Khamis, November 18, 2010

Mari Bersama Mencipta Rekod Entry Terpanjang ... Mulakan Komen Dengan 'Datuk Seri Shazalli Ramly ...'

Pernah kah tercipta rekod 'entry blog terpanjang' di Malaysia Book Of Records? Mungkin tidak tetapi bukan mustahil.

Jika ingin menzahirkannya, sila baca tampalan ini sehingga ke ayat terakhir.

Saya pernah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif, CEO Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly  sewaktu beliau bersama NTV7. Banyak saya menerima perkhabaran baik daripada bekas anak buah beliau berhubung individu dikenali dengan sikap bersahaja dan berketerampilan rugged itu.

Sebagai CEO, saya percaya Shazalli tidak disogokkan masalah dianggap remeh temeh didepani pelanggan Celcom untuk diselesaikan kerana beliau mempunyai tanggungjawab lebih besar.

Justeru, masakan Shazalli ambil tahu berhubung, individu bernama Mazidul Akmal Sidik dijadikan korban syarikat diterajui beliau. Siapa Mazidul? Pengarah? Pelakon? Penyanyi? CEO?

Bukan! Hanya wartawan cabuk. 

Masakan Shazalli ambil peduli berhubung kelemahan perkhidmatan broadband Celcom, kini digelar 'berukband' di kalangan sebilangan pengguna.

"Rumah encik Mazidul terletak di 'blind spot'"

Lokasi rumah saya, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor BUKAN di Tebedu, Lubuk Hantu atau Serikin di Sarawak.

Bagaimana pun masalah terbabit kemudian diselesaikan kakitangan Shazalli, repeater dipasang di dalam rumah saya. Itu pun setelah saya luahkan masalah dihadapi di dalam program bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini dan berhubung dengan Pengurus Besar syarikat sama.

Berikutan pemasangan alat itu, satu daripada tingkap rumah saya tidak boleh ditutup sempurna kerana kabel penghubung terjulur keluar.


Untuk rekod, kini repeater terbabit tidak digunakan lagi kerana saya melanggan Streamyx dan setakat ini amat berpuas hati dengan khidmat ditawarkan.

Masakan Shazalli mempunyai masa terluang untuk bertanya kepada saya ...

"Mazidul, macam mana servis broadband awak? Ya lah, maksud saya setelah repeater dipasang. Lebih baik?"

Namun, saya faham, beliau CEO Celcom, justeru membuat susulan berhubung kualiti perkhidmatan bukan tugas beliau.

Jadi tugas siapa?

Pembaca sekelian, saya percaya tampalan ini akan dibaca kakitangan Celcom.

Just believe me.

Selama ini sebilangan komplen kita lontarkan melalui Couldn't Care Line Celcom bagaikan mencurah air ke daun keladi, daun tidak basah, air mengalir jatuh ke bumi.

Tindakan sia-sia.

Khusus untuk pelanggan Celcom, bermasalah dengan perkhidmatan ditawarkan, sila catatkan komplen anda di ruang komen dan saya akan memuatkan semula semua komen di tampalan ini, satu persatu.

Bekas pelanggan, muak dengan Celcom dan kini menggunakan khidmat syarikat telekomunikasi lain juga dibenar mencatatkan komen.

Objektif kita, semoga komen dilontarkan menjadi pemangkin kepada Celcom untuk memperbaiki KUALITI perkhidmatan selama ini ditawarkan kepada pelanggan.

Syaratnya, mulakan komen anda dengan 'Datuk Seri Shazalli Ramly ...' dan bayangkan semua keluhan anda catatkan akan dibaca CEO Celcom terbabit.

Komplen pernah dicoretkan di blog ini berhubung Celcom, sila catatkan semula dan penuhi syarat di atas.

On the line! Get set! 

GO! 

Komen

'Datuk Seri Shazalli Ramly, sy harap celcom improve kan network either for handphone line or broadband... bila time raya or any international festival held kat dlm malaysia nih mesti line celcom problem... i hope this problem can be solve by ur territory :) - Zatil Husna
...

Datuk Seri Shazalli Ramly...Saya pernah melanggan celcom broadband (384 kbps) ketika menetap di Banting pada tahun 2009, namun tidak lama, kerana kualitinya terlalu perlahan, ibarat kata sahabat saya, "lambat macam bapok berjalan". mungkin kawasan banting itu sedikit ulu, justeru perkhidmatannya sedikit perlahan. namun kemudian saya menukat kepada maxis broadband (384 kbps). namun saya hairan, maxis lebih laju berbanding celcom. bukan saya sengaja membuat andaian, namun memang itulah hakikatnya. satu sahaja yang bagus tentang celcom ketika itu, iaitu TIADA KONTRAK. memang wajar sekali, kerana selepas menggunakannya untuk 3 bulan, saya muak dengan perkhidmatan internet perlahan, lantas ingin menamatkan perkhidmatan itu. mujurlah tiada penalti dikenakan kerana menamatkan perkhidmatan itu. tidak seperti maxis yang mana ketika itu juga saya ingin berhenti melanggan kerana ingin mencuba p1 wimax, saya harus membayar penalti kerana melanggar kontrak langganan minimum. saya fikir, syarikat telekomunikasi perlu menghentikan KONTRAK kepada para pelanggan supaya tidak menjadi beban kepada pelanggan untuk membayar penalti jika ingin menamatkan perkhidmatan internet yang mereka sediakan- Budak
...

Datuk Seri Shazalli Ramli, Saya adalah pelanggan Celcom D68 sejak pertengahan 98. Saya tinggal di kawasan luar bandar. Saya cadangkan kouta bulanan FUP Celcom Broadband dari 5Gb ditambahkan kepada 10 Gb. Ini kerana sekarang ini terlalu banyak kandungan web interaktif menarik yang memerlukan penggunaan internet yang banyak. Saya juga tidak berpuas hati dengan kadar 'tempoh ikhsan' Celcom Prepaid dipendekkan dari 100 hari menjadi 50 hari. Saya tidak faham mengapa operator lain boleh memberi tempoh ikhsan 90 hari tetapi tidak Celcom. Sekian Terima kasih - DVD
...

'Datuk Seri Shazalli Ramly ...'sebenarnya kami dah lama pendam masalah ni, tapi bila dapat kesempatan macam ni barulah kami mampu untuk bersuara, selama ini kami hanya bersuara dengan celcom servis centre tapi masalah tetap sama Kami dah melanggan pakej celcom exec50 & 1+5 sejak april 2009 tapi sehingga sekarang kami masih tidak dapat menikmati perkhidmatan yang kami harapkan, ada saja masalah samada masalah yang lama berulang kembali atau ditambah dengan masalah yang baru, pada mulanya kami sangkakan sim kad kami yang bermasalah tapi setelah kami berdua menukar simkad masalah yang sama still berulang lagi, kami try pulak tukar handset kerana khuatir dengan handset kami yang agak ketinggalan zaman tak dapat menampung kecanggihan line celcom, malangnya langsung tak ada perubahan, untuk rekod wang yang dibelanjakan kami untuk mendapat line yang sempurna saja hampir RM1k iaitu kos untuk menukar simkad Rm20 untuk 2kad & selebihnya kos untuk menukar handset yang baru, kami juga telah membuang banyak masa untuk menelefon celcom servis centre mengadu mengenai masalah kami, jawapannya "mungkin simkad anda rosak"... Masalah yang kami hadapi ialah kadang-kadang apabila kami berbual di telefon selalu kedengaran bunyi bising dan line tiba-tiba terputus, nak hantar sms selalu fail, hantar mms pun susah selalu fail kadang-kadang saya hantar boleh tapi pasangan saya tak boleh tengok & bila dia hantar boleh saya pulak tak boleh tengok mms (dah restart handset & renew semula setting mms pun sama), kena hantar mms berkali-kali baru dapat tengok & kadang-kadang kena downloading baru dapat tengok mms & dalam masa yang sama bil pun naik, line tiba-tiba hilang satu bar pun takde tak boleh buat call, ada line tapi tak boleh buat call,jumlah bil yang kadang-kadang mengarut tiba-tiba naik sedangkan penggunaan kami tak sampai ke tahap itu, maximum usage untuk 20jam call & 1500sms yang kami guna tak sampai lagi pun tapi dah bagi warning "u haved reach maximum usage & u will be charge with normal call rates" lebih kurang camtulah aytnya (bila kami call celcom servis centre dia bagi tahu sori ada kesilapan nanti kami akan adjust semula bil yang akan datang, kalau kami tak call beritahu masalah ni so, camne bayarlah apa-apa amount bil pun?), bila nak check unbilled amount selalu lambat nak dapat susah kita nak agak & budget setakat mana yang kita dah guna (kadang-kadang semalam check unbilled amount baru RM0.60 tapi keesokannya dah jadi RM5.60 cepat sungguh naik sedangkan kami tak guna pun phone... Masalah ini bukan berlaku sekali atau dua kali tapi berkali-kali...nasib baik kami ada 2nd prepaid line yang setakat ni tak memberi apa-apa masalah...namun kami tetap tak bersangka buruk pada celcom setelah apa yang kami alami...kami melanggan pula celcom broadband@berukband setelah tertarik dengan ayat "even wider,even faster,even better"...malangnya, hal ini menambahkan lagi kemarahan kami terhadap perkhidmatan celcom hingga tercatatnya komen yang panjang lebar ini...line internet selalu disconnect secara tiba-tiba dan lembap tak pernah sampai top speed separuh pun tak sampai...tapi bila saya cuba guna broadband yang kaler kuning & kaler hijau meluncur dengan laju tanpa masalah..."kami tak tinggal dalam hutan"...rumah kami ditengah-tengah bandar yang menara telekomunikasi terpacak disana sini... Pada mulanya kami sangka ada curse yang menghalang kami dari terus mendapatkan khidmat terbaik dari celcom, tapi setelah kerap kali membaca komen yang telah dilontarkan oleh bro mazidul dan rakan-rakan yang lain, akhirnya kami tahu yang kami bukannya terkena sumpahan celcom...kalau terkena sumpahan pun harap celcom dapat meleraikan sumpahan ini, kerana setakat ini kami masih percaya si biru masih boleh buat sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan kami yang sekarang ini mulai keliru dan buntu - Odahone
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, Perkhidmatan celcom mmg teruk..last year saya register broadband dgn diorg tp broadband mcm berukband lembap n 99% tak blh guna langsung..i xda download2 apa,cuma buka blog n email,itupun xblh....wasted so much credit calling their bad customer service,give me useless and wrong information..i made a complaint in celcom office jln ampang regarding the wrong info given by their customer service, i was told by the staff that the customer service is from another company and the most yg menyakitkan hati ialah, staff tu ckp if btl the customer service give wrong info to the customer, celcom will get compensation rm500 per case !! but what did the customer get? troublesome !! ask them to disconnect my line,sampai skrg xbuat2,janji nk call pun xcall balik..dah setahun,n now antar lawyer letter suruh byr bil..call the lawyer company,diorg ckp better byr je sbb klo tak diri sendiri susah sbb kena blacklist..mmg celcom suka aniyai customer.. now im with digi and i love the service. SAY NO TO CELCOM !I HATE CELCOM ! - CucuCamber
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, saya merupakan pelanggan digi yang berhijrah ke wilayah celcom yang lebih luas kononnya. setelah lebih setahun menggunakan celcom, saya ternyata kecewa kerana 'wilayah' yang luas itu seringkali di'interrupt' sampaikan nak buat panggilan penting pon tak dapat terutamanya pada cuti2 perayaan. saya juga pernah menggunakan berukband celcom 3G tapi liputan seringkali tergendala. bila kol customer service, puncanya adalah kerana ramai pengguna celcom 3g di tempat saya sampaikan berukband jadi jem. (saya tinggal di puchong, near cyberjaya). selain drp gangguan talian, saya tak pernah lagi dapat bonus hari jadi dan sebagainya dari celcom. susah sangat ke nak reward pengguna? dan saya musykil dengan tawaran diskaun yang celcom berikan sebab average penggunaan saya stp bulan sama saja dari Digi sampai la celcom. (saya dapat 'diskaun' sampai 50% bil tapi jumlah bil lebih kurang bil tanpa 'diskaun' yang saya dok bayar dengan digi je..tipu ek??mentang2 la saya tak kira jumlah minit bulan2) - Kinna
...
 
Salam, BRO Mazidul, Sebelum saya menulis komen (mengulang komen), saya rasa saya nak tulis apa yang terlintas di fikiran saya, berhubung kemunkinan CEO Celcom tidak baca, tidak peduli aduan jika datang dari seorang yang bernama MAZIDUL. yeah, mungkin benar kerana as U said, U bukan celebriti or else... yg U list kan tu (kecuali wartawan cabuk) Tapi WARTAWANlah yang lebih berpeluang menulis, mengomen, memaparkan fakta walaupun keburukan dan segala kelemahan pelbagai pihak (dlm kes ini, Celcom). See? Banyak sudah bukti. So, I optimis yang paparan ini (dan yg sebelum) pasti sahaja akan (dan sudah) dibaca sekian ramai yg bernaung di bawah CELCOM. Kita tunggu respons mereka (kalu depa ada perasaan nak respons lahhh...) ••• My comment: saya ulangi dari komen paparan sebelum ini:

Datuk Seri Shazalli Ramly, saya antara pengguna Celcom yg selalu kering tekak bergaduh dgn depa pasal payment. Hidden charges? Semua syarikat telco, ada, ini tidak dapat dielak, tp mereka wajib beritahu kepada semua pelanggan mereka. (kalu beritahu bukan nama hidden ler kot?) Sekarang ini, TIDAK kira berapa pun jumlah bil anda, sekiranya tidak dibuat bayaran menjelang bulan kedua, TERUS dipotong wpun bil tak sampai RM100. BENARKAH? - Azieazah
 ...
 
Datuk Seri Shazalli Ramli... Celcom merupakan talian selular pertama saya sehingga kini. Walaupun adakalanya ragam perkhidmatan membuatkan saya terfikir untuk menukar talian, tetapi sehingga kini saya masih bersabar dengan harapan akan ada perubahan. Sudahlah caj caller ringtone dinaikkan bagi setiap lagu. Lagu-lagu caller ringtone yang sebelum itu telah saya bayar semasa muat turun, tanpa dimaklumkan cuma tinggal satu. Kecewa dengan kenaikan harga caller ringtone secara "paksaan" saya cuba menamatkan perkhidmatan berkenaan. Alangkah kecewanya kerana satu permintaan yang mudah itu, saya terpaksa menghubungi Celcom berkali-kali. Pengakhirannya, saya berkunjung ke Celcom Jalan Semarak untuk menamatkan perkhidmatan Caller Ringtone semata-mata. Bolehkah Celcom memnyediakan satu perkhidmatan yang mudah lagi berkesan untuk penyelesaian masalah bagi penggunanya? Tidak perlu ke mana-mana pusat khidmat Celcom. Sebenarnya Datuk Seri, kalau nak dikisahkan semuanya, saya rasa akan berjela-jela luahan saya. Cuma pinta saya, tolonglah kami pelanggan Celcom untuk tolong naikkan imej Celcom juga.. Sekian - Shafinaz Hanum
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, Saya masih menaruh harapan agar Celcom berubah ke arah lebih baik.. sebab D mahupun M pun dah buat masalah pada saya. Tinggal Celcom je. Tolong jangan bagi line tiba2 terputus. Kalau duduk bahagian dalam rumah sikit, dah tak dapat line broadband. Takkan tiap kali saya nak online pun saya kena bertenggek dekat birai jendela. Kalau saya jatuhtingkat sepuluh tu macam mana?..Nanti kecoh pulak satu Malaysia.. " Pelanggan Celcom Broadband mati jatuh tingkat 10 ketika cuba dapatkan line broadband Celcom" Harap Dato' dapat la tingkatkan servis. Tiap kali nak online.Menangis saya dibuatnya. Saya perlukan Broadband yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan konsisten. Lagi2 saya selalu Travel. Lepas tu..tolongla update system dan bayaran bill anda. Ini tidak, asyik buat mak saya bising2 pada saya macam saya tak bayar bil. Padahal saya dah bayar.. Selang seminggu..suruh bayar lagi. Tolong lah..jangan sampai saya telefon maki2 customer service. . Tak pasal2 saya berdosa.... Pdahal tu, kalau saya terlewat bayar bill, dalam masa 2 jam macam tu dah potong line internet saya.. Dah potng line telefon mak saya. Kalau kita dah bayar..Celcom tak update..takpe pulak. adekah kami juga boleh terminate Celcom begitu sahaja? - pengguna tegar internet - Queen
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, pejabat saya pernah melanggan Celcom broadband( jalur lebar ). Untuk pengetahuan Datuk, pejabat saya hanya bersebelahan bangunan KOMTAR, Pulau Pinang. Bila mula membeli modem daripada jurujual ( di dalam bangunan KOMTAR ) kami dah pun mencuba mengunakan/mencuba mengaaktifkan jalur lebar tersebut, ianya berjalan lancar..! tapi bila balik ke pejabat dan mencubanya, Hampehh!!! langsung tak boleh bersambung( connect )...!!! Apakah NERAKA...!!!( What the HELL...!!! ) Sesungguhnya saya begitu tak faham apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan jalur lebar ( broadband ), adakah ianya benar-benar lebar ataupun tidak, ataupun pejabat saya yang begitu dekat sekali dengan bangunan KOMTAR ( bukan di Gua Tempurung atau Kampung Padang Serai ), tidak termasuk dalam kawasan ( territory ) Celcom. Atau mungkin kah kedudukan pejabat saya dilindungi oleh bangunan KOMTAR yang tinggi, sehingga satelit ( yang usang, atau masih menggunakan teknologi zaman jepun ) atau menara pemancar yang berada di atas bangunan KOMTAR tidak dapat memancarkan gelombang ke pejabat kami... Betul-betul membuntukan!!...Tapi setelah tak sampai 24jam, kami mengambil keputusan untuk membatalkan penggunaan jalur lebar Celcom terbabit.- Fadzli Amir
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, saya bernasib baik kerana tidak pernah menggunakan perkhidmatan celcom... semoga Datuk Seri dapat mengepalai sebuah syarikat dengan jayanya.. - Hazlin
...

Datuk Seri Shazali Ramly.. Suami saya adalah antara pengguna awal Celcom BB dan membayar RM98 setiap bulan tanpa miss. Tapi kalau kami buka BB tuh kat rumah, between pukul 8 - 11 mlm... hampeh... line too slow, skype pon tak dapat. Time tu lah anak saya nak berskype n video call dengan neneknya di kuching... takan nak tunggu pukul 12 tghmlm yer.. aduiii rasanya mcm nak terminate je dah beruk ni. Kalau balik kampung saya ditemerloh pon sama. most of the time lembab, slow dan sewaktu dengannyer - Mila
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, you and your high management MUST tender your resignation for your failure to address all the common issues faced by your PAYING users, being part of GLC. You are a shame to the rakyat, thus, the only course of action is for you to leave the company to someone else that is capable of running a company that deals with millions of customers and address issues amicably and not keeping silence issues raised, either on the traditional media, or eletronically. Datuk Seri, it is saddening to know that even a simple issue is NOT being give a due priority and solution that can satisfy the customers. Datuk Seri, it is better that you quit, together with your other high management officers, as you are now wasting more money to do your A&P but not upgrading your network system. Ohh, since I am at it, remove all your customer service people too because they are redundant. Use voice automated service. As the ones manning the service argues more with customer than troubleshooting the problems. Ohh dun let me start - Hazrey
...

Datuk Seri Shazalli Ramly...saya menggunakan broadband celcom dr syarikat yang datuk terajui..tolonglah improve line di sikit..nak guna internet lambat walaupun dapat 3G..tapi lambat..kalau masuk kampung lagilah..laju lagi ulat gonggok berjalan..tolong..saya nak update blog kat rumah pun lambat sangat..please improve..kami bayar.. bukan tak bayar..dapat gaji je bayar terus duit langgan celcom - Ummi
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, Saya pernah terfikir hendak bertukar kepada Celcom. Tapi begitu banyak komen terhadap perkhidmatan yang diberikan niat itu terbantut. Ditambah pula adik saya menggunakan Celcom dan kami dapati perkhidmatan sangat teruk di kawasan kami. Adik saya menasihati agar terus melanggang jalur lebar persaing Celcom itu daripada sengsara bertukar kepada Celcom. Kami membuat perbandingan dengan membuka Tonton.com.my menggunakan kedua-dua perkhidmatan jalur lebar. Menggunakan Celcom, amat sukar untuk menonton Tonton.com.my dimana tidak habis-habis loading sampai kesudah. Manakala mengguna perkhidmatan persaing anda, dengan gembiranya kami menonton Tonton.com.my. Sekian. Diharap Celcom terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang - Intan
...

Datuk Seri Shazalli Ramly...datuk guna broadband Celcom tak? Saya tak...dgr citer servis tak bagus. Ye ke? Hehehehe - Bunga Cahaya
...

Datuk Seri Shazali Ramly, Ada beberapa mslh utama Celcom sejak sy jd pelanggan berthn lamanya. 1) Broadband. lg 10 thn M'sia nk jd negara maju, ini je the best service yg celcom tawarkn utk rakyat m'sia? bile msk dlm rumah line automatic jd slow. thp GPRS aje.sbb apa? 2)Kadar talian telefon. sy pernah call ke no lain (012,016 etc)dgn kadar seminit hampir rm2!! wth!sy rs kadar utk ke luar negara lg murah.kata kadar satu negara sama, tp apsal sy call dr kl ke no penang kadar lain mcm? ini yg rakyat m'sia dpt dr syarikat m'sia? wth. 3) hidden charge. rasanya adil tak kalo kite xdpt call sesuatu number, ia trs msk ke voice mail. walaupun voice itu belum dimulakn kite telah dicharge. sama juga kalo call di reject.. adil ke?kite tidak dpt apa2 service tp trs saje di charge membabi buta. tolonglah perbetul keadaan - Jibam
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, saya pernah suarakan ketidakpuasan hati saya kepada CELCOM CARELINE pada Hari Raya Puasa yang lepas berkenaan betapa teruknya line CELCOM dirumah Mertua saya di Pasir Mas, Kelantan. Jangankan kata nak pakai "Berukban" nak guna line henpon CELCOM pun kene pegi duduk kat luar rumah. Kalo time-time hujan lagilah teruk. Langsung takde line. Bila saya ajukan pertanyaan kepada CELCOM CARELINE jawapan yang diberi ialah kawasan rumah saya takde pemancar. Dari rumah tu ke Pasir Mas hanya 3km dan kawasan rumah tu ditepi jalan utama antara Tanah Merah ke Pasir Mas. Dalam jarak 3km bukankah saya berada dalam wilayah Celcom? Tlonglah buat sesuatu. Malulah kalo camni dengan Maxis - Echam
...

Datuk Seri Shazalli Ramly: Saya baru saja melanggani celcom berokband RM68 per month. Tapi memandangkan penggunaan yang tinggi jadi dan line berokband tersangatlah slow, jadi kami di nasihatkan untuk menambah GB dan tiap bulan kami harus bayar RM98. Line berokband masih lagi kejap ok kejap ko. Dan sebaik saja saya baca dalam blog bro Mazidul pasal hidden charges..saya tak sabar nak tunggu bil sampai. Saya pasti proses penukaran dari RM68 ker RM98 pasti kena charges. Dan jika ada saya tidak teragak-agak nak "maki-mesra" Celcom care line dan terminate servis berokband celcom yang memang macam berok. Sekian - Madam Casper
...

