Khamis, Oktober 31, 2013

KISAH PERJALANAN ARJUNA DARI RAHA MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN HARAM DI MALAYSIA (SILA HEBAHKAN)


Saya tertarik dengan komen dicatatkan oleh warganegara Indonesia, menggunakan nama samaran Arjuna Sang Perantau di facebook. Lalu hati saya terbuka untuk mengenalinya secara lebih dekat.

Dia berasal dari Raha, Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara.


Klik di sini  untuk membaca maklumat berhubung  kabupaten  itu.


Dia telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata perempuan, masih kecil. Manakala isterinya, Nayla, bekerja sebagai jururawat di Pusat Kesihatan Masyarakat di Raha.


Nama sebenar Arjuna,  La Ode Muhammad Arjuna Matadjo seperti tercatat di passport miliknya.


Sewaktu di kampung, dia pernah bekerja sebagai petani dan juga pengawal keselamatan.


Berikutan kegigihannya bekerja, dia mampu memiliki motosikal atau digelar spedar motor di Indonesia.


Arjuna juga gemar menunggang kuda apabila berpeluang dan di Muna, kuda dilagakan atau lebih dikenali sebagai 'adu kuda', sebagai hiburan.


Arjuna kemudian berhirah ke tanah bertuah, Malaysia untuk memburu serta mengecapi kehidupan lebih selesa sekaligus bertujuan menyara kehidupan keluarganya di kampung. Seperti dicatatkan di laman facebooknya,  dia mengaku membeli Mykad palsu berharga RM350.


Dia mendakwa, MyKad palsu dibekalkan oleh individu dari Malaysia tetapi secara logik akal, Arjuna pastinya dibawa masuk ke negara kita diuruskan oleh rakyat Indonesia sendiri. Ayah kepada seorang anak itu, anak kampung. Masakan dia mengetahui selok-belok perjalanan di negara asing ini.

Diuruskan oleh kenalan, Arjuna kemudian menggunakan MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.


Penampilannya terlalu jauh berubah.

Dia kini berkuasa untuk memeriksa dokumen milik rakyat tempatan ingin memasuki premis dijaga. Arjuna juga sudah mula menghisap rokok dibeli dengan gaji lebih lumayan diraih berbanding pendapatan tatkala  membanting tulang, bekerja di kampung. 


Bukan itu sahaja, malah  Arjuna sudah pandai berjudi dan melayan cerita porno (dimuattkan di facebooknya). Isteri di kampung tiada akses internet sekaligus tidak berpeluang melawati facebook suami.


Di sepanjang tempoh berada di Malaysia, Arjuna penah bertugas di beberapa syarikat kawalan keselamatan berbeza. Terlintas di fikiran saya, tidakkah pihak pengurusan syarikat terbabit mengetahui identiti sebenar Arjuna?

Mudahnya ditipu dek lelaki dari Muna atau syarikat menggajikan warga asing secara tangkap muat.


DNS Security?


Sesekali pulang ke kampung halaman, sanak saudara pasti  teruja melihat penampilannya lebih bergaya.


Bandingkan gaya Arjuna dengan gambar di bawah ketika dirakamkan bersama anak dan isteri. Bagaikan langit dengan bumi.


Di bawah pula gambar Arjuna bak menunggu rezeki turun dari langit  berikutan hidup dalam keadaan tidak begitu selesa di tanahair sendiri.


Kini telefon bimbit dan kacamata hitam menjadi penemannya, dibelinya dengan menggunakan gaji hasil  bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara ini.

Diulang, pengawal keselamatan HARAM. Jika terbabit dalam kejadian jenayah di Malaysia, dia pasti akan menghilangkan diri dengan sekelip mata, menyusup keluar ke Muna.


Saya berharap Arjuna diberkas oleh pihak berkuasa kerana selama ini memandang remeh undang-undang di negara berdaulat. Jika ingin mencari rezeki di sini, carilah secara sah. Untuk rekod, Arjuna, seorang daripada rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor, kini masih bolos.

Mohon hebahkan kandungan entri ini, agar syarikat terkini menggajikan Arjuna sebagai pengawal keselamatan haram mengambil tindakan wajar.   

Klik di sini untuk melawati facebook Arjuna.

