Selasa, November 09, 2010

Double Charge? (UPDATED II) - Masalah Selesai

Semalam, rakan sepejabat mengadu.

5 November lalu, dia membawa mangsa kemalangan jalanraya ke klinik di Johor Bahru, Johor. Mangsa terbabit cuma membersihkan luka ringan di lengan dan kaki.

Menurutnya, doktor bertugas berkata ...

"Hari ini public holiday (Deepavali), bill double charge"

Bil sebenar, RM78 sahaja tetapi digandakan dua. Resit pembayaran dicetak semula di bawah sebagai bukti.


Doktor terbabit turut mencatatkan nota di bahagian atas resit berhubung tindakannnya.


... dan ditandatangani.


Saya pernah mendengar mengenai tindakan sebilangan pemandu teksi mengenakan bayaran double charge kepada penumpang. Untuk makluman pembaca tiada peraturan seperti itu sebenarnya. Pemandu hanya dibenar mengenakan caj 50% tambahan kepada kadar tambang jika perkhidmatan mereka digunakan selepas jam 12 malam.

Klinik mengenakan bayaran double charge? Saya bukan doktor, bukan kakitangan klinik atau bertugas dengan Kementerian kesihatan.

Mungkin sebilangan pembaca tahu samada tindakan terbabit sah atau sebaliknya?

Kemas Kini

Jam 1.20 tengahari tadi, 10 November, Dr terbabit menghubungi saya melalui telefon.

"Gaji kakitangan triple bila public holiday dan kalau nak dibandingkan dengan harga di klinik di kawasan ini, kita caj paling murah. Lagipun orang lain tak buka bila public holiday," jelas beliau.

Saya nyatakan kepada Dr terbabit, kes ini akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan bertujuan mendapatkan penjelasan sebenar.

"En Mazidul ada datang ke Johor buat coverage kan?," soal Dr sama.

"Saya pergi banyak tempat, kerja, hari biasa, hujung minggu atau public holiday, semua kerja. Gaji sama, tak ada double atau triple Dr," balas saya.

Kemas Kini II

Jam 6.38 petang tadi, Dr terbabit menghubungi saya buat kali kedua. 

"En Mazidul, ini saya sekali lagi. Sebenarnya kerani kita tersilap kira, dia staff baru. Ada 7 pesakit semua, dia terlebih caj.  Bil kawan you tu sebenarnya RM78 sahaja, dah termasuk charge public holiday. Saya dah check, tanya dia, Dr bertugas masa itu ada jahit luka ke? Kerani jawab tak ada. So, confirmed, harga rawatan hanya RM78. Jadi kita akan hubung balik semua pesakit dan rebate duit dia orang," ujar beliau.

"Terima kasih," jawab saya.

"Apa pun terima kasih kepada encik Mazidul sebab menghubungi kita, kalau tidak, kita pun tak tahu fasal hal ini," sambung beliau.

39 ulasan:

  1. ader sesetengah bengkel kete mengenakan double charge jugak
    lau keje malam...
    mmg tak patut rasenye..

    BalasPadam
  2. hmm.. klu bengkel kereta mengenakan dbl charge masih boleh diterima akal lagi sbb kerjanya agak berat utk dilakukan.

    Kalau klinik menggunakan kaedah double charge atas alasan bekerja pada cuti umum rasanya tidak patut sama sekali kerana khidmat yang diperlukan bukanlah seberat tugas seorang pomen kereta.

    BalasPadam
  3. melampaunya....memang ambik kesempatan...baik bawa ke hospital....

    BalasPadam
  4. Saya merujuk tindakan klinik terbabit kepada kenalan doktor. Menurut mereka itu bukan amalan biasa.

    Mungkin ada pembaca lebih mengetahui berhubung praktik terbabit.

    BalasPadam
  5. Salam...

    Mak aii.. mahal nyer?!! kalau kena kat orang yang kurang berkemampuan dan terpaksa.. atau tak bawak duit secukupnya..,macam mana la agaknya? Tak patut laa begini.. doktor patutnya 'berhati mulia' berkhidmat untuk masyarakat bukan membuka klinik sendiri untuk cepat kaya..
    mungkin petugas hari tuh 'bengkek' kena kerja hari cuti kot?? Allahualam!

    BalasPadam
  6. uish, tak agak-agak.

    kalau Ai yg kena ni, sah sah kena keluar klinik g withdraw duit sbb jrg bw cash money over rm150 dlm wallet. selalu guna debit card je kalau nk shopping di mana2.

    selalunya doktor adalah tugas yg mulia. tapi nampaknya mcm nk cepat untung je. kalau caj lebih sikit Ai boleh terima. ini double charge?

    hmmm

    BalasPadam
  7. Pertama kali dengar hal begini.. mungkin sebab kakcik ke klinik panel dan tidak mengeluarkan bayaran tunai - jadi perkara ini tidak disedari. Kenapa dia kenakan bayaran berganda? Sebab terpaksa buka klinik ke? Siapa yang paksa?

    BalasPadam
  8. Salam
    Kalau ikutkan rm78 tu pun dah mahal kalau setakat dressing je..lain la kalau ada jahit ke, minor operation ke..agaknya Dr Faizal dan rakan2 dia naik haji tiap2 tahun sementelah dia dah caj sebegitu mahal..

    BalasPadam
  9. tak sangka plak klinik faizal ni buat double charge..
    sebelom ni agak kerap ke situ kalau ade ape2..
    lepas ni memang dah tak singgah lagi la klinik tu..
    baek cari klinik muthu atau ah chong..
    niat nak tolong sama2 melayu,
    sekali kena "ketok" pulak..
    adesss...

    BalasPadam
  10. Sesaper nak beranak, kena timing betul2.. takut double charge!

    BalasPadam
  11. wah mahalnya..mencekik DARAH mudahan panjang umur murah rezeki dan cepat2 TOBAT.

    BalasPadam
  12. Manusia zaman sekarang lebih memandang duit berbanding berusaha menyelamatkan nyawa.

    BalasPadam
  13. salam..
    ni pertama kali gak saya dengar kes sedemikian rupa..
    macamana la kalau yang kena adalah orang yang tak berkemampuan..kena hutang dulu laa nampaknye..
    kalau kene kes camnih, dimanakah tempat mengadu?

    BalasPadam
  14. amik kesempatan.. huh. next time klw kne kat btg idung die sndri, br die tahu gamaknye.. huhu.

    BalasPadam
  15. standard la swasta..rasanya kita tau ari ahad banyak benda yang di double charge kan.,.x heran la..harap mazidul blur kan la klinik tuh..aku pernah pergi klinik tuh , ubat yang dia bagi bagus..kawan mazidul tuh de banyak pilihan kan nak pergi...

    BalasPadam
  16. kenal sngt klinik nie.. mmg mahal plak tu charge dia.. xtau plak dia boleh buat sampai mcmnie..

    mmg tak patut..

    BalasPadam
  17. bukan kita paksa dia bukak klinik time deepavali jadi kenapa nak double charge? melampauuuuuuu

    BalasPadam
  18. Sebelum saya duduk KL
    (pindah KL tahun 2008) saya duduk JB. Klinik ni memang mengenakan charge yang mahal.tak berbaloi dengan pekhidmatannya...selain pekerja yang sedikit biadap...

    charge selepas tgh malam juga sangat2 tinggi di klinik ni...
    sampai pukul 7 pagi..
    memang ada rule seperti itu atau pun klinik itu sendiri yang buat rule begitu ya...???

    BalasPadam
  19. Salam TM..

    Benda ni dah lama berlaku...saya pun pernah alami tp dah lebih 10 tahun so tak dpt nak tunjuk bukti...
    Sampai skrg kalau pi klinik swasta lepas jam 12 tgh mlm mmg kena double charge...dulu saya kena rm200++...

    dulu2 kan kalau ditanya kat budak2 :
    Kenapa awak nak jadi doktor? biasanya jawapannya ialah "nak tolong orang susah(sakit?).." mungkin sekrg jawapannya dah berubah - nak nyusahkan org2 yg tgh susah....ntahlah!

    BalasPadam
  20. Kalu dah RM menjadi raja, beginilah jadinya, walaupun sesama bangsa dan agama....takdak lah lagi atau semakin pupuslah doktor2 yang berkhidmat kepada rakyat secara berhemat...Tapi mungkin dia nak bayar double,gaji pekerja dia yang bekerja pada hari cuti....dengan gaji2 dia sekali...hehehe..apapun pada hemat saya tak patut lah pengamal perubatan bersikap demikian, sedangkan dia seorang yang profesional, yang mana patut menyumbang kepada negara dan rakyat, bukan sebaliknya..

    BalasPadam
  21. Inilah akibatnya bila profession yg mulia jadik tempat untuk buat duit. Agaknya ni lah org selalu kata bila sekeping kertas lebih penting dari keikhlasan hati..ni bukti menandakan betapa manusia skg ni terlampau materialistik...dah la org dalam sakit dan kesusahan..patut kita kurangkan beban dorang ni tak malah memeras pulak..kalau org berduit mmg tak pe..kalau takde?..semakin hilang norma2 murni dalam kehidupan kita zaman ini ye...



    Anna_M

    BalasPadam
  22. Ermm... double charge? Klau kena keja time public holiday triple so dia assume bila bg service pula double charge..? macam tuh ker?

    BalasPadam
  23. salam, sy kerap kena sbb sakit ni bknnya kita boleh timing kan...tetiba je...nak ke hsptl mlm2 masa menunggu nak daftar lama wa/pun x ada org apatah lagi nak dptkan treatment, kekadang tue dokte bkn check pun yg buat keje pembantu perubatan/nurse je...boleh ke mcm tue???...klinik swasta plk tgg x lama nak dptkan rawatan pun cpt...tp sbg cth kena darah tinggi la kan...check tekanan darah & check mata...pastu kuar tgg ubat dah kena charge rm45...terjadinya kes2 mcm nie nak ngadu kat sape??? sbb tue ramai dokte yg buka klinik sndr rata2 drive Merce @ BMW 7 Series pun ada...kaya...kaya...mcm nie ke nak bantu Masyarakat??? yg ssh mcm mana ye???