Datuk Seri Shazali Ramly, Datuk..kekadang orang senang yang berada di atas lupa kesusahan orang yang berada di bawah. Untuk pengetahuan Datuk yang mungkin dah tahu tapi buat-buat tak tau, saya merupakan pelanggan Celcom berukben sejak awal 2009. Guna celcom sebab nak support bangsa sendiri la kununnya. Tapi sejak dari awal tahun tu la, berukben saya punyalah lembah. Saya dah pernah lodge complain kepada your so called customer service yang excellent, tapi sayangnya dia kata saya punya modemn faulty. Kalau faulty, mestilah tak boleh connect langsung kan..kekadang kat screen saya tu tertulis camni Rate: 0b/s..amacam..ok tak camtu? Dan untuk pengetahuan Datuk juga, rumah saya nie tak le ulu sangat, kat Damansara Damai, bandaraya PETALING JAYA..amacam Datuk..tak terasa hampeh ke? Caci maki toksah cakap le..dah - Kirana
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, sy ni pngguna brdbnd clcom. sy rse datuk pun sedia maklum ape crte line brdbnd. kalau nak laju, time pagi2 buta tu ha boleh tahan la. tapi kalau time tgh hari ke ptg ke, xtau nak ckp la. slow je, mengantuk sy tnggu. kalau ada org nk line elok kne duk tepi birai, sy plak kena sandar btul2 rapat kt dinding, lptop letak atas lutut. apekehal nye. kata BROADband, tpi lain pulak crte, nk kena cari line dlu. dah tu pulak, ada time tiba-tiba disconnect sndiri. byk kali jgk kne try connect balik. mcmna ni? asyik sbr je mn bleh. sblm ni sy dh guna yg hijau tu, tp truk jgk. tu yg try clcom. igtkn ok lg, tpi 2 x 5 je. sila bt ssuatu ttg mslh2 yg dhdpi pngguna. sy rasa kalau clcom dpt handle problem2 pngguna dgn baik, mslh dpt slsaikan, msti pngguna pun syok. xdela nak kena dgr kami bising2. tq - Azween
...

Datuk Seri Shazali Ramly Saya tidak pernah melanggan Celcom pun, tapi saya minta selaku orang Islam yang ada tertib, jujur dalam pekerjaan dan mengharapkan Barakah alam hidup, tolonglah usahakan supaya Celcom dapat memenuhi tuntutan pelanggan. Celcom merupakan satu dari simbol kejayaan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Maxis - Keling dan Digi untuk orang Cina. Datuk kan ke pandai, fikir sendiri lah, tak guna setiap tahun buat kenyataan untuk beratus juta, tapi disumpah seranah oleh berjuta pelanggan dan bekas pelanggan. Contoh paling senang ialah Maziduo sendiri telah berpindah ke Streamyx oleh TM...hidup TM. Jangan asyik pandang ke atas sahaja datuk, orang yang di bawah inilah yang paling banyak menyumbang kepada kejayaan Celcom dari mula mula di tubuhkan hingga sekarang. Apa lagi Datuk Seri, pergi buat kerja lah, dah bayar gaji mahal mahal tu, kerja kena lebih! - The Red Rambutan
...

Datuk Seri Shazalli Ramly, Tengahari ini(18 Oktober 2010) saya mendapat panggilan daripada seorang kakitangan Celcom yang menerangkan akaun Broadband saya telah diberi rebate, mungkin 50%(mungkin, saya tak dengar line 019 saya tak berapa jelas), terima kasih. Aduan saya sebelum ini telah dipanjangkan melalui emel ke pihak Celcom. Nombor rujukan aduan saya;C101021-25169041. Balasan emel saya dengan pihak Celcom boleh dirujuk di http://si-kilat-senja.blogspot.com/ Ringkasnya aduan saya dalam emel-emel tersebut ialah kesukaran mendapatkan line 3G/HSDPA selama beberapa bulan walaupun melanggan pakej RM98 bulanan. Saya bertambah kecewa bila jawapan emel daripada Celcom mengatakan kawasan saya, Pontian Johor, cuma akan menikmati 3G pada hujung 2011. Sekaligus menyatakan Celcom makan gaji buta selama ini sekurang-kurangnya pada saya sebagai seorang pelanggan. Walaupun saya terkilan dengan kelemahan perkhidmatan Celcom Broadband pakej Advance saya tetapi kemesraan yang ditunjukkan pegawai yang menghubungi saya(3 kali miscall dan kali terakhir baru saya menjawab) berhubung rebate itu menyejukkan sedikit hati saya yang kalau ikutkan amarah mahu saja menamatkan langganan Celcom Broadband saya sebelumnya. Diharapkan rungutan pelanggan diambil serius atau lebih baik biarkan individu lain mengambil alih jawatan Anda jika masih tidak kompetitif dimasa mendatang. Teruslah berusaha memperbaiki perkhidmatan syarikat diterajui Anda. Terima kasih. p/s-Untuk menaip komen ini pun saya terpaksa menunggu beberapa lama kerana line Broadband terlalu lemah(EDGE/GPRS) - Muhammad Fahmi
...
Datuk Seri Shazali Ramly... saya tertanya-tanya, bilakah agaknya Malaysia akan setanding dengan JEPUN, USA, UK, dan negara-negara maju lain dari segi KELAJUAN INTERNET? kalau macam ni, nak beli akaun rapidshare pun rugi, sebab nak download perlahan (ye..perlahan macam bapok berjalan). sahabat - sahabat saya di luar negara sering mengeluh ketika pulang ke Malaysia kerana masalah internet yang sungguh lembab. macamana nak tengok Anugerah Juara Lagu secara ONLINE kalau macam ni, datuk? - Budak
...

Datuk Seri Shazali Ramly, Saya dahulunya pelanggan Celcom setelah berhijrah dari telco lain yang kononnya tokey besarnya bukan Melayu dan bagi menyokong Celcom atas dasar ianya syarikat dikuasai Melayu. Pada satu masa saya mempunyai 4 akaun termasuk 1 berukband. Saya mula menggunakan Celcom setelah bertugas di Sri Aman,Sarawak apabila tertarik dengan promosi yang dibuat. Terus terang saya cakap, pegawai Celcom yang buat promosi tu telah menjadi sahabat baik saya sehingga kini. Semasa di sana saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan line Celcom ni.Pelik tapi benar...Sarawak yang banyak kawasan pendalaman liputan line Celcom sangat bagus. Masalah saya bermula bila saya berpindah ke Johor Bahru. Bermula dengan line telefon yang selalu jem dan tak boleh call dan kalau call boleh dapat kat orang lain dan yang paling teruk kat area JB ni dapat line CELCOM BERUKBAND. Call customer service tak guna langsung.Pergi ke Kempas dapat hampeh...jawapannya yang diberikan..kat JB ni ramai orang guna CELCOM sebab tu line slow. Apa ke bodohnya jawapan yang Celcom dah ajar pada stafnya untuk jawab pada customer..kalau dah tahu ramai orang guna celcom upgredkan lah server ke, tambah la apa-apa gadget yang patut supaya masalah tersebut selesai. Last saya terminate semua line Celcom....saya ulang semua line CELCOM saya dan tukar ke DIGI. Bila guna DIGI....lajunya BROADBAND DIGI buatkan saya tersenyum dan menyesal sebab tak tukar dari awal sejak pindah ke JB. Dan berdasarkan kepada pengalaman saya dengan CELCOM jugaklah bayaran akhir bagi semua bil-bil saya dengan CELCOM akan saya selesaikan selepas 6 bulan dari tarikh saya tamatkan semua line CELCOM tu.Dulu masa saya nak dapat balik duit lebihan bayaran bil berjumlah RM45 dari CELCOM juga memaksa saya berulang alik ke pejabat Celcom di KEMPAS dan juga berhubung dengan Customer Service dan saya terpaksa menunggu 8 bulan baru dapat balik...kali ni saya nak bagi tahu pada semua orang...kalau ada cadangan nak tukar ke telco lain, jgn bayar bil akhir....tunggu dulu sampai kita puas hati tiada lagi bayaran yang akan dikenakan dan tiada lebihan bayaran yang telah dibuat kepada CELCOM ni. lepas tu baru bayar.... JOM Jangan Pilih Celcom.... p/s : kalau line YES lagi laju, silap haribulan DIGI pun kena terminate..hehehe - Suka Hati
...

Datuk Seri Shazali Ramly, selamat hari raya korban. selama nih saya hanya membaca sj blog saudara mazidul ni,hari nih mmg nak luahkan perasaan yg mencengkam jiwa gara2 berukband celcom nih..tyvm mazidul bg peluang nih :) saya melanggan berukband celcom utk anak saya atas pakej pelajar katanya 48rm sebulan.oklah saya rasa..lepas tu anak mengadu bila nak d/load apa2 kena tunggu berjam jam..saya pujuk..biasalah dah kita amik pakej paling murah..(nak sedapkan ati) ...dia kt malu kat kwn2 bila ,kwn dok kata..setelah 40 thn..baru 20% loading..kemudian berkedut baru 50% loading depa dok buat lawak la pulak....:P tu semua OK lagi...sabar lagik...TAPI yg paling mengecewakan bila BIL SAMPAI....bil tertera 73rm..mula2 nak daftar tu bayar 100rm..ok lah.tapi ingat bil sampai dlm 50rm mcm tu sj..sabar lagi ingat ada apa2 lagik yg perlu diselesaikan...bil kedua mai RM63 bila suruh semak..ohh puan kena pergi ke ofis terus..last2 saya semak sendiri..klik kat tanda msg yg berkelip2 tu....OMG patut la bil meningkat walaupun line cukup payah nak dapat...tau apa yg saya jumpa? SMS dari TOTO,MAGNUM setiap sms dicaj 0.30sen GILA KA APA? astudent pakej tu!!!!! lebih kurang 73 sms masuk dari sport toto/magnum...so apa nih? caj2 yg tersembunyi???? saya tak rela duit ringgit saya dihabiskan dlm perjudian mcm tu..so tolong pantau dan perhatikan benda2 mcm nih!! sekian panas hati dgn celcom berokband!! - Di Sini Bermula
...

Datuk Seri Shazali Ramly, Saya bukan pelanggan Celcom dan tak pernah melanggan Celcom dan setelah terbaca segala komen2 pengguna celcom saya semakin yakin yang saya tak akan bertukar ke CELCOM.- Vic
...

Datuk Seri Shazali Ramly, celcom brodband memang ..... ( wajar ke aku menggunakan perkataan celaka ) aku rasa sangat wajar kerana aku terasa teraniaya... line nya lambat rm 68 ..384 kbs.. .. lembat macam siput babi tak makan 3 hari .. menunggu sampai boleh tido... mase mempromosi tak hingat.. semua bagus.. bila dah pasang.. macam ..... (dot dot dot ).. bila aku komplen ... ada ke dia suruh tambah rm 98 ringgit punya.. kalau dah rm 68 dah cam .... (dot dot dot ) apetah lagi rm 98.00.. bila kita putus kan linenya kena plak panelti rm 300.00 celcom memang ( dot dot dot ).... meng inaya orang jeks.. mase masuk line dulu tak de pulak citer ape2.. tau-tau kena panalti.... tak ke ... ( dot dot dot ) ingat dato' doa orang teraniaya makbul dato'... aku tak nak banyak citer .. jumpa di akhirat je la dato... penghisaban allah maha adil dato'... kumpul pahala banyak ye dato... .... celaka : maksud saya... kekecewaan yang teramat sangat sehingga menggangu perjalanan kehidupan di dunia fana ini.. perkara ni dah lama di pemdam.... ada peluang untuk meluahkan rase yang sekian lama di pendam di blog tuan maka saya lepaskan ape yang terkumpul disini bersama emosi-emosi yang teramat kecewa... apakan daya saya ini insan biasa... yang kecewa - Ridhwan
...

