Jumaat, Ogos 08, 2008

Pakai Tangan Jer!

[ Pic: Baharudin Awang dan saya, 17 tahun .. ]

Tahun 1985 saya menjejakkan kaki ke Lembah Klang, Shah Alam, Selangor. Ketika itu berusia 17 tahun. Masih muda, bertenaga.

“Jom la masuk,” ajak rakan seusia.

Kami merayau di ‘Bandar Gagak’, Kelang. Kelang waktu itu cukup terkenal kerana menjadi tumpuan ribuan burung gagak. Ada sekadar berterbangan, ada makan sampah, ada berbuat bising.

“Tak nak la, segan,” balas saya.

Beria-ia benar rakan mengajak saya masuk ke restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken, KFC. Hemat saya, antara cawangan terawal dibuka di Malaysia.

“Tak apa, aku order kan. Engkau duduk jer,” ujarnya.

Akhirnya saya menurut permintaan berulang itu. Melangkah masuk ke restoran dipenuhi pelanggan, tua, muda, remaja dan kanak-kanak bergaya. Duduk di kerusi premis berhawa dingin itu, mata saya liar memerhatikan gerak-geri pelanggan di sekeliling. Makan, di tangan mereka, garpu dan pisau. Pisau memotong ketulan ayam kemudian disuap menggunakan garpu ke mulut. Manakala di kaunter rakan saya dilayan sempurna.

“Two dinner plate please,” jelas dia membuat pesanan.

“Two dinner plates!,” jerit pekerja kaunter kepada kakitangan hanya nampak kepala sibuk bekerja di dapur.

Itu senario biasa di premis makanan segera, 23 tahun lalu. Stail cukup kebaratan. Jika makan ayam menggunakan tangan atau berbahasa Melayu ketika membuat pesanan makanan maupun minuman, pasti ada pelanggan lain menjeling. Janggal benar perlakuan itu, