Jumaat, November 26, 2010

Apa Kes? Filipino Gila Mana Berani Sangat di Ampang? Teringin Nak Tengok Muka Dia

Suspek warga Filipina, berusia lingkungan 20 an dilaporkan menetak mangsa berusia 40 an menggunakan parang berhampiran rumah di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, Kuala Lumpur.

Akibatnya, mangsa dilaporlan patah pinggang lalu dikejarkan ke Hospital Ampang.

Kejadian berlaku Isnin lalu, kira-kira jam 6 petang.

Motif? Suspek warga Filipina terbabit dipercayai berang kerana perhubungannya dengan anak mangsa berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu tidak direstui bapanya.

Namun laporan Harian Metro tidak mencatatkan secara terperinci fakta berhubung identiti dan kewarganegaraan mangsa dan anaknya.

Jika mangsa warga asing, kejadian terbabit satu kes jenayah tidak begitu signifikan. Barangkali mereka sudah lazim dengan perlakuan sedemikian. Andai kata mangsa warganegara Malaysia, saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berhubung kejadian itu.

Untuk rekod, sejak terbabit dalam penerbitan 999, tidak pernah saya terdengar kes sebegitu membabitkan warga Filipina.

Lazimnya, wanita warga Filipina sering  melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau terjerumus dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Manakala, lelaki mereka lebih gemar bermain muzik di pusat hiburan seperti hotel.

Bertindak sebegitu berani? Jarang benar berlaku.

Saya bimbang jika kejadian itu melambangkan kadok sudah naik junjung!

8 ulasan:

  1. Salamm BRO.

    Kadok memang sudah lama tingin nak naik ke junjung. Lagipun junjung tu kita yang buat utk depa...

    Dan junjung di Malaysia ni tinggi-tinggi belaka, sehingga kita rakyat tempatan pun tak mampu nak capai...

    BalasPadam
  2. Macam2 hal warga asing nie buat hal kat Negara kita. Dia org ingat Negara ini macam Negara dia org agaknya ya.
    Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal maka tak cinta."

    BalasPadam
  3. dah memang kadok naik junjung pun...
    dia ingat malaysia ni mcm negara diaorang ker yang penuh dgn keganasan mcm tu....

    kalau pihak malaysia membenarkan lagi warga2 dari negara yang low class mcm tu masuk malaysia, satu hari nanti malaysia akan jadi kacau bilau....

    BalasPadam
  4. He he he...
    Rakyat/Negara kita kadar bahayanya berada di tahap bahaya Fasa 3 :-

    Fasa 1) Rakyat asing masuk cara haram termasuk membawa budaya haram diorang kesini.

    Fasa 2) Diorang ni kerja cara haram - mencuri hasil negara kita secara haram.

    Fasa 3) Diorang dah berani usik/ancam rakyat kita dan mendatangkan bahaya menakutkan rakyat.

    Masih kita berdiam diri lagi dan beri muka kepada rakyat asing yang berbahaya dan tak berguna seperti itu lagi? Masih bersikap lalai?

    BalasPadam
  5. sungguh kurang ajar...
    kalau lelaki malaysia, hubungan terhalang oleh keluarga, macam2 helah nak ambil hati keluarga perempuan, tapi lelaki asing ni sanggup nak membunuh ayah perempuan tersebut.. sungguh berani mati. Harapnya anak beliau sedar diri lah... lelaki sebegini kah yg layak untuk jadi suami.

    BalasPadam
  6. malaysia....
    terlalu lembut dengan pendatang...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.