DSSR..ini ada email saya hantar tempoh bulan yg lalu..masih tiada jawapan..tak pe saya faham kesibukan DSSR yang terbang kesana sini nak upgrade ke kan Celcom ke 4g(air mata saya meleleh bila dengar Celcom nak ke 4G..3g pun terkial2)...mungkin datuk tak menngunakan CB sendiri..ntah2 datuk pun guna streamyx juga kot..sila DSSR ke FanPage Kami Benci Celcom Brodband utk melihat segala permasalahan yg berlaku.. Saya berharap DSSR boleh mengikut jejak langkan Dr Rozmey..atleast di berani meletakkan harapan juga.. Jgn la kerana dek kelembapan sercis CB ini,DSSR dan syarikta disumpah seranah jika masuk 44 org mahu muflis Celcom Harap dpt diperbaiki servis ini supaya DSSR boleh makan gaji dangan lebih banyak.. jangan la asyik nak pau duit pelanggan shj.. tak perlu lah kami adua kan ke SSKM..

Assalamuailaikum Dato' Saya merupakan salah seorang pengguna CELCOM BROADBAND sejak lebih kurang 2-3 tahun lepas dan masih lagi menggunakan sehingga ke hari ini. Saya menggunakan pakej rm99.00 sebulan untuk 7.2mbps Disini saya ingin membuat aduan mengenai capaian internet dengan menggunakan CB.Kebelakangan ini sambungan CB menjadi tidak stabil,dimana modem(jenama Huawie)menunjukkan terdapat isyarat 'coverage' UMTS/HSDPA tetapi bila mula 'connect' capaian hanya mendapat EDGE. Ini juga menyebabkan sering kali terjadi 'DC' kerana berlaku penukaran isyarat coverage antara UMTS dan EDGE dan ini mengganggu urusan kerja saya. Untuk makluman saya tinggal di Jalan Raja Muda Kangar Perlis yang mana kadar signal untuk UMTS adalah 1 atau 2 bar sahaja(itupun jika kena pada tempat dan masanya).Kebanyakan adalah isyarat EDGE sahaja - Rafiz2000
...

Datuk Seri Shazali Ramly, Dulu saya pakai celcom dengan setia tapi semenjak dua menjak ni, setelah ketaatsetiaasan saya tidak begitu berbaloi, saya dah bertukar kepada maxis. Kalau nanti Maxis pulak buat hal, agak2nya nak kena tukar ke rangkaian mana lagi ya? -Anyss
...
Datuk Seri Shazali Ramly, sila rujuk disini (http://maxxlr8.blogspot.com/2010/10/hebatmeletupgilacunwowterhangatterhebat.html) untuk melihat kelajuan yang saya nikmati dengan celcom broadband. memang paling jimat dengan kelajuan purata 98 kbps dengan sambungan HSDPA. Kelajuan rangkaian 3G sepatutnya lebih laju dari 98 kbps. dato, jujurnya, saya pernah jumpa longkang memindahkan data selaju 100kbps. Ini bermaksud rangkaian 3G celcom di kawasan saya lebih teruk dari longkang tersebut. Ini juga bermaksud saya membayar RM98 setiap bulan untuk perkhidmatan dari sesuatu yang lebih teruk dari longkang itu. mungkin juga rm98 dibaca celcom sebagai 98kbps. Selepas beberapa lama saya mendapatkan perkhidmatan paling jimat dari Celcom BBand, saya mengambil keputusan untuk bertukar ke P1. sekarang lihat apa yang saya dapat dengan P1 disini (http://maxxlr8.blogspot.com/p/speed-trap.html). kelajuan dalam lingkungan MegaByte sesaat. Saya tak menyalahkan Celcom, mungkin kerana rumah saya juga berada di blind spot atau di kawasan pedalaman. mungkin Ipoh adalah kawasan pedalaman baginya. Untuk pengetahuan, saya tak pernah mencapai had penggunaan adil sebanyak 5GB sebulan sebab kelajuan BBand celcom saya sangat teruk. Jika P1 melakukan perangai yang sama, saya tak akan teragak-agak untuk bertukar perkhidmatan lagi. btw, saya langsung tak menghubungi celcom couldnt care line. Buang Karan, buang kredit, buang masa. sekian. *buat Mazidul, sekarang silent reader bersuara. mungkin tak selantang saudara, tapi cukup sekadar melepas geram. :) - JaaBrainstorm
...

Datuk Seri Shazalli Ramly .. SAYA ADA BUAT PERBAGAI ADAUAN DI CELCOM TERMASUK MENGHANTAR SMS KE HANPHONE DATO SERI SENDIRI.. TETAPI HAMPEH... BANYAK SANGAT MAKAN GAJI BUTE- ZABRI MOKHTAR
...

Datuk Seri Shazali Ramly, as-salam Datuk dan insan berkuasa, kalau ada masa boleh semak aduan yang dibuat di Celcom selayang yang telah 4 kali update aduan tetapi belum bergerak sejak 3 tahun... Datuk tak perlu risau maki hamun dari +40 orang pengguna samada masin atau tak andai mereka pernah hobi memaki.. tetapi cuba fikirkan jika terdpat satu dua org yang mesra alam dan tak pernah memaki sumpah orglain. ..sesekali insan ini menyumpah CELCOM, terdengar kepada lipas ker anai2 atau gagak, tak mustahil boleh runtuh bangunan Celcom - Zeqzeq

51 ulasan:

  1. 'Datuk Seri Shazalli Ramli Ramly, sy harap celcom improve kan network either for handphone line or broadband... bila time raya or any international festival held kat dlm malaysia nih mesti line celcom problem... i hope this problem can be solve by ur territory :)

    BalasPadam
  2. Datuk Seri Shazalli Ramli...
    saya pernah melanggan celcom broadband (384 kbps) ketika menetap di banting pada tahun 2009, namun tidak lama, kerana kualitinya terlalu perlahan, ibarat kata sahabat saya, "lambat macam bapok berjalan". mungkin kawasan banting itu sedikit ulu, justeru perkhidmatannya sedikit perlahan. namun kemudian saya menukat kepada maxis broadband (384 kbps). namun saya hairan, maxis lebih laju berbanding celcom. bukan saya sengaja membuat andaian, namun memang itulah hakikatnya. satu sahaja yang bagus tentang celcom ketika itu, iaitu TIADA KONTRAK. memang wajar sekali, kerana selepas menggunakannya untuk 3 bulan, saya muak dengan perkhidmatan internet perlahan, lantas ingin menamatkan perkhidmatan itu. mujurlah tiada penalti dikenakan kerana menamatkan perkhidmatan itu. tidak seperti maxis yang mana ketika itu juga saya ingin berhenti melanggan kerana ingin mencuba p1 wimax, saya harus membayar penalti kerana melanggar kontrak langganan minimum. saya fikir, syarikat telekomunikasi perlu menghentikan KONTRAK kepada para pelanggan supaya tidak menjadi beban kepada pelanggan untuk membayar penalti jika ingin menamatkan perkhidmatan internet yang mereka sediakan.

    BalasPadam
  3. Datuk Seri Shazalli Ramly, saya merupakan pelanggan digi yang berhijrah ke wilayah celcom yang lebih luas kononnya. setelah lebih setahun menggunakan celcom, saya ternyata kecewa kerana 'wilayah' yang luas itu seringkali di'interrupt' sampaikan nak buat panggilan penting pon tak dapat terutamanya pada cuti2 perayaan. saya juga pernah menggunakan berukband celcom 3G tapi liputan seringkali tergendala. bila kol customer service, puncanya adalah kerana ramai pengguna celcom 3g di tempat saya sampaikan berukband jadi jem. (saya tinggal di puchong, near cyberjaya).
    selain drp gangguan talian, saya tak pernah lagi dapat bonus hari jadi dan sebagainya dari celcom. susah sangat ke nak reward pengguna? dan saya musykil dengan tawaran diskaun yang celcom berikan sebab average penggunaan saya stp bulan sama saja dari Digi sampai la celcom. (saya dapat 'diskaun' sampai 50% bil tapi jumlah bil lebih kurang bil tanpa 'diskaun' yang saya dok bayar dengan digi je..tipu ek??mentang2 la saya tak kira jumlah minit bulan2)

    BalasPadam
  4. Datuk Seri Shazalli Ramly,

    Perkhidmatan celcom mmg teruk..last year saya register broadband dgn diorg tp broadband mcm berukband lembap n 99% tak blh guna langsung..i xda download2 apa,cuma buka blog n email,itupun xblh....wasted so much credit calling their bad customer service,give me useless and wrong information..i made a complaint in celcom office jln ampang regarding the wrong info given by their customer service, i was told by the staff that the customer service is from another company and the most yg menyakitkan hati ialah, staff tu ckp if btl the customer service give wrong info to the customer, celcom will get compensation rm500 per case !! but what did the customer get? troublesome !!

    ask them to disconnect my line,sampai skrg xbuat2,janji nk call pun xcall balik..dah setahun,n now antar lawyer letter suruh byr bil..call the lawyer company,diorg ckp better byr je sbb klo tak diri sendiri susah sbb kena blacklist..mmg celcom suka aniyai customer..

    now im with digi and i love the service.

    SAY NO TO CELCOM !I HATE CELCOM !

    BalasPadam
  5. 'Datuk Seri Shazalli Ramly ...'sebenarnya kami dah lama pendam masalah ni, tapi bila dapat kesempatan macam ni barulah kami mampu untuk bersuara, selama ini kami hanya bersuara dengan celcom servis centre tapi masalah tetap sama
    Kami dah melanggan pakej celcom exec50 & 1+5 sejak april 2009 tapi sehingga sekarang kami masih tidak dapat menikmati perkhidmatan yang kami harapkan, ada saja masalah samada masalah yang lama berulang kembali atau ditambah dengan masalah yang baru, pada mulanya kami sangkakan sim kad kami yang bermasalah tapi setelah kami berdua menukar simkad masalah yang sama still berulang lagi, kami try pulak tukar handset kerana khuatir dengan handset kami yang agak ketinggalan zaman tak dapat menampung kecanggihan line celcom, malangnya langsung tak ada perubahan, untuk rekod wang yang dibelanjakan kami untuk mendapat line yang sempurna saja hampir RM1k iaitu kos untuk menukar simkad Rm20 untuk 2kad & selebihnya kos untuk menukar handset yang baru, kami juga telah membuang banyak masa untuk menelefon celcom servis centre mengadu mengenai masalah kami, jawapannya "mungkin simkad anda rosak"...
    Masalah yang kami hadapi ialah kadang-kadang apabila kami berbual di telefon selalu kedengaran bunyi bising dan line tiba-tiba terputus, nak hantar sms selalu fail, hantar mms pun susah selalu fail kadang-kadang saya hantar boleh tapi pasangan saya tak boleh tengok & bila dia hantar boleh saya pulak tak boleh tengok mms (dah restart handset & renew semula setting mms pun sama), kena hantar mms berkali-kali baru dapat tengok & kadang-kadang kena downloading baru dapat tengok mms & dalam masa yang sama bil pun naik, line tiba-tiba hilang satu bar pun takde tak boleh buat call, ada line tapi tak boleh buat call,jumlah bil yang kadang-kadang mengarut tiba-tiba naik sedangkan penggunaan kami tak sampai ke tahap itu, maximum usage untuk 20jam call & 1500sms yang kami guna tak sampai lagi pun tapi dah bagi warning "u haved reach maximum usage & u will be charge with normal call rates" lebih kurang camtulah aytnya (bila kami call celcom servis centre dia bagi tahu sori ada kesilapan nanti kami akan adjust semula bil yang akan datang, kalau kami tak call beritahu masalah ni so, camne bayarlah apa-apa amount bil pun?), bila nak check unbilled amount selalu lambat nak dapat susah kita nak agak & budget setakat mana yang kita dah guna (kadang-kadang semalam check unbilled amount baru RM0.60 tapi keesokannya dah jadi RM5.60 cepat sungguh naik sedangkan kami tak guna pun phone...
    Masalah ini bukan berlaku sekali atau dua kali tapi berkali-kali...nasib baik kami ada 2nd prepaid line yang setakat ni tak memberi apa-apa masalah...namun kami tetap tak bersangka buruk pada celcom setelah apa yang kami alami...kami melanggan pula celcom broadband@berukband setelah tertarik dengan ayat "even wider,even faster,even better"...malangnya, hal ini menambahkan lagi kemarahan kami terhadap perkhidmatan celcom hingga tercatatnya komen yang panjang lebar ini...line internet selalu disconnect secara tiba-tiba dan lembap tak pernah sampai top speed separuh pun tak sampai...tapi bila saya cuba guna broadband yang kaler kuning & kaler hijau meluncur dengan laju tanpa masalah..."kami tak tinggal dalam hutan"...rumah kami ditengah-tengah bandar yang menara telekomunikasi terpacak disana sini...
    Pada mulanya kami sangka ada curse yang menghalang kami dari terus mendapatkan khidmat terbaik dari celcom, tapi setelah kerap kali membaca komen yang telah dilontarkan oleh bro mazidul dan rakan-rakan yang lain, akhirnya kami tahu yang kami bukannya terkena sumpahan celcom...kalau terkena sumpahan pun harap celcom dapat meleraikan sumpahan ini, kerana setakat ini kami masih percaya si biru masih boleh buat sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan kami yang sekarang ini mulai keliru dan buntu

    BalasPadam
  6. Datuk Seri Shazalli Ramli,

    Saya adalah pelanggan Celcom D68 sejak pertengahan 98. Saya tinggal di kawasan luar bandar.

