Saya tertarik dengan komen Jebat dalam cbox meminta disiasat kegiatan bisnes mesin prepaid dan mesin air. Lalu mendorong saya menulis artikel ini.
Diharap saudara Jebat jangan tersinggung, ini catatan pengalaman dan peristiwa.
Majoriti orang Melayu tertarik dengan pelbagai skim ‘cepat kaya’. Skim memiliki satu tujuan, ‘pemangsa’ meraih keuntungan, menajdi kaya raya manakala orang ramai, ‘mangsa’ menjadi papa kedana. Tiada tujuan selain daripada itu.
Mungkin ramai masih ingat skim cepat kaya, Pak Man Telo. Ketika itu berduyun-duyun orang Melayu melabur wang ringgit mereka. Biarpun tidak faham asal-susul skim terbabit, mereka tetap melabur. Pulangan dijanjikan mengaburkan mata, menjadikan majoriti tamak haloba. Cerita mulut ke mulut heboh satu negara, semua indah, tidak menyentuh mengenai sengsara. Justeru, majoriti ‘pelabur’ mengeluarkan wang simpanan lalu ‘dilaburkan’.
“Huh! Saya pergi tempat dia orang beroperasi kat Ipoh, duit letak dalam guni aje, punya la banyak!,” antara komen pernah saya dengar.
Kesudahan cerita, wang ‘dilaburkan’ akhirnya lebur begitu sahaja. Jika ada mendakwa meraih keuntungan, hanya sebahagian kecil sahaja.
Kemudian muncul pula skim pelaburan di internet menggunakan pelbagai nama. Modus operandi mudah. Laburkan sedikit wang, kemudian dijanjikan pulangan lumayan. Berduyun-duyun lagi orang kita terbabit tanpa usul periksa. Kebanyakan skim berunsur piramid. Maksudnya, peserta bertanggungjawab mencari beberapa rakan lain untuk melabur bersama.
“Engkau lagi mudah Dul. Orang kenal, engkau ajak mesti ramai nak masuk punya,” antara godaan rakan ingin menjahanamkan hidup saya.
Nasib lah, saya tidak terlalu cepat termakan kata-kata manis rakan sendiri. Saya belajar daripada sejarah dan mengingati sejarah itu seperti juga saya mengingati 1511, tahun Portugis menakluki Melaka.
Teringat peristiwa di sebuah pusat membeli-belah, saya disapa anak muda.
“Bang, saya nak minta tolong. Baru-baru ni keluarga saya melabur dalam satu skim guna internet ni. Setiap ahli keluarga invested sepuluh ribu ringgit. Kami ada 6 orang, jadi 60 ribu ringgit. Sekarang akaun syarikat tu dah kena bekukan dek Bank Negara. Nak buat camana yer?,” tanya nya.
Saya jawab ..
“Entah la, saya tak pernah melabur macam tu”
Hati saya berkata, kalau betul jadi kaya raya mesti jumpa saya pun mungkin tak menegur kut!
“Engkau reporter, memang la engkau tahu fasal golongan menipu orang ni,” komen rakan sendiri.
“Bukan masalah reporter ke tak. Aku reporter pun baca suratkhabar, tengok TV, baca komen orang ramai dalam internet. Kalau tak, macamana nak tahu mengenai sindiket menipu orang ni. Lagipun aku tak ada duit banyak nak dilabur dan ditabur secara tak pasti. Jangan lah senang-senang, orang call kata nak jumpa, pergi jumpa. Bila dah jumpa kena ayat sikit, terpedaya. Boleh bagi orang duit, swipe card credit senang-senang. Semuanya sebab dia orang bagi tahu, kita boleh jadi kaya,” balas saya.
Sejak 3 tahun lalu muncul pula skim menjual kad prabayar telefon bimbit. Ceritanya lebih menarik. Ini antara pengalaman rakan, saya kongsikan bersama anda semua.