PENGAWAL KESELAMATAN BERPISTOL MEROMPAK KEDAI EMAS

Barangkali dia sudah bosan melihat transaksi penjualan emas berharga mahal setiap hari kepada pelanggan, di lokasi dia ditugaskan menjaga keselamatan premis dan pekerja. Dia kemudian membuat keputusan merompak sedulang emas dianggarkan bernialai RM100,000 menggunakan senjata api.

Senjata api sepatutnya digunakan oleh pengawal keselamatan itu untuk memastikan kedai emas dijaga tidak digugat keselamatan oleh penjenayah.

Kejadian berlaku di Setapak, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 10 pagi tadi. Lebih menarik, akhbar The Star memaparkan berita, pengawal keselamatan itu didakwa berasal dari Sabah tetapi memiliki Mykad PALSU.

Lagi?

Jika perompak itu memiliki dokumen palsu, bagaimanakah dia diberikan akes menggunakan pistol oleh majikannya?

Klik di sini.


Mungkinkah pengawal keselamatan terbabit belajar dari kes terdahulu? Rompakan Ambank oleh pengawal keselamatan lain sehingga mengakibatkan kematian pegawai operasi bertugas, Norazita Abu Talib.

Andai kes seperti ini berlaku secara berterusan, pasti akan membimbangkan masyarakat. Khuatir jika pengawal keselamatan di sekeliling kita tidak menjamin keselamatan malah menjadi ancaman kepada kesejahteraan diri.

Baca laporan akhbar Harian Metro, klik di sini.

Saya tertarik dengan laporan berita di bawah mendedahkan nama syarikat, majikan kepada pengawal keselamatan bertukar penjenayah.


Siapakah orang kuat di sebalik syarikat itu? Klik di sini.

Apabila lesen syarikat beroperasi dibatalkan oleh KDN,  pasti ramai pengawal keselamatan kini menjadi penganggur.



Datuk Zahid berkata, semua operasi syarikat Kawalan Prima Sdn. Bhd kini tidak sah dan senjata api milik syarikat terbabit telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Klik di sini.

JOEMAR OMAR? OSMAN SALLEH? WARGANEGARA INDONESIA PEMILIK MYKAD PASLU? DAN BEKERJA SEBAGAI ...


Nama tercatat di kad tanda nama, Osman BIN Salleh dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad  840713-12-5207. 

Angka 12 di tengah menunjukkan dia, kononnya berasal dari Sabah.

Melalui pemeriksaan maklumat, saya dimaklumkan oleh sumber berkredibiliti, nombor MyKad terbabit TIDAK wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.


Jika diteliti informasi dicatatkan di facebooknya, dia memiliki dua akaun bank. Untuk membuka akaun di institusi perbankan, setiap pelanggan warganegara Malaysia perlu menyerahkan MyKad kepada kakitangan bank untuk urusan pembukaan akaun.

Begitulah peraturannya.

Dokumen apakah digunakannya sewaktu membuka akaun bank?  Tentunya MyKad. Apakah status dokumen itu?


Namun peliknya, lelaki terbabit, warganegara INDONESIA, mendakwa berasal dari Den Pasar, Bali. 

Mengikut undang-undang di Malaysia, warganegara Indonesia TIDAK dibenarkan menjadi pengawal keselamatan. Apatah lagi diberikan akses kepada senjata api.


Klik di sini untuk melawati akaun facebook Joemar Omar.  Itu nama digunakannya. Jadi, siapakah Omar BIN Salleh? Warganegara Indonesia tidak menggunakan perkataan BIN.

Status laman sosialnya tidak dikemaskini sejak 23 Oktober, tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati di Subang Jaya, Selangor.

Barangkali satu kebetulan.

Bahasa digunakannya tatkala berkomunikasi di facebook juga sama dengan bahasa perhubungan pembunuh berasal dari Sulawesi, kini masih diburu oleh polis.



Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook pembunuh di atas (polis mengesahkan akaun terbabit miliknya)


Saya telah menghubungi Jabatan Korporat Komunikasi Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai kes ini. Difahamkan, pengawal keselamatan bertugas di premis syarikat terbabit berada di bawah kendalian pemilik bangunan.