    Saya cadangkan kouta bulanan FUP Celcom Broadband dari 5Gb ditambahkan kepada 10 Gb. Ini kerana sekarang ini terlalu banyak kandungan web interaktif menarik yang memerlukan penggunaan internet yang banyak.

    Saya juga tidak berpuas hati dengan kadar 'tempoh ikhsan' Celcom Prepaid dipendekkan dari 100 hari menjadi 50 hari. Saya tidak faham mengapa operator lain boleh memberi tempoh ikhsan 90 hari tetapi tidak Celcom.

    Sekian Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Salam, BRO Mazidul,
    Sebelum saya menulis komen (mengulang komen), saya rasa saya nak tulis apa yang terlintas di fikiran saya, berhubung kemunkinan CEO Celcom tidak baca, tidak peduli aduan jika datang dari seorang yang bernama MAZIDUL.

    yeah, mungkin benar kerana as U said, U bukan celebriti or else... yg U list kan tu (kecuali wartawan cabuk)

    Tapi WARTAWANlah yang lebih berpeluang menulis, mengomen, memaparkan fakta walaupun keburukan dan segala kelemahan pelbagai pihak (dlm kes ini, Celcom).

    See? Banyak sudah bukti.
    So, I optimis yang paparan ini (dan yg sebelum) pasti sahaja akan (dan sudah) dibaca sekian ramai yg bernaung di bawah CELCOM.
    Kita tunggu respons mereka (kalu depa ada perasaan nak respons lahhh...)

    •••
    My comment: saya ulangi dari komen paparan sebelum ini:

    “Datuk Seri Shazalli Ramly,
    Saya antara pengguna Celcom yg selalu kering tekak bergaduh dgn depa pasal payment.

    Hidden charges? Semua syarikat telco, ada, ini tidak dapat dielak, tp mereka wajib beritahu kepada semua pelanggan mereka. (kalu beritahu bukan nama hidden ler kot?)

    Sekarang ini, TIDAK kira berapa pun jumlah bil anda, sekiranya tidak dibuat bayaran menjelang bulan kedua, TERUS dipotong wpun bil tak sampai RM100. BENARKAH?

    BalasPadam
  8. Yang Berbahagia Datuk Seri Shazalli Ramli...

    Celcom merupakan talian selular pertama saya sehingga kini. Walaupun adakalanya ragam perkhidmatan membuatkan saya terfikir untuk menukar talian, tetapi sehingga kini saya masih bersabar dengan harapan akan ada perubahan.

    Sudahlah caj caller ringtone dinaikkan bagi setiap lagu. Lagu-lagu caller ringtone yang sebelum itu telah saya bayar semasa muat turun, tanpa dimaklumkan cuma tinggal satu. Kecewa dengan kenaikan harga caller ringtone secara "paksaan" saya cuba menamatkan perkhidmatan berkenaan. Alangkah kecewanya kerana satu permintaan yang mudah itu, saya terpaksa menghubungi Celcom berkali-kali. Pengakhirannya, saya berkunjung ke Celcom Jalan Semarak untuk menamatkan perkhidmatan Caller Ringtone semata-mata.

    Bolehkah Celcom memnyediakan satu perkhidmatan yang mudah lagi berkesan untuk penyelesaian masalah bagi penggunanya? Tidak perlu ke mana-mana pusat khidmat Celcom.

    Sebenarnya Datuk Seri, kalau nak dikisahkan semuanya, saya rasa akan berjela-jela luahan saya.

    Cuma pinta saya, tolonglah kami pelanggan Celcom untuk tolong naikkan imej Celcom juga..

    Sekian.

    BalasPadam
  9. Datuk Seri Shazalli Ramly,

    Saya masih menaruh harapan agar Celcom berubah ke arah lebih baik.. sebab D mahupun M pun dah buat masalah pada saya. Tinggal Celcom je.
    Tolong jangan bagi line tiba2 terputus. Kalau duduk bahagian dalam rumah sikit, dah tak dapat line broadband.
    Takkan tiap kali saya nak online pun saya kena bertenggek dekat birai jendela. Kalau saya jatuhtingkat sepuluh tu macam mana?..Nanti kecoh pulak satu Malaysia..

    " Pelanggan Celcom Broadband mati jatuh tingkat 10 ketika cuba dapatkan line broadband Celcom"

    Harap Dato' dapat la tingkatkan servis. Tiap kali nak online.Menangis saya dibuatnya. Saya perlukan Broadband yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan konsisten. Lagi2 saya selalu Travel.

    Lepas tu..tolongla update system dan bayaran bill anda. Ini tidak, asyik buat mak saya bising2 pada saya macam saya tak bayar bil. Padahal saya dah bayar.. Selang seminggu..suruh bayar lagi. Tolong lah..jangan sampai saya telefon maki2 customer service.. Tak pasal2 saya berdosa....

    Pdahal tu, kalau saya terlewat bayar bill, dalam masa 2 jam macam tu dah potong line internet saya.. Dah potng line telefon mak saya. Kalau kita dah bayar..Celcom tak update..takpe pulak. adekah kami juga boleh terminate Celcom begitu sahaja?

    - pengguna tegar internet -

    BalasPadam
  10. Datuk Seri Shazalli Ramly, pejabat saya pernah melanggan Celcom broadband( jalur lebar ). Untuk pengetahuan Datuk, pejabat saya hanya bersebelahan bangunan KOMTAR, Pulau Pinang. Bila mula membeli modem daripada jurujual ( di dalam bangunan KOMTAR ) kami dah pun mencuba mengunakan/mencuba mengaaktifkan jalur lebar tersebut, ianya berjalan lancar..! tapi bila balik ke pejabat dan mencubanya, Hampehh!!! langsung tak boleh bersambung( connect )...!!! Apakah NERAKA...!!!( What the HELL...!!! ) Sesungguhnya saya begitu tak faham apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan jalur lebar ( broadband ), adakah ianya benar-benar lebar ataupun tidak, ataupun pejabat saya yang begitu dekat sekali dengan bangunan KOMTAR ( bukan di Gua Tempurung atau Kampung Padang Serai ), tidak termasuk dalam kawasan ( territory ) Celcom. Atau mungkin kah kedudukan pejabat saya dilindungi oleh bangunan KOMTAR yang tinggi, sehingga satelit ( yang usang, atau masih menggunakan teknologi zaman jepun ) atau menara pemancar yang berada di atas bangunan KOMTAR tidak dapat memancarkan gelombang ke pejabat kami... Betul-betul membuntukan!!...Tapi setelah tak sampai 24jam, kami mengambil keputusan untuk membatalkan penggunaan jalur lebar Celcom terbabit....

    BalasPadam
  11. Datuk Seri Shazalli Ramly,
    saya bernasib baik kerana tidak pernah menggunakan perkhidmatan celcom...
    semoga Datuk Seri dapat mengepalai sebuah syarikat dengan jayanya..

    BalasPadam
  12. Datuk Seri Shazalli Ramly,

    Saya pernah terfikir hendak bertukar kepada Celcom. Tapi begitu banyak komen terhadap perkhidmatan yang diberikan niat itu terbantut.

    Ditambah pula adik saya menggunakan Celcom dan kami dapati perkhidmatan sangat teruk di kawasan kami. Adik saya menasihati agar terus melanggang jalur lebar persaing Celcom itu daripada sengsara bertukar kepada Celcom.

    Kami membuat perbandingan dengan membuka Tonton.com.my menggunakan kedua-dua perkhidmatan jalur lebar. Menggunakan Celcom, amat sukar untuk menonton Tonton.com.my dimana tidak habis-habis loading sampai kesudah. Manakala mengguna perkhidmatan persaing anda, dengan gembiranya kami menonton Tonton.com.my.

    Sekian. Diharap Celcom terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

    BalasPadam
  13. Datuk Seri Shazalli Ramly...saya menggunakan broadband celcom dr syarikat yang datuk terajui..tolonglah improve line di sikit..nak guna internet lambat walaupun dapat 3G..tapi lambat..kalau masuk kampung lagilah..laju lagi ulat gonggok berjalan..tolong..saya nak update blog kat rumah pun lambat sangat..please improve..kami bayar.. bukan tak bayar..dapat gaji je bayar terus duit langgan celcom.

    notaummi.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Datuk Seri Shazalli Ramly, you and your high management MUST tender your resignation for your failure to address all the common issues faced by your PAYING users, being part of GLC.

    You are a shame to the rakyat, thus, the only course of action is for you to leave the company to someone else that is capable of running a company that deals with millions of customers and address issues amicably and not keeping silence issues raised, either on the traditional media, or eletronically.

    Datuk Seri, it is saddening to know that even a simple issue is NOT being give a due priority and solution that can satisfy the customers.

    Datuk Seri, it is better that you quit, together with your other high management officers, as you are now wasting more money to do your A&P but not upgrading your network system. Ohh, since I am at it, remove all your customer service people too because they are redundant.

    Use voice automated service. As the ones manning the service argues more with customer than troubleshooting the problems.

    Ohh dun let me start.

    BalasPadam
  15. Datuk Seri Shazali Ramly..
    Suami saya adalah antara pengguna awal Celcom BB dan membayar RM98 setiap bulan tanpa miss. Tapi kalau kami buka BB tuh kat rumah, between pukul 8 - 11 mlm... hampeh... line too slow, skype pon tak dapat. Time tu lah anak saya nak berskype n video call dengan neneknya di kuching... takan nak tunggu pukul 12 tghmlm yer.. aduiii rasanya mcm nak terminate je dah beruk ni. Kalau balik kampung saya ditemerloh pon sama. most of the time lembab, slow dan sewaktu dengannyer

    BalasPadam
  16. datuk Seri Shazalli Ramly...datuk guna broadband Celcom tak? Saya tak...dgr citer servis tak bagus. Ye ke?

    Hehehehe

    BalasPadam
  17. Datuk Seri Shazalli Ramly, saya pernah suarakan ketidakpuasan hati saya kepada CELCOM CARELINE pada Hari Raya Puasa yang lepas berkenaan betapa teruknya line CELCOM dirumah Mertua saya di Pasir Mas, Kelantan. Jangankan kata nak pakai "Berukban" nak guna line henpon CELCOM pun kene pegi duduk kat luar rumah. Kalo time-time hujan lagilah teruk. Langsung takde line. Bila saya ajukan pertanyaan kepada CELCOM CARELINE jawapan yang diberi ialah kawasan rumah saya takde pemancar. Dari rumah tu ke Pasir Mas hanya 3km dan kawasan rumah tu ditepi jalan utama antara Tanah Merah ke Pasir Mas. Dalam jarak 3km bukankah saya berada dalam wilayah Celcom? Tlonglah buat sesuatu. Malulah kalo camni dengan Maxis.

