Selasa, Ogos 12, 2008

Wanita Itu

Saya kerap terpegun melihat wanita. Agenda kehidupan mereka jauh berbeza berbanding lelaki. Majoriti daripada mereka mempunyai tanggungjawab besar. Sebelum suami membuka mata pada awal pagi, kebanyakan wanita berada dalam keadaan bersiap sedia.

“Bang, bangun dah subuh,” kata wanita itu.

“Oh! Dah subuh rupanya,” jawab suami sambil menggeliat menghabiskan sisa-sisa lena.

Sedangkan wanita itu siap sudah menunaikan solatnya. Sebaik selesai melipat telekung dan sejadah kedengaran anak kecilnya bersuara sambil berdiri di muka pintu.

“Mak, pensil semalam mana?”

“Bila pagi barulah nak mencari pensil,” sedikit rungut wanita itu.

Tetapi jika pensil tidak ditemui wanita itu tetap bersabar membantu mencari. Di dalam bilik, di bawah katil atau di belakang sofa. Sehingga pensil itu ditemui.

“Boleh tolong gosok baju abang?,” pinta suami.

“Kan semalam dah gosok dah baju,” balas wanita itu.

“Entah, rasa malas nak pakai baju tu, nak pakai baju ni,” ujar suami.

Biarpun dihatinya mungkin sedikit mengeluh, wanita itu tidak membantah. Baju ingin dipakai suami digosok dan kemudian diserahkan ke tangan lelaki ketua keluarganya.

“Ehem!,” terdengar suami bersuara.

Maka wanita itu selaku isteri bingkas ke dapur menyiapkan secawan kopi biar pun dia sendiri tidak berkesempatan untuk minum.

“Tie ni dah pakai semalam, ada tie lain tak?,” satu lagi tuntutan harus dipenuhi.

Berjalan ke almari, wanita itu secara sabar mencari tali leher suami pada masa sama memastikan kain baju berlipat tidak berselerak.

“Nah bang,” kata wanita itu lembut.

“Mak, semalam cikgu kata kena bawa duit lima ringgit, nak beli buku latihan,” ujar anak.

Sebelum ayah sempat berkata, beg duit wanita itu sedia di tangannya.

“Nah,” katanya.

“Mak, tuala mana?,” anak kedua bersuara dari dalam bilik mandi.

Tanpa berlengah wanita itu mencapai tuala. Bukan sekadar itu, jika anak masih kecil dia akan mengelapkan tubuhnya biar kering sebelum berbaju.

“Ada nampak kunci kereta abang tak?,” soal suami.

Ke hulu ke hilir wanita itu mencari. Di dalam laci, di kawasan berhampiran seluar semalam dipakai suami, di atas almari. Pergerakan wanita itu pantas sedangkan suami hanya berdiri, mata sekadar menjeling kawasan sekeliling.

Justeru, tidak salah bagi suami, sebelum keluar dari rumah bersama isteri untuk ke tempat kerja masing-masing pada pagi sama setiap hari, ucapkan penghargaan kepada wanita itu.

“Terima kasih kerana menjadi wanita itu dalam hidup ku”

6 ulasan:

  1. terlalu besar pengorbanan seorg wanita...hargai lah wanita yang penting dalam idup anda selagi dia masih ada ;)

    BalasPadam
  2. teringat mak kat kampung~
    lalalala

    wanita itu diciptakan untuk lelaki,
    dan isteri diciptakan untuk taat kepada suami,
    seorang "anak lelaki" pula perlu taat kepada wanita bergelar ibu, syurga bawah tapak kaki ibu....

    BalasPadam
  3. kalau dah selalu sgt sihubby byk songeh, i bio jerr..kunci kete bio dia cari sendiri sbb dia selalu letak merata2 dan tidak ditempat yg disediakan (kalo anak buat tau lak dia bebel)...

    BalasPadam
  4. thanks encik mazidul sebab postkan topic berkenaan wanita..
    buat pertama kali dalam hidup, saya rasa ada orang yang masih menghargai wanita dalam hidupnya.. :)

    BalasPadam
  5. Saya dan suami bersetuju dan percaya bahawa perkahwinan adalah suatu perkongsian. Jadi, kami sama2 melakukan tugas dalam rumah dan tidak terbeban kepada hanya seorang daripada kami, dan tidak akan membiarkan salah seorang menjadi seperti wanita dalam entri blog ini.

    Dalam soal menguruskan suami, saya lebih senang bertanya dahulu "baju apa yang dia nak pakai, yang ada cufflink atau tidak, dan saya tentukan tie dan cufflink apa yang dia pakai, dan dia tidak akan merungut dan cerewet untuk minta diganti dengan yang lain ketika saya sibuk pada pagi hari, menyediakan makanan untuk anak saya dan pembantu saya (saya tidak membenarkan pembantu saya masak dan saya harus pastikan dia ada makanan tengahari), menguruskan anak saya, dan diri saya sendiri (saya bekerja).

    Dalam soal memasak, saya akan bertanya kepada suami, apa yang dia nak makan, dan saya akan sediakan, kalau tidak, saya akan cadangkan menu yang lain (bergantung kepada apa yang ada di dapur lah kan), dan dia, alhamdulillah, tidak cerewet malah akan membantu di dapur.

    BalasPadam
  6. Kesian si isteri...
    andaikata suami lebih 'teratur' dalam mengatur diri sendiri, (dah sediakan laci pun tak reti2 nak guna buat simpan kunci kereta?)....
    kadang2 suami cuma mengambil kesempatan atas kesetiaan isteri.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.