Rabu, Oktober 30, 2013

POLIS TAHAN PENGAWAL KESELAMATAN

Kes terbabit berlaku di Pulau Pinang dan bukan pengawal keselamatan membunuh pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor.


[ Gambar hiasan ]

Pengawal keselamatan memiliki lesen senhata api, berusia 53 tahun itu secara tidak sengaja terlapas sedas tembakan menggunakan pump gun  tatkala berada di bahagian belakang kaunter juruwang.

Mujur tiada mangsa tercedera dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu.


Seminggu berlalu, pengawal keselamatan, pembunuh Norazita Abu Talib masih lagi bebas. Dia dipercayai berada di negara kita. Andaikata terserempak dengan lelaki terbabit, usah berlagak hero. Sila hubungi 03 2052 9999 atau 999 untuk melaporkan kepada pihak polis.

Di rakan facebook penjenayah itu, Aher Putra Wa Rumbei, pengawal keselamatan warga Indonesia bekerja sebagai pengawal keselamatan HARAM, ramai rakyat Malaysia meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

Klik di sini.



[ Diskaun Printing klik di sini ]

Melihatkan rangkaian rakan penjenayah kejam itu, saya percayai terdapat sindiket membawa masuk lelaki dari Sulawesi, Indonesia untuk menjadi pengawal keselamatan bertugas secara tidak sah di Malaysia. 

Klik di sini untuk mengetahui tindakan wajar jika terserempak dengan pengawal keselamatan warga asing.

DISKAUN PRINTING UNTUK PEMBACA BLOG BERSAMA MAZIDUL


Saya ingin menawarkan perkhidmatan percetakan kepada mereka memerlukan. Izinkan saya memperkenalkan 2 sahabat saya, Arlenny Alias dan Muhd Najib Abdul Rahim.


"Kerja percetakan kami jalankan sejak 6 tahun lalu di Kelana Jaya dan Damansara, Petaling Jaya, Selangor," ujar Najib.

"Antara produk istimewa ditawarkan kepada pengguna?," soal saya.

"Bahan dekorasi pentas," jawab Najib.


"Antara pelanggan utama syarikat kami, Bank Rakyat. Contohnya kami menyedikan dekorasi pentas untuk majlis bank terbabit menggunakan teknik die-cut," celah Arlenny.

Arlenny berasal dari Johor Bahru, Johor dan graduan lulusan UiTM Shah Alam, Selangor.

"Maksudnya? Die-cut? Potong mati?," tanya saya spontan.


Arlenny tersenyum.

"Kalau selama ini bahan dekorasi pentas lazimnya berbentuk empat segi tetapi kami menawarkan keunikan untuk tatapan pelanggan dan tetamu mereka. Menggunakan teknik die-cut, bahan dekorasi itu dipotong mengikut kesesuaian bentuk dan kelihatan lebih menarik," jelas ibu kepada 4 anak itu.


"Pentas kemudian dihiasi secara berwarna-warni dengan bantuan pencahayaan dan kelihatan amat menyerlah," tambah Najib, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak, 34 tahun.

"Apakah lagi produk lain ditawarkan kepada pengguna?," tanya saya.

"Percetakan banting, banner, coffee table book, annual report, photo book untuk kenangan majlis perkahwinan dan juga bussiness cards mengikut kehendak dan keperluan pelanggan. Kami memang membeli mesin cetak pelbagai jenis untuk melangsaikan tugasan itu secara efisyen," jawab Najib.

"Cetak t-shirt?," soal saya.

"Cetak, kami uruskan daripada proses design sampailah baju disiapkan," jawabnya.

"Harga?," tanya saya lagi.


"Kami membuat percetakan dengan bantuan kakitangan dan mesin sendiri, bukan dihantar kepada syarikat lain. Harga berpatutan dan kepada pelanggan, jika menjadi pembaca blog Bersama Mazidul atau rakan di facebook, kami tawarkan harga diskaun istimewa dan kami berjanji akan 'menjaga' mereka sebaik mungkin," terang Arlenny.

"Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada kebaikkannya kepada pembaca blog saya. Terima kasih kepada awak berdua," balas saya.

Kepada mereka berminat, sila hubungi Arlenny di talian 019 9289 383.