    BalasPadam
  18. Datuk Seri Shazali Ramly,

    Ada beberapa mslh utama Celcom sejak sy jd pelanggan berthn lamanya.

    1) Broadband. lg 10 thn M'sia nk jd negara maju, ini je the best service yg celcom tawarkn utk rakyat m'sia? bile msk dlm rumah line automatic jd slow. thp GPRS aje.sbb apa?

    2)Kadar talian telefon.

    sy pernah call ke no lain (012,016 etc)dgn kadar seminit hampir rm2!! wth!sy rs kadar utk ke luar negara lg murah.kata kadar satu negara sama, tp apsal sy call dr kl ke no penang kadar lain mcm? ini yg rakyat m'sia dpt dr syarikat m'sia? wth.

    3) hidden charge.

    rasanya adil tak kalo kite xdpt call sesuatu number, ia trs msk ke voice mail. walaupun voice itu belum dimulakn kite telah dicharge. sama juga kalo call di reject.. adil ke?kite tidak dpt apa2 service tp trs saje di charge membabi buta. tolonglah perbetul keadaan.

    BalasPadam
  19. Datuk Seri Shazalli Ramly:
    Saya baru saja melanggani celcom berokband RM68 per month. Tapi memandangkan penggunaan yang tinggi jadi dan line berokband tersangatlah slow, jadi kami di nasihatkan untuk menambah GB dan tiap bulan kami harus bayar RM98. Line berokband masih lagi kejap ok kejap ko. Dan sebaik saja saya baca dalam blog bro Mazidul pasal hidden charges..saya tak sabar nak tunggu bil sampai. Saya pasti proses penukaran dari RM68 ker RM98 pasti kena charges. Dan jika ada saya tidak teragak-agak nak "maki-mesra" Celcom care line dan terminate servis berokband celcom yang memang macam berok. Sekian

    BalasPadam
  20. Datuk Seri Shazalli Ramly,
    sy ni pngguna brdbnd clcom. sy rse datuk pun sedia maklum ape crte line brdbnd. kalau nak laju, time pagi2 buta tu ha boleh tahan la. tapi kalau time tgh hari ke ptg ke, xtau nak ckp la. slow je, mengantuk sy tnggu. kalau ada org nk line elok kne duk tepi birai, sy plak kena sandar btul2 rapat kt dinding, lptop letak atas lutut. apekehal nye. kata BROADband, tpi lain pulak crte, nk kena cari line dlu. dah tu pulak, ada time tiba-tiba disconnect sndiri. byk kali jgk kne try connect balik. mcmna ni? asyik sbr je mn bleh. sblm ni sy dh guna yg hijau tu, tp truk jgk. tu yg try clcom. igtkn ok lg, tpi 2 x 5 je. sila bt ssuatu ttg mslh2 yg dhdpi pngguna. sy rasa kalau clcom dpt handle problem2 pngguna dgn baik, mslh dpt slsaikan, msti pngguna pun syok. xdela nak kena dgr kami bising2. tq.

    BalasPadam
  21. Datuk Seri Shazali Ramly,
    Datuk..kekadang orang senang yang berada di atas lupa kesusahan orang yang berada di bawah. Untuk pengetahuan Datuk yang mungkin dah tahu tapi buat-buat tak tau, saya merupakan pelanggan Celcom berukben sejak awal 2009. Guna celcom sebab nak support bangsa sendiri la kununnya. Tapi sejak dari awal tahun tu la, berukben saya punyalah lembah. Saya dah pernah lodge complain kepada your so called customer service yang excellent, tapi sayangnya dia kata saya punya modemn faulty. Kalau faulty, mestilah tak boleh connect langsung kan..kekadang kat screen saya tu tertulis camni
    Rate: 0b/s..amacam..ok tak camtu? Dan untuk pengetahuan Datuk juga, rumah saya nie tak le ulu sangat, kat Damansara Damai, bandaraya PETALING JAYA..amacam Datuk..tak terasa hampeh ke? Caci maki toksah cakap le..dah berlambak agaknya dosa kami nie memaki Celcom..so, please la..buck up la CELCOM...pandang la sikit bawah nie...

    BalasPadam
  22. Datuk Seri Shazali Ramly

    Saya tidak pernah melanggan Celcom pun, tapi saya minta selaku orang Islam yang ada tertib, jujur dalam pekerjaan dan mengharapkan Barakah alam hidup, tolonglah usahakan supaya Celcom dapat memenuhi tuntutan pelanggan. Celcom merupakan satu dari simbol kejayaan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Maxis - Keling dan Digi untuk orang Cina. Datuk kan ke pandai, fikir sendiri lah, tak guna setiap tahun buat kenyataan untuk beratus juta, tapi disumpah seranah oleh berjuta pelanggan dan bekas pelanggan. Contoh paling senang ialah Maziduo sendiri telah berpindah ke Streamyx oleh TM...hidup TM. Jangan asyik pandang ke atas sahaja datuk, orang yang di bawah inilah yang paling banyak menyumbang kepada kejayaan Celcom dari mula mula di tubuhkan hingga sekarang.

    Apa lagi Datuk Seri, pergi buat kerja lah, dah bayar gaji mahal mahal tu, kerja kena lebih!

    BalasPadam
  23. Salam Hormat

    Datuk Seri Shazali Ramly

    Tengahari ini(18 Oktober 2010) saya mendapat panggilan daripada seorang kakitangan Celcom yang menerangkan akaun Broadband saya telah diberi rebate, mungkin 50%(mungkin, saya tak dengar line 019 saya tak berapa jelas), terima kasih.

    Aduan saya sebelum ini telah dipanjangkan melalui emel ke pihak Celcom. Nombor rujukan aduan saya;C101021-25169041.

    Balasan emel saya dengan pihak Celcom boleh dirujuk di http://si-kilat-senja.blogspot.com/

    Ringkasnya aduan saya dalam emel-emel tersebut ialah kesukaran mendapatkan line 3G/HSDPA selama beberapa bulan walaupun melanggan pakej RM98 bulanan.

    Saya bertambah kecewa bila jawapan emel daripada Celcom mengatakan kawasan saya, Pontian Johor, cuma akan menikmati 3G pada hujung 2011. Sekaligus menyatakan Celcom makan gaji buta selama ini sekurang-kurangnya pada saya sebagai seorang pelanggan.

    Walaupun saya terkilan dengan kelemahan perkhidmatan Celcom Broadband pakej Advance saya tetapi kemesraan yang ditunjukkan pegawai yang menghubungi saya(3 kali miscall dan kali terakhir baru saya menjawab) berhubung rebate itu menyejukkan sedikit hati saya yang kalau ikutkan amarah mahu saja menamatkan langganan Celcom Broadband saya sebelumnya.

    Diharapkan rungutan pelanggan diambil serius atau lebih baik biarkan individu lain mengambil alih jawatan Anda jika masih tidak kompetitif dimasa mendatang.

    Teruslah berusaha memperbaiki perkhidmatan syarikat diterajui Anda.

    Terima kasih.

    p/s-Untuk menaip komen ini pun saya terpaksa menunggu beberapa lama kerana line Broadband terlalu lemah(EDGE/GPRS).

    BalasPadam
  24. Datuk Seri Shazali Ramly...
    saya tertanya-tanya, bilakah agaknya Malaysia akan setanding dengan JEPUN, USA, UK, dan negara-negara maju lain dari segi KELAJUAN INTERNET? kalau macam ni, nak beli akaun rapidshare pun rugi, sebab nak download perlahan (ye..perlahan macam bapok berjalan). sahabat - sahabat saya di luar negara sering mengeluh ketika pulang ke Malaysia kerana masalah internet yang sungguh lembab. macamana nak tengok Anugerah Juara Lagu secara ONLINE kalau macam ni, datuk?

    BalasPadam
  25. Datuk Seri Shazali Ramly,

    Saya dahulunya pelanggan Celcom setelah berhijrah dari telco lain yang kononnya tokey besarnya bukan Melayu dan bagi menyokong Celcom atas dasar ianya syarikat dikuasai Melayu. Pada satu masa saya mempunyai 4 akaun termasuk 1 berukband. Saya mula menggunakan Celcom setelah bertugas di Sri Aman,Sarawak apabila tertarik dengan promosi yang dibuat. Terus terang saya cakap, pegawai Celcom yang buat promosi tu telah menjadi sahabat baik saya sehingga kini. Semasa di sana saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan line Celcom ni.Pelik tapi benar...Sarawak yang banyak kawasan pendalaman liputan line Celcom sangat bagus.
    Masalah saya bermula bila saya berpindah ke Johor Bahru. Bermula dengan line telefon yang selalu jem dan tak boleh call dan kalau call boleh dapat kat orang lain dan yang paling teruk kat area JB ni dapat line CELCOM BERUKBAND. Call customer service tak guna langsung.Pergi ke Kempas dapat hampeh...jawapannya yang diberikan..kat JB ni ramai orang guna CELCOM sebab tu line slow. Apa ke bodohnya jawapan yang Celcom dah ajar pada stafnya untuk jawab pada customer..kalau dah tahu ramai orang guna celcom upgredkan lah server ke, tambah la apa-apa gadget yang patut supaya masalah tersebut selesai. Last saya terminate semua line Celcom....saya ulang semua line CELCOM saya dan tukar ke DIGI. Bila guna DIGI....lajunya BROADBAND DIGI buatkan saya tersenyum dan menyesal sebab tak tukar dari awal sejak pindah ke JB. Dan berdasarkan kepada pengalaman saya dengan CELCOM jugaklah bayaran akhir bagi semua bil-bil saya dengan CELCOM akan saya selesaikan selepas 6 bulan dari tarikh saya tamatkan semua line CELCOM tu.Dulu masa saya nak dapat balik duit lebihan bayaran bil berjumlah RM45 dari CELCOM juga memaksa saya berulang alik ke pejabat Celcom di KEMPAS dan juga berhubung dengan Customer Service dan saya terpaksa menunggu 8 bulan baru dapat balik...kali ni saya nak bagi tahu pada semua orang...kalau ada cadangan nak tukar ke telco lain, jgn bayar bil akhir....tunggu dulu sampai kita puas hati tiada lagi bayaran yang akan dikenakan dan tiada lebihan bayaran yang telah dibuat kepada CELCOM ni. lepas tu baru bayar....
    JOM Jangan Pilih Celcom....

    p/s : kalau line YES lagi laju, silap haribulan DIGI pun kena terminate..hehehe

    BalasPadam
  26. Datuk Seri Shazali Ramly,

    celcom brodband memang ..... ( wajar ke aku menggunakan perkataan celaka ) aku rasa sangat wajar kerana aku terasa teraniaya... line nya lambat rm 68 ..384 kbs.. .. lembat macam siput babi tak makan 3 hari .. menunggu sampai boleh tido... mase mempromosi tak hingat.. semua bagus.. bila dah pasang.. macam ..... (dot dot dot ).. bila aku komplen ... ada ke dia suruh tambah rm 98 ringgit punya.. kalau dah rm 68 dah cam .... (dot dot dot ) apetah lagi rm 98.00.. bila kita putus kan linenya kena plak panelti rm 300.00 celcom memang ( dot dot dot ).... meng inaya orang jeks.. mase masuk line dulu tak de pulak citer ape2.. tau-tau kena panalti.... tak ke ... ( dot dot dot ) ingat dato' doa orang teraniaya makbul dato'... aku tak nak banyak citer .. jumpa di akhirat je la dato... penghisaban allah maha adil dato'... kumpul pahala banyak ye dato... ....

    celaka : maksud saya... kekecewaan yang teramat sangat sehingga menggangu perjalanan kehidupan di dunia fana ini..

    perkara ni dah lama di pemdam.... ada peluang untuk meluahkan rase yang sekian lama di pendam di blog tuan maka saya lepaskan ape yang terkumpul disini bersama emosi-emosi yang teramat kecewa... apakan daya saya ini insan biasa... yang kecewa

    BalasPadam
  27. Datuk Seri Shazali Ramly,

    Saya bukan pelanggan Celcom dan tak pernah melanggan Celcom dan setelah terbaca segala komen2 pengguna celcom saya semakin yakin yang saya tak akan bertukar ke CELCOM.

