Khamis, Ogos 14, 2008

On The Way?

‘On the way’.

Kita sering menggunakan phrasa itu. Kita khabarkan atau sekadar mengirimkannya melalui pesanan ringkas. ‘On the way’ kini diringkaskan kepada akronim, ‘otw’.

Bagaimanapun ‘otw’ bergantung kepada maksudnya. Jika kita di Kuala Lumpur, kawan di Seremban, 'otw' dia ertinya kira-kira 1 jam. Jika kawan di Melaka, ‘otw’ dia ertiya 2 jam. Jika dia di Johor ‘otw’ mungkin bermaksud 3 jam.

Malangnya ada antara kita kerap menyalahgunakan erti ‘otw’.

“Kat mana dah ni?,” kita tanya dia.

“Otw,” jawabnya.

Agar rakan tidak menyalahgunakan ‘otw’ itu, saya kongsikan dengan anda petua menguji ‘otw’ sebenar. Begini ..

Tanya kawan itu ..

“Awak dah sampai mana ni?”

“Otw,” balasnya.

“Betul?,” tanya untuk kepastian.

“Betul la!,” responnya.

“Ok, you tolong bunyikan hon kereta, I nak dengar ..”

Ha! Ha! Ha!

Kekadang ada kawan kantoi ..

“Eh! I ada kat umah lagi la, baru nak keluar ni,” barangkali balasnya.

“Kat umah ya? Kalau betul pergi bilik air, tolong flush kan toilet, I nak dengar,” pinta begitu.

Ha! Ha! Ha!

Ada kawan kantoi sekali lagi.

“Eh! Actually, I baru nak balik rumah ni. Tadi makan kat gerai depan rumah. Sorry la. Jap lagi I bertolak,” barangkali ujarnya.

Balas ..

“Lain kali cakap jer betul-betul. Nanti bila jumpa, I akan ajar you erti ‘otw’ ok”

4 ulasan:

  1. bagus gak abg mazidul nie ek..
    boley praktik kan lepas nie..
    hehheehee...
    tq abg sebab kongsi tips nie ;)

    BalasPadam
  2. Salam....
    En mazidul,
    saya bukan la hendak membuat ulasan mengenai artikel ini...
    tp sebenarnya, ingin meluahkan rasa tidak puas hati kepada sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang indah khabar dari rupa. saya mengetahui perkara ini, dari anak saya yang menuntut disana.
    sebanarnya, sejak akhir bulan julai, anak saya telah mengadu tiada langsung bekalan air di kolej itu (di dalam asrama para pelajar)...
    kolej itu ialah UNIKOP (Universiti Koperasi Polis), kolej ini terletak di sekitar Batu Caves. Sekarang, telah 2 minggu perkara ini berlarutan. saya telah beberapa kali menelefon pihak kolej, tetapi mereka telah memberi alasan yang para pelajar boleh menggunakan tandas yang berada di pejabat kolej berkenaan. Dapatkah saudara bayangkan, bagaimana anak2 kita hendak menggunakan tandas pejabat yang hanya ada beberapa unit sahaja, dan digunakan oleh pelajar perempuan dan lelaki bersama. ini sudah tentunya menimbulkan kesulitan kepada para pelajar yang ingin ke kelas, mereka akan berebut-rebut sesama sendiri dan boleh menimbulkan pelbagai perkara yang negatif. pihak kolej seharusnya lebih peka dan bertanggungjawab terhadap kesulitan yang di alami oleh para pelajar. Jika perkara ini sudah berlarutan selama 2 minggu, ia tidak mustahil akan berlarutan sehingga berbulan-bulan, kerana sikap lepas tangan pihak kolej.
    saya harap, pihak saudara mazidul, atau TV3 dapat membuat pendedahan ekslusif mengenai perkara ini.


    Regards,

    ibu prihatin...johor bahru

    BalasPadam
  3. kak hasmida, ape kate emelkan saja pendpat akak ke news@tv3.com.my.

    Saya doakan yg hak tetap hak dan yang batil termansuh jua.. dan semoga anak akak dapat belajar dlm kondusi yg lebih selesa. :)

    BalasPadam
  4. terima kasih adik aidilangelo atas nasihat itu....

    akak dah pun menghantar email ke news@tv3...

    semoga nasib pelajar Unikop terbela....

    aminnnn....

    regards,

    Ibu prihatin...johor baahru

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.