    BalasPadam
  24. Sekarang banyak doktor sudah tidak lagi mematuhi etika kedoktoran dan lebih kepada kewangan atau kekayaan terutama doktor swasta (Minta maaf, bukan semua). Perkhidmatannya pun tak jauh bezanya dari kelinik atau hospital kerajaan. Setakat cuci luka ringan, aku pun boleh buat walaupun aku bukan doktor. Ni yang sampai 'charge' sampai RM 156, sudah melampau...

    BalasPadam
  25. saya kena extra charge RM 7 untuk ke bukit jalil dari KL sentral. Sepatutnya RM 23. bila ditanya katanya, sebab sudah lebih jam 5 petang. betul ker macam tu?

    BalasPadam
  26. uhhh mata duitan betul.
    patutnya bila klinik dia jer yg buka on public holiday, mestilah untung dia lg banyak, sbb kurang persaingan, jgnlah plak nak bebankan customer

    BalasPadam
  27. Kalau pergi mendapatkan rawatan di klinik 24 jam selepas 12 mlm memang kena charge lebih...x perasan berapa % tambahan sbb setiap kali pergi anak sakit dan memerlukan rawatan segera....

    BalasPadam
  28. Ni kali pertama saya dengar pasal klinik charge double bila merawat pesakit..

    Sebab memang ada klinik yang bukak 24/7, ada yang tidak, ada yang buka 7 hari seminggu untuk 12 jam saja, dan macam-macam lagilah.. Saya pun pernah jugak pergi klinik time public holiday, tapi bayar harga biasa, bukan double charge pun.

    BalasPadam
  29. update komen..

    saya pun jika jadi bos sekali fikir akan salahkan kakitangan bawahan tak pandai, baru kerja dan 100 alasan..logiknya takkan semua bos nak pantau orang bawahan...
    cuma bila tersilap perkiraaan apakah hukuman yangg sesuai buat kakitangan itu jika bos menjadi pembela boleh disifatkan bersekongkol,...10 kali silap siapa yang untung termasuk vbuat2 silap andainya pesakit tidak komplen..boleh diam jerr..masuk buku untung....

    itu klinik lesen ada syer ka??ada ALI baba ka?mcm sakap ada lain jer..

    moralnya jika tak komplen semua org akan terkena???

    BalasPadam
  30. mg sangsi pun...takkan la salah kira..kl salah kira naper nak siap tulis lagi kat bil yg caj dikenakan utk public holiday deepavali?(as stated)
    strong evidence encik mazidul....
    lagi satu ble ke bg alasan slaah kira,ooo slama ni kl pesakit yg diam,bermakna untung byk la kerana alasan slh kira..tu pun kes ni melibatkan kawan en mazidul,kl org lain tentu x dilayan.kl duit salah kira ok lagi,kl salah preskripsi bagaimana?lagi serius oo..tambah2 keje dlm bidang teknikal ni kene details la cket keje..melibatkan nyawa lagi...perkara ni harus diajukan kpd kementerian supaya kementerian mengambil tindakan sewajarnya..ada segelintir doktor yg buat untung di atas kesusahan pesakitnya,semuanya gara2 nk kaya cepat...betul ada sorang yg pengulas kata..kl tak masakn mampu pakai merces/bm ect...takde pun yg pakai kete cabuk...kl tak gelap mata,xdala sgelintir doktor2 ni sanggup jual pil/ubat batuk khayal pada penagih..utk apa?sbb duit kann....jgn krn segelintir doktor ni mencemarkan profesion kedoktoran yg disanjung dan dimuliakan slama ni..kes ni patut di ambil tindakn sewajarnya supaya dapat pengajaran.dan harga servis patut dipaparkan dengan jelas dan tiada caj tersembunyi tuk setiap ubat/rawatn.all just my opinion

    BalasPadam
  31. uihhh salah kira double plak tuh. kan ker.. nasib buat aduan kat abg mazidul.. dapat balik duit tuh..

    BalasPadam
  32. lawak giller alasan...igt kedai jual barang lusuh ka salah kira?

    BalasPadam
  33. ada ke org boleh nak sakit waktu kerja je? hehe

    BalasPadam
  34. macam ada yang xkena.. tp pengajaran kat sini, kalau rasa ape2 yang xkena, buat aduan, jangan wat x endah je, nanti kena buli..weee

    BalasPadam
  35. boleh pulak jadik double charge ye.. pastu cover balik.. saya kira.. hihihi.. pada pengalaman saya.. memang ada klinik yang bukan 24 jam akan charge lebih sikit bila dah tengah malam dan tapi kalau klinik yang charge double charge.. ini pertama kali saya dengar..terutama pada hari minggu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.