    BalasPadam
  28. Datuk Seri Shazali Ramly,
    selamat hari raya korban.
    selama nih saya hanya membaca sj blog saudara mazidul ni,hari nih mmg nak luahkan perasaan yg mencengkam jiwa gara2 berukband celcom nih..tyvm mazidul bg peluang nih :)
    saya melanggan berukband celcom utk anak saya atas pakej pelajar katanya 48rm sebulan.oklah saya rasa..lepas tu anak mengadu bila nak d/load apa2 kena tunggu berjam jam..saya pujuk..biasalah dah kita amik pakej paling murah..(nak sedapkan ati) ...dia kt malu kat kwn2 bila ,kwn dok kata..setelah 40 thn..baru 20% loading..kemudian berkedut baru 50% loading depa dok buat lawak la pulak....:P
    tu semua OK lagi...sabar lagik...TAPI yg paling mengecewakan bila BIL SAMPAI....bil tertera 73rm..mula2 nak daftar tu bayar 100rm..ok lah.tapi ingat bil sampai dlm 50rm mcm tu sj..sabar lagi ingat ada apa2 lagik yg perlu diselesaikan...bil kedua mai RM63 bila suruh semak..ohh puan kena pergi ke ofis terus..last2 saya semak sendiri..klik kat tanda msg yg berkelip2 tu....OMG patut la bil meningkat walaupun line cukup payah nak dapat...tau apa yg saya jumpa?

    SMS dari TOTO,MAGNUM setiap sms dicaj 0.30sen GILA KA APA? astudent pakej tu!!!!!
    lebih kurang 73 sms masuk dari sport toto/magnum...so apa nih? caj2 yg tersembunyi???? saya tak rela duit ringgit saya dihabiskan dlm perjudian mcm tu..so tolong pantau dan perhatikan benda2 mcm nih!!
    sekian
    panas hati dgn celcom berokband!!

    BalasPadam
  29. Datuk Seri Shazali Ramly,
    Dulu saya pakai celcom dengan setia tapi semenjak dua menjak ni, setelah ketaatsetiaasan saya tidak begitu berbaloi, saya dah bertukar kepada maxis. Kalau nanti Maxis pulak buat hal, agak2nya nak kena tukar ke rangkaian mana lagi ya?

    BalasPadam
  30. DSSR..ini ada email saya hantar tempoh bulan yg lalu..masih tiada jawapan..tak pe saya faham kesibukan DSSR yang terbang kesana sini nak upgrade ke kan Celcom ke 4g(air mata saya meleleh bila dengar Celcom nak ke 4G..3g pun terkial2)...mungkin datuk tak menngunakan CB sendiri..ntah2 datuk pun guna streamyx juga kot..sila DSSR ke FanPage Kami Benci Celcom Brodband utk melihat segala permasalahan yg berlaku..
    Saya berharap DSSR boleh mengikut jejak langkan Dr Rozmey..atleast di berani meletakkan harapan juga..

    Jgn la kerana dek kelembapan sercis CB ini,DSSR dan syarikta disumpah seranah jika masuk 44 org mahu muflis Celcom
    Harap dpt diperbaiki servis ini supaya DSSR boleh makan gaji dangan lebih banyak..
    jangan la asyik nak pau duit pelanggan shj..
    tak perlu lah kami adua kan ke SSKM..


    Assalamuailaikum Dato'

    Saya merupakan salah seorang pengguna CELCOM BROADBAND sejak lebih kurang 2-3 tahun lepas dan masih lagi menggunakan sehingga ke hari ini.
    Saya menggunakan pakej rm99.00 sebulan untuk 7.2mbps

    Disini saya ingin membuat aduan mengenai capaian internet dengan menggunakan CB.Kebelakangan ini sambungan CB menjadi tidak stabil,dimana modem(jenama Huawie)menunjukkan terdapat isyarat 'coverage' UMTS/HSDPA tetapi bila mula 'connect' capaian hanya mendapat EDGE.

    Ini juga menyebabkan sering kali terjadi 'DC' kerana berlaku penukaran isyarat coverage antara UMTS dan EDGE dan ini mengganggu urusan kerja saya.

    Untuk makluman saya tinggal di Jalan Raja Muda Kangar Perlis yang mana kadar signal untuk UMTS adalah 1 atau 2 bar sahaja(itupun jika kena pada tempat dan masanya).Kebanyakan adalah isyarat EDGE sahaja.

    BalasPadam
  31. Datuk Seri Shazali Ramly,
    sila rujuk disini (http://maxxlr8.blogspot.com/2010/10/hebatmeletupgilacunwowterhangatterhebat.html) untuk melihat
    kelajuan yang saya nikmati dengan celcom broadband. memang paling jimat dengan kelajuan purata 98 kbps dengan sambungan HSDPA. Kelajuan rangkaian 3G sepatutnya lebih laju dari 98 kbps. dato, jujurnya, saya pernah jumpa longkang memindahkan data selaju 100kbps. Ini bermaksud rangkaian 3G celcom di kawasan saya lebih teruk dari longkang tersebut. Ini juga bermaksud saya membayar RM98 setiap bulan untuk perkhidmatan dari sesuatu yang lebih teruk dari longkang itu. mungkin juga rm98 dibaca celcom sebagai 98kbps. Selepas beberapa lama saya mendapatkan perkhidmatan paling jimat dari Celcom BBand, saya mengambil keputusan untuk bertukar ke P1. sekarang lihat apa yang saya dapat dengan P1 disini (http://maxxlr8.blogspot.com/p/speed-trap.html). kelajuan dalam lingkungan MegaByte sesaat. Saya tak menyalahkan Celcom, mungkin kerana rumah saya juga berada di blind spot atau di kawasan pedalaman. mungkin Ipoh adalah kawasan pedalaman baginya. Untuk pengetahuan, saya tak pernah mencapai had penggunaan adil sebanyak 5GB sebulan sebab kelajuan BBand celcom saya sangat teruk. Jika P1 melakukan perangai yang sama, saya tak akan teragak-agak untuk bertukar perkhidmatan lagi. btw, saya langsung tak menghubungi celcom couldnt care line. Buang Karan, buang kredit, buang masa. sekian.

    *buat Mazidul, sekarang silent reader bersuara. mungkin tak selantang saudara, tapi cukup sekadar melepas geram. :)

    BalasPadam
  32. Datuk Seri Shazali Ramly,

    setakat ini saya masih lagi menderma RM98 setiap bulan kepada Celcom kerana saya tidak boleh menamatkan kontrak 2tahun bersama Celcom,walaupun saya tidak mahu menggunakan Berukband Celcom lagi kerana kelembapan. Saya sekarang ni melanggan Streamyx yg dulu saya kira lembab tapi lagi ok drpd Celcom...

    Selamatkanlah maruah Broadband Malaysia!

    BalasPadam
  33. Datuk Seri Shazali Ramly, Sy menetap di bandar ipoh. Yg peliknya, berukband celcom slow sgt, kadang2 putus tiba2. Kalau hujan, xleh connect. Yg lg pelik, sy ambil pckage RM68 sebulan. Sejak 3 bulan ni dh jd RM70 tanpa ada penjelasan oleh pihak celcom mahupun di dlm bil. WTF...asyik nk menipu...

    BalasPadam
  34. Datuk Seri Shazali Ramly, saya adalah pelanggan setia Celcom Postpaid since 2004. Tak ingat dah berapa kali saya bertekak dengan Celcom Care Line (care keeee??). Saya sangat sakit hati dengan kes caller ringtone. Celcom upgrade sistem, habis semua lagu saya di delete kan. Lepas tu cakap saya boleh pilih lagu apa yang saya nak secara percuma dar laman web. Padahal lagu semua macam hampehhhhh... Tak ada lagu yang saya suka dan ntah apa apa lagu PERCUMA (konon). Sangat miskin. Bila saya minta lagu saya balik, yang saya BELI, memang la tak dapat balik. Konon supervisor akan coll tapi hampeh. Semua penipu. Sekarang ni saya malas nak layan apa pun promosi CELCOM. Semua penipu. Dah la saya ni pengguna lama. Langsung tak dihargai. Malah saya di aniaya.

    Celcom Broadband pun amat teruk. Line sangat lembap. tak berbaloi bayar bulanan. Dahla cuma guna waktu malam (after kerja) and weekend, at the end tak boleh nak guna. SAKIT HATI. AT last terus STOP. Enough......!!!!

    Kesimpulan saya mudah saja. Celcom memang teruk. Penipu dan nak duit sahaja. SERVIS HAMPEH.

    To, En Mazidul, TQ kerana benarkan saya lepas geram to TOP MGMT CELCOM.

    BalasPadam
  35. Sambungan Isnin, 2010 November 22 10:57:00 GMT+08:00 : tgh survey line broadband mana lbh bagus dr CELCOM. Dh meluat sgt dh. Sapa2 blh bgatau yg mana lebih baik...

    BalasPadam
  36. Datuk Seri Shazali Ramly,
    as-salam Datuk dan insan berkuasa, kalau ada masa boleh semak aduan yang dibuat di Celcom selayang yang telah 4 kali update aduan tetapi belum bergerak sejak 3 tahun...

    Datuk tak perlu risau maki hamun dari +40 orang pengguna samada masin atau tak andai mereka pernah hobi memaki..

    tetapi cuba fikirkan jika terdpat satu dua org yang mesra alam dan tak pernah memaki sumpah orglain. ..sesekali insan ini menyumpah CELCOM, terdengar kepada lipas ker anai2 atau gagak, tak mustahil boleh runtuh bangunan Celcom..

    BalasPadam
  37. Saya ada 2 komen/belasah dalam entri saya sebelum ni.

    Datuk Seri Shazali Ramly,

    "Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku hari ini disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak...."

    Peliknya
    - Apsal jadi pada raya kelima je? Betui ka? Aku kena dari malam raya pun tak boleh call.Hampeh!
    - Ada yang kata terima sms makluman dari celcom. Aku dan ipar duai aku semua guna celcom tak terima pun. Adala 15 orang.
    - Dia kata masalah membabitkan celcom ke celcom. 25/9 member aku call aku guna 019 tak bleh. Try guna public phone. Takleh gak. 04... line celcom ka? cit. Auta
    - pengguna tak mau tau 150 juta atau 750 juta panggilan. Yang penting mintak maaf atau berikan rebet. Ada harapan? Jangan harap!

    Mak Jang aku kelmarin mai rumah 5.30 petang. Aku keluar raya. Call aku tak dapat.6.30 baru dapat. Salah sapa? Line sesak lagi?

    Aku plan nak tukar la plak. 012 kayakan Ayahda(Ananda). Digi compeni luar(Sweden kot?). Ada kompeni lain tak?

    http://faqir2.blogspot.com/2009/09/pelik-tapi-benar-versi-celcom.html

    dan satu lagi

    Datuk Seri Shazali Ramly,

    Tadi saya pi la ke kedai Celcom. Nak bayar bayaran tertunggak. RM75. Yang tak puas hati ialah lepas habis bayar. Staf tu kena telefon Celcom Center. Perkenal diri dan syarikat. Pas tu aku plak kena cakap sendiri ngan awek center tu. Bagitau nama penuh, ic nama ibu. Pastu kena sembang ngan sorang lagi plak mamat. Kena ulang gak benda yg sama. Bengang la.