“Katanya dia one of the main distributers prepaid card syarikat telekomunikasi terkemuka ni. Pada awalnya teragak-agak juga. So, aku test order 10 ribu ringgit dulu. Dia hantar memang ok. Kad prabayar RM10 nilai 10 ribu delivered kat ofis aku. Satu kad aku untung 15 sen,” kata rakan berusia awal 30 puluhan itu.
“Lepas tu bisnes ok, semua berjalan lancar. Aku order dia hantar. Dua tahun aku buat. Ada waktu aku order sehari sampai RM500,000. Dia delivered. No problem at all,” sambungnya lagi.
Ketika itu rakan saya bergelar jutawan muda. Tetapi saya masih menjadi rakannya. Dia tidak sombong dan bongkak. Sebelumnya dia memiliki Proton Wira, waktu itu memandu BMW 7 Series. Ada pengawal peribadi dan sentiasa diiring rakan bisnes.
“Elok-elok bro,” itu pesanan saya setiap kali bertemu dengannya.
Berulangkali saya ungkapkan pesanan sama. Bukan hasad melihat rakan kaya-raya tetapi bimbang, duit diguna memesan kad prabayar bernilai ratusan kadangkala jutaan ringgit itu sebahagiannya dikutip daripada orang ramai bersetuju menyertai skim sama dari seluruh negara.
Akhirnya, tidak berapa lama, mimpi ngeri menjadi kenyataan.
“Dah berapa hari aku call dia tak berjawab. Cari kat rumah tak ada. Pening aku ni,” ujar rakan sama.
Apa tidaknya, rakan itu dilapor memasukkan wang berjumlah 34 juta dalam akaun ‘dia’. ‘Dia’ menghilang tanpa khabar berita. Sehingga kini tiada kad prabayar dihantar, wang jutaan ringgit lesap begitu sahaja. Kini rakan itu belajar, penipu berada di mana-mana sahaja. Tanpa dijangka dia menjadi mangsa, kini peningnya masih ada kerana terpaksa memberi penjelasan kepada rakan kongsi, apa jadi dengan wang mereka?
Rumusannya, belajar lah daripada kesilapan. Jika boleh bukan kesilapan kita sendiri. Jangan terlalu mudah termakan janji manis. Jangan terlalu seronok menyerahkan wang kepada pihak tidak dikenali hanya kerana tamak ingin menjadi kaya.
Ingat pepatah Melayu, bagai anjing dan bayang-bayang. Nampak tulang dalam bayangan air, tulang digonggong dilepaskan. Akhirnya tulang hilang jatuh entah ke mana. Melopong begitu sahaja.

terfikir jugak kenapa orang melayu ni suka sangat skim2 macam ni??? toto pun orang melayu islam da masuk... nampak macam islam sudah hilang 'nilai'... bermonolog sendirian,
BalasPadam'bagaimana nak ubati penyakit orang melayu ini?'
ilmu + sedar, cukup kah?
salam bro..
BalasPadamsaya suka baca blog ini..
ada saja yang dapat saya comment..
misalnya topik ini..
saya pernah juga diajak sama untuk menyertai skim2 sedemikian..
dari dahulu dgn skim piramid..[MLM]
sehingga lah penjualan topap serta yang paling baru,FOREX.
saya tidak kata semua ini salah..
terpulang..
cuma bagi saya,
hanya pengalaman menceritakan.
saya beserta rakan ada mencuba bisness penjualan topap ini..
bermula dari ipt,
cuma cara kami berbeza.
rakan memilih untuk melabur beribu ringgit kepada seseorang,
saya membeli topap terus dari kedai.
saya menjual topap,manakala rakan hanya menunggu wang dividen katanya..
setelah setauhun...tiada apa yang saya lihat padanya..hati makin risau kerana terjadi perkara2 seperti bro mazidul katakan itu..
saya pula alhamdulillah..
dapat tanggung pengajian sendiri.
kesimpulan,
tiada apa yang datang tanpa usaha.
berlainan jika melabur di saham amanah seperti yang di urus oleh PNB
yg banyak kena, semuanya orang melayu...kesian orang kita
BalasPadam