Isnin, Ogos 04, 2008

Boleh Tolong Tak?

Salam ..

Hari ini Isnin, saya bercuti. Mungkin anda di pejabat, bekerja. Sekiranya anda ‘ditangkap’ bos kerana melakukan ‘kerja’ membaca blog ini, kirim salam saya kepada bos, samada lelaki atau wanita.

Beritahu beliau ..

“Bos, I baca blog ni sebab Mazidul minta tolong. Dia tanya macamana nak membanteras kegiatan ah long?”

Kalau bos terdiam dan gagal menjawab, katakan kepada beliau ..

“Sorry bos. Tak apa. Mazidul cakap sebenarnya ramai lagi bos lain memang tak ada ide atau formula mengekang kegiatan ah long ni”

Kemudian, gerakkan mouse dan tutup blog ini. Buat kerja.

Hemat saya, ada banyak pihak memiliki kuasa tetapi mereka juga gagal membanteras kegiatan ah long. Isu ah long berulangkali dibincangkan di Parlimen tetapi menghairankan, setakat ini kegiatan ‘ceti moden’ itu masih berleluasa dan bertambah dahsyat.

Ada orang kata ..

“Siapa suruh pinjam duit ah long?”

Saya jawab ..

“Kegiatan ah long memberi pinjam wang itu haram. Premis awal dah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Stop kan kegiatan ah long secara total, jadi orang pun tak boleh nak pinjam”

Ada orang lain kata ..

“Dah pinjam duit ah long bayar lah”

Saya kata ..

“Ya lah. Hapuskan punca dulu. Punca nya jelas, ah long ‘dibenarkan’ bermaharaja lela. Iklan bersepah merata. Poster, banting, kain rentang sebesar alam di tampal, digantung di pokok, di papan tanda, di kotak elektrik TNB, di tanda jalan. So, orang tengah kesempitan duit of course terpikat, lalu meminjam. Kalau orang senang, tak nak nya dia meminjam duit ah long. Nak jerat tengkuk sendiri buat apa? Bunga gila tinggi. Mesti sangkut nak bayar. Kalau tak bulan ni, bulan akan datang. Itu lumrah. Ada orang pinjam duit saya 3 ribu 2 tahun lalu, sampai sekarang tak bayar sesen sedangkan saya bukan ah long pun. Hujahnya sama, stop kan kegiatan ah long maka berhentilah orang meminjam”

Ada orang lain, selain orang tadi berkata ..

“Padan muka, siapa suruh pinjam duit ah long!”

Saya kata ..

“Tak ada siapa nak susahkan diri. Tapi bila dah susah, susah lah. Ah long jadi alternatif, macam orang mengantuk disorong bantal, lepas pinjam duit ah long, dia lena. Kemudiannya dikejutkan mimpi ngeri. Tak tahu kedepan ni entah-entah awak susah. Bila susah, kawan lari, saudara buat tak kenal. Silap-silap awak pun pinjam duit ah long. Jadi, kita kena stop kan kegiatan ah long ni”

Kemudian saya berhenti berhujah. Terfikir, andai berbuih mulut sekalipun berbicara isu ah long, mungkin sia-sia. Barangkali saya tidak punyai cukup ilmu bagi membantu orang ramai mengekang kegiatan ah long.

Tuhan maha agung. Saya tahu niat saya baik.

Lalu terlintas di fikiran, blog ini ‘hit’ nya melebihi 32,000 ( jika bacaan meter itu benar dan tepat ), justeru amat janggal jika tiada seorang pun pembaca mempunyai ide ‘brilliant’ mampu dikongsi bertujuan menghapuskan kegiatan ah long secara total di negara kita cintai ini.

Saya dedikasikan 2 siaran 360 pada 6 dan 13 Ogos khas membincangkan sejauhmana kritikal masalah akibat kegiatan ah long dan cara terbaik memberhentikan aktiviti lintah darat itu.

Jika selalu, anda sekadar membaca blog ini sekali lalu, kali ini saya memohon mendapatkan pandangan anda semua. Hantar ‘komen’ (bukan hanya melontarkan ide di cbox) kepada saya berhubung isu ah long. Itu pinta saya. Moga boleh membantu saya melaksanakan tugasan .. sekaligus membantu masyarakat kita.

Boleh tolong tak?

Ops! Jika bos anda bijak dan ada ide, mohon beliau melayari blog saya dan menghantarkan komen.

Sampaikan pesanan saya ..

“Bos, Mazidul cakap terima kasih!”

8 ulasan:

  1. abg mazidul,
    minta bank @ mana2 institusi kewangan yg menyediakan kemudahan pinjaman mudah kan syarat utk meminjam..terutama nye utk peniaga2 kecil...jika syarat tidak ketat & urusan nye mudah i'Allah org x akan meminjam lg kpd ah long nie.tp nak hapus kan terus kegiatan ah long mungkin susah ckit sbb kadang2 peminjam yg meminjam dr ah long nie adalah di kalangan kaki2 judi...erk..boley ke tutup pusat perjudian?

