang, nama tetamu esok ada perubahan sedikit. You sudah dapat ke?" soalnya melalui telefon.

"Sudah Loo," balas saya.

Biarpun butiran terperinci bahan siaran terbabit dihantar Loo lebih awal, dia tetap membuat susulan melalui panggilan telefon. Loo menghubungi saya tanpa mengira waktu, pagi, tengahari, petang maupun malam bagi memastikan siaran berlangsung sempurna. Itu Loo.

Teringat, sewaktu kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Loo penerbit lokasi lintas langsung pada awal pagi, saya wartawan ditugaskan bersama, membuat laporan. Dalam perjalanan dari Sri Pentas ke kawasan dilanda malapetaka, Loo memandu kenderaan sewaktu hujan lebat. Saya tidur di kerusi penumpang, di sebelah. Sesekali saya terjaga waktu kenderaan terlanggar lopak air di jalanraya.

"Sabarnya dia ni. Tenang memandu sedangkan aku tidur," bisik hati.

Itu Loo.

"Bang, bangun. Kita sudah sampai," katanya sewaktu kami tiba di lokasi.

Perasaan hormat menjadi amalannya. Itu Loo.

Antara jam 5 dan 10 pagi kami berada di lokasi, pakaian basah kuyup, hujan turun tanpa henti. Namun tugasan kami laksanakan dengan sempurna. Dia kelihatan tenang dan bersahaja biarpun ada waktunya dia agak kelam kabut di lokasi siaran. Itu Loo.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada Loo dan keluarga. Begitu juga kepada semua rakan meraikan perayaan sama di TV3 dan seluruh negara.

Gong Xi Fa Chai!

12 ulasan:

  1. Tuan Mazidul, wah dapat angpow LIVE dalam TV pagi tadi. anak saya tanya -- berapa ringgit dalam angpow tu?

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Cina...

    Buat Semua yg berbangsa Cina..
    Follower
    Bersama Mazidul
    Follower http://epoi8787.blogspot.com/
    Buat LOO & FAMILY

    Gong Xi Fa Cai......
    Dj Epoi seronok Gila..Raya Cina Tahun ini
    Coz tahun nih dapat banyak ANGPOW & Limau dari tahun sebelumnya hahahah...
    Buat semua subcon EPOI8787 TQ SO MUCH.........
    I lOve youaall!!!!!

    BalasPadam
  3. ya encik, selamat tahun baru juga dari saya. Saya pun sambut jugak encik.

    Sekian dari Tai Khai Eong. Seorang yang cacat penglihatan.

    BalasPadam
  4. saya pernah bertemu dengan dua orang berbangsa cina yang telah mengenepikan sifat perkauman untuk menolong seorang melayu yang memerlukan bantuan. Saya pernah kehabisan minyak di lebuhraya. kebetulan ada seorang cina yang menaiki motosikal dan telah membantu saya membeli minyak di sebuah stesen minyak yang berada agak jauh dari situ. Saya ingin memberi wang untuk membeli minyak tapi dia menyatakan tidak perlu. Dalam masa 10 minit, dia muncul semula dengan minyak yang diisikan didalam botol plastik. saya terus membayar harga minyak tersebut dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepadanya. Nampaknya dia memang sungguh ikhlas membantu, masakan dia sanggup membayar dahulu duit minyak dan datang semula untuk menghantar minyak tersebut. Saya ingin memberi sedikit 'upah' dan beliau menolak.
    Seorang lagi, telah membantu saya di pekan Kajang sewaktu bateri saya lemah dan enjin kereta saya tidak boleh start. Saya meminta bantuan nya untuk menyambungkan 'jumper cable' kepada baterinya dan bateri kereta saya. Syukur dengan pertolongannya saya tidak perlu menolak kereta ke bengkel.
    Kepada mereka yang baik hati ini saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga keperihatinan mereka akan menjadi contoh kepada bangsa-bangsa yang lain di Malaysia ini.

    BalasPadam
  5. salam saudara,
    Gong Xi Fa Cai buat warga Tiong Hua diseluruh dunia... Disaat kegembiraan... mereka yang memerlukan jangan dilupakan...

    BalasPadam
  6. Aik...k.k.k

    Pagi tadi takder lagi...gambow baju merah cina tuh!!!!

    Skank dah ader plak.....
    Bro ..Gua nampak Lu dah macam TOK GURU .....BRUCE LEE daaaaaaaaaaaaa!!!

    Gong Xi Fa Cai...

    P/S
    Itulah Malaysia yang Kaya ngn adat budaya & Saling menghormati diantara satu kaum...
    Tak Heran...ler pasnih kalau Bro pakai PAKAIAN INDIA waktu....THAIPUSAM...akan datang nih....

    GUA bangga jadi ANAK MALAYSIA...

    BalasPadam
  7. Amirul, macam menyambut Hari Raya rasanya :)

    DJ, pagi semalam buat live MHI dari Wisma MCA. Minta tolong kawan kawan tolong rakam gambar. Baju ditaja dek bahagian pakaian TV3 :)

    BalasPadam
  8. Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa cina..

    BalasPadam
  9. merah nye pak ngah..hehhee

    u look HOT le abg mazidul..kui..kui..kui..

    BalasPadam
  10. LOO nak cari org yang cam die skang mmg agak susah skit..kalau ade pun tk ramai..bertuah la bro

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.