    Aku pernah kena blok line telefon dulu ngan TM. Tak la teruk camni. Bayar lebih dari separuh bil pastu selesai. Celcom memang teruk!

    p/s: Yang line celcom down lama pas raya tu sebab depa switching bila dah joint jadi Axiata. Yang aku marah switch la hari biasa ka. Bagi memo dulu. Ni aku tanya sendiri kat budak kedai celcom. Dia bagi tau
    Sekali lagi down lama camni aku plan nak switching plak.

    http://faqir2.blogspot.com/2009/12/susahnya-nak-unblock-celcom-berukband.html

    BalasPadam
  38. saya pernah melanggan celcom broadband tahun 2009 . Ingatkan mesti kuat signal sebab jarak tempat kerja saya dengan pemancar celcom hanya dalam lingkungan 1 km .

    Pelik tetapi benar .. dalam tempat kerja saya ( sekolah ) bila ada dalam bangunan saja signal lemah malah ada kawasan dalam sekolah tak dapat signal langsung . Sudahlah rumah saya yang jarak dalam lingkungan 2 km dari pemancar itupun asyik dapat GPRS saja .

    Bila saya ajukan pertanyaan ni pada pegawai celcom kangar ... jawapan mereka " memang di kangar ada masalah walaupun kawasan kecik " . Last sekali saya dah terminate akaun ..sia2 langgan 98 sebulan kalau asyik dapat GPRS saja .

    Minggu depan saya nak langgan maxis pula sebab kawan yang guna maxis boleh pula surf internet dengan laju dan lancar dalam mana2 kawasan kat sekolah ... Harap iklan ja lebih celcom nie ...

    BalasPadam
  39. Datuk Seri.... orang bukan Islam dah lama naik ke bulan, kita yang Islam ni nak urus broadband pun tak mampu, itupun dah ada sebuah negeri di Malaysia berani isytihar negeri dia dah maju. Bukan salah Datuk Seri saja... Celcom pun sama juga, saya memang akan beralih daripada Celcom Broadband sikit masa lagi

    BalasPadam
  40. Datuk Seri Shazaly Ramly

    Sekarang waktu komen ini ditulis jam 11 lebih malam waktunya. Saya terpaksa keluar di laman rumah untuk mencari line internet 3G.

    Ditemani nyamuk menggila, saya terpaksa berusaha mencari sendiri line internet walaupun baru-baru ini sepupu saya mendengar hilaian Pontianak didepan rumah saya.

    p/s-Datuk pernah dengar persamaan drakula(pontianak) dan Celcom Broadband?Dua-duanya cekik darah.

    BalasPadam
  41. Datuk Seri Shazaly Ramly
    Aku guna broadband dah lama tp slownya dari dulu kini dan sekarang ni. Dalam bandar pun slow. Pakej yg mahal tapi slow macam pakej yg murah.
    Apa boleh buat.

    BalasPadam
  42. Datuk Seri Shazalli Ramly... Saya pelanggan Strymix pada mulanya dan bertukar kepada Celcom Broadband HANYA kerana ingin memudahkan penggunaan broadband pada bila2 masa.

    Saya menetap di CHANGLOON KEDAH, hanya dapat paling pantas 3 bar sahaja. Kebiasaannya SATU bar sahaja.

    Saya selalu menginap di rumah kedua saya di BANDAR TASIK PUTERI RAWANG. Ingatkan berhampiran dengan Kuala Lumpur boleh la mendapat capaian yang lebih pantas. Rupa2nya KOSONG Bar yang selalu saya dapat!!!

    BalasPadam
  43. Ya Datuk, aku pun pernah pakai Celcom beruband hang tu. Hang punya saleman cakap modem dia yang satu jenis tu boleh serasi dengan mana2 komputer. Tapi hampeh sia2 je aku beli tapi tak boleh pakai dengan komputer riba baru aku.

    Nyesal beli berukbank kau datuk....

    BalasPadam
  44. Datuk Seri Shazalli Ramly...
    saya pernah mengkeronyok dan melemparkan surat kontrak berukband ke muka pegawai kaunter (mewakili datuk seri, kalau datuk seri ada saya lemparkan ke muka datuk seri) hanya kerana dia cas saya melanggar kontrak (tutup akaun sebelum 2 tahun) padahal saya dh pakai berukband tu dh dua tahun lebih... nasib lah saya ada lagi menyimpan surat kontrak tu, kalau tak buta2 saja duit saya terbang...

    Masalah saya tidak sampai di situ saja, saya suruh pegawai kaunter tersebut pindahkan sejumlah wang yg mereka telah cas kepada saya (walaupun saya tidak melanggar kontrak) ke dalam akaun telefon saya. setelah berkali2 telefon i dont careline serta berhelai2 borang di isi, akhirnya sya mendapat jugak refund, tetapi kurang dari jumlah yang sepatutnya (dalam RM50 kurang).

    Aku pun dah malas nak melayan, pandai-pandai koranglah jawab kat akhirat esok. Sampai bila2 aku takkan halalkan duit tu...

    BalasPadam
  45. Datuk Seri Shazalli Ramly...
    Saya pakai prepaid celcom dah hampir 4 tahun..dalam tahun ni saja dah 3 kali kredit saya ditelan oleh celcom..saya ckp tepon cuma 12-15 minit sahaja,tapi dia caj sampai berpuluh ringgit..dah byk kali saya call callcentre..tapi hasilnya hampeh..hanya kes kehilangan yg ketiga shj saya dpt refund..setakat ni celcom dah hutang saya rm50..saya dah bosan pakai celcom rasa mcm nak switch ke operator lain plak..celcom mmg x pandai menghargai customer..sekian

    BalasPadam
  46. Datuk Seri Sazally Ramly,
    Aku rasa kompeni hang sama kepala juga macam Maxis Berukbang, belum cukup sebulan dah sampai limit pakej 1.5 GB sedangkan aku cuma buka s/khabar dan Facebook saja - tak download movie ke lagu ke pun! Kedua- dua kompeni ni sama je feel diorang - kebas duit pelanggan ! Lebih baik guna Stremyx, selamat sikit.

    BalasPadam
  47. Datuk Seri Sazally Ramly,

    ingatkan saya yang duduk di hulu ni saja yang pernah menyumpah ...bayar rm 68 setiap bulan tak pernah lewat, akses internet lebih banyak tak dapat dari dapat...

    berilah anak-anak yang kurang berkemampuan dan yang duduk di kampung ni, servis yang baik, selama menggunakan broadband saya terpaksa berpusing satu kawasan rumah, luar dan dalam untuk mencari line/port yang clear ..

    cukuplah setahun saja.. sekarang kami sekeluarga bergembira dengan Stremyx, boleh akses internet selama 24 jam tanpa masalah..

    BalasPadam
  48. Datuk Seri Sazally Ramly, berentikan khidmat menipu celcom yg ditepi2 jalan tu....postpaid yg merepek2.....monthly kne bayar 50...kalau gne kurang pon bayar 50..klu gne lebih bayar lebih....katenye promoter bayar ikut pengunaan...babi tipu suka2......

    BalasPadam
  49. Datuk Seri Shazalli Ramly, saya telah bertahun-tahun gunakan celcom exec 50,sepanjang tempoh itu bil saya tiada masalah dan tidak melebihi RM100 namun pada bulan ini bil mencecah RM870++, bila diajukan berulangkali kepada 1111 mereka mengatakan saya menggunakan internet/data sedangkan sepanjang tempoh dari 5/3/2012 - hari ini 12/4/12 tidak pernah menggunakan atau mengaktifkan internet (tempoh itu saya pindah ke melaka),,lagi malang semasa phone di OFF kan pun masih terdapat peningkatan pada bil (rekod dilihat melalui *119#),mungkin terdapat individu didalam celcom yang menceroboh akaun saya yang menyebabkan perkara ini berlaku.

    BalasPadam
  50. Sazally Ramly, ko makan la duit haram teraniaya customer ko... jadi darah daging keturunan ko ler

    BalasPadam
  51. Datuk Seri Shazalli Ramly, saya ada satu masalah berkenaan talian Celcom yang tiba-tiba hilang bermula 16/12/2013 (tidak boleh terima, hantar sms, & buat apa-apa panggilan kecuali emergency call) hingga sekarang dan apa yang terpapar di skrin handphone saya hanyalah emergency call
    kronologi untuk rujukan CELCOM :-
    16/12/2013
    - BERLAKU MASALAH DIMANA SECARA TIBA-TIBA TIADA TALIAN UNTUK 2 NOMBOR UTAMA SAYA (celcom 1Malaysia & Xpax) PADA WAKTU YANG HAMPIR SAMA.
    - walaubagaimanapun satu nombor celcom Xpax berfungsi seperti biasa.
    17/12/2013
    - saya telah menghubungi 1111 untuk bertanya penyelesaian masalah ini
    - pihak celcom memaklumkan jika terpapar di skrin 'SIM card registration failed'
    - ianya berkemungkinan masalah sim kad rosak.
    - justeru saya disarankan untuk menukar sim kad dimana-mana cawangan celcom dengan caj RM5 kerana melanggan kurang daripada setahun.
    - dengan pantas saya pergi ke Celcom BlueCube Alamanda untuk menukar salah satu daripada sim kad yang bermasalah iaitu sim kad Xpax.
    - manakala sim kad 1 malaysia saya akan tukar pada keesokkannya.
    18/12/2013
    - sim kad Xpax telah berjaya mendapat talian celcom.
    - manakala sim kad Celcom 1Malaysia yang juga bermasalah telah diTUKAR kepada sim kad baru di celcom blucube banting jalan bunga pekan, dengan caj RM10+ tambah nilai RM10.
    18-21/12/2013
    - simkad utama saya untuk sim kad Celcom 1Malaysia masih tidak mendapat talian Celcom.
    21/12/2013
    - saya telah pergi ke cawangan CELCOM CENTRE di Kajang untuk menukar Sim kad Celcom 1Malaysia yang baru. kerana simkad lama masih juga tidak dapat line.
    23/12/2013
    - simkad utama saya untuk sim kad Celcom 1Malaysia masih lagi tidak mendapat talian Celcom.
    - saya telah hubungi 1111 berkenaan masalah ini.
    - dalam anggaran jam 6.30-7.30pm wakil celcom centre kajang telah hubungi saya di talian xpax yang saya berikan untuk memaklumkan talian celcom 1Malaysia saya telah aktif.
    - walaubagaimanapun saya mendapati ianya masih tidak ada talian celcom dan masih tidak boleh terima dan membuat panggilan.
    24/12/2013
    - saya telah pergi ke Celcom BlueCube Alamanda Putrajaya untuk menukar sim kad Celcom 1 Malaysia.
    - dan sehingga kini talian Celcom masih juga tidak berjaya diperolehi.
    - yang terpapar di skrin handphone 'SIM card registration failed'
    29/12/2013
    - pihak celcom telah mendapati akaun saya telah tamat tempoh. Dan meminta untuk di tambah nilai dan rujuk semula kepada celcom. Walhal akaun tersebut telah ditambah nilai sebanyak RM10 pada 18/12/2013 tanpa boleh diguna pun. Bagaimana pula tiba-tiba dikatakan akaun telah tamat.
    30/12/2013
    - oleh kerana saya terpaksa mengekalkan nombor talian saya maka pada jam 6.00am saya telah menambah nilai RM30 ke 012269**** (pihak celcom sila rujuk no telefon saya di no aduan 1-4591234578) melalui transaksi CIMBClick dan Berjaya. Walaupun saya tahu nombor tersebut pihak celcom masih gagal untuk memberi taliannya. Mungkin pihak celcom hanya mahu ambil dan sedut duit saya kerana mereka dah kurang duit untuk beroperasi mungkin.
    - pada jam 12.00pm talian celcom masih gagal berfungsi. Maka saya telah hubungi 1111 untuk bertanya status nombor 012269****. Wakil celcom iaitu cik Puteri telah mengesyorkan saya untuk tukar sim kad dimana-mana cawangan Celcom. Kononnya akaun saya telah aktif namun simkad saja yang bermasalah.(sedangkan saya telah 3 kali tukar simkad sebelum ini)
    - dengan saranan cik Puteri itu saya telah pergi ke Celcom Klang, Bandar Baru Klang dan berurusan dengan Cik Noriz
    - namun sehingga kini talian celcom masih gagal berfungsi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.