    BalasPadam
  2. ass'kom bro mazidul....cadangan : hidupkan balik fungsi rukun tetangga... tambahkan satu lagi rutin kerja iaitu membuang poster Ah Long dan mengambil no plat kete @ moto si ah long nie.... n buat laporan polis..... mungkin berkesan kot!... t.q

    BalasPadam
  3. Pernah saya ikut kawan bayar duit pada Along. Sebelum tu dia tak beritahu saya pun ke mana dia nak pergi. Cuma pesannya kalau dia tak turun ke kereta dalam 30 minit, tolong call polis. Menyedihkan, golongan profesional mcm dia pun meminjam pada along.
    Sampai satu masa dia sampai mahu membunuh diri sebab tak mampu bayar semula duit along...along dah mula mengugut. Nasib baik ada yang sudi membantu.

    BalasPadam
  4. Kegiatan ah long menjadi isu bila wujud kes di mana ada ah long yang bertindak ganas yang dilaporkan. Barangkali banyak lagi kejadian yang berlaku tapi tidak dilaporkan. Sudah pasti banyak juga yang meminjam tapi tidak pula menghadapi masalah kerana mengikut syarat.

    Tidak lama dulu, kerajaan telah mengarahkan bank-bank supaya memudahkan syarat bagi membuat pinjaman. Pada asalnya, ia kelihatan seperti membantu. Namum pada pendapat saya, ia memburukkan lagi keadaan. Bayangkan situasi berikut. Gaji sejemput membuat personal loan atau loan lain cukup-cukup berdasarkan gaji. Kemudian setengah jalan, selepas duit loan tu dah habis, buat overlap loan, tambah lagi jumlah loan. Kitaran ini berulang sehingga kena bayar terlalu banyak sehingga belanja makan pun tak cukup selepas tolak ansuran. Bila duit poket tak ada, kepala mulalah cari cara nak buat loan lagi. Akhirnya pergilah kepada ah long.

    Penyelesaian? Mengharamkan kegiatan ah long tidak akan berkesan kerana pemintaan sentiasa ada. Dadah yang diharamkan pun masih belum dapat dihapuskan. nak selesai sepenuhnya mungkin mustahil, sekadar boleh dikurangkan ke tahap paling rendah. Kesedaran adalah penting. Saya rasa kuncinya terletak kepada pengurusan kewangan. Tak salah untuk berhutang, tapi jangan pula menjadi beban. Mungkin subjek pengurusan kewangan patut jadi subjek wajib sama ada di sekolah menengah atau Universiti (kalau dari sekolah rendah lagi baik). Masalah ah long ibarat cuma satu ranting dari dahan yang sudah reput.

    Satu lagi saya nak tambah, mungkin baiknya jika syarat membuat pinjaman bank dikaji semula agar tak terlalu mudah bagi mereka yang tak pandai simpan duit dan tak pula terlalu susah kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

    BalasPadam
  5. ass'kom....setuju jugak cadangan sedara hisham....kita blajar cara mengurus kewangan.... bukan susah pon.... dapat gaji...trus settle hutang....cth gaji kalau sekadar..RM 1200...tolak loan kete@moto RM 300... bill electrik n air RM 100...sewa rumah RM 300... minyak kete@moto RM 200... saving RM 100....tup...tup...tinggal RM200 utk makan@minum....so sehari hanya boleh guna RM 6.00 utk makan@minum selama sebulan....n ader balance lagi RM 16 hingit.... bole beli top-up henset utk sebulan.... kalau abis...sms jer....jgn nak ngada2 nak tambah lg.....n yg penting....kalau duit mkn tu cukup utk 6 hingit jer sehari....jgn nak menggatai nak pi makan KFC ke McD ker tiap2 minggu ...kawal skit nafsu makan tu....nak jimat lg, minum pagi kat umah jer or bawak bekal ke opis!!!...n last skali... kalau dah sedau tak der duit...hentikan la merokok tu...cukup la membakar duit pada bende x berfaedah.... sekian....wassalam!!!!

    BalasPadam
  6. Encik Mazidul

    Minta kerajaan mansuhkan apa juga bentuk pinjaman.

    Kita bentukkan masarakat yang tidak suka meminjam.

    Maka dengan itu kegiatan along ini tidak akan bekembang.


    Kalau tiada pinjaman, rakyat tidak berhutang, bila rakyat tidak berhutang maka banyak perkara yang tidak kita ingini boleh kita hindarkan umpamanya:

    1. Samseng tarik kereta
    2. Rumah tak siap pinjaman harus di bayar, pemaju hlang entah ke mana, bank tuntut duit dari pembeli
    3. Notis muflis dalam akhbar tempatan
    4. Notis Lelong hartanah
    5. Kes tuntutan hutang bank di mahkamah yang begitu banyak
    6. Bank menindas rakyat
    7. Lawyer menindas rakyat
    8. Pemaju menindas rakyat
    9. Rakyat membazirkan wang membayar interest

    dan banyak lagi.

    Sekian terima kasih.


    Yang Benar.

    Alid Handerson Mat Hamdi

    BalasPadam
  7. patut la balik slim...upanya utk 360...hehehehe....kecoh la satu slim...ramu store masuk tv...hehehehe

    BalasPadam
  8. pendapat saya, pihak bank patutnya permudahkan prosedur untuk membuat pinjaman.. tak payahlah adakan had minimum untuk gaji.. kalau gaji paling minimum RM2,000 baru boleh buat pinjaman, baik tak payah.. biasanya yang mengalami masalah kewangan ni adalah kami yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.. mungkin sebab tulah along diperlukan.. walaupun menjerut leher sendiri, itulah satu2 nya alternatif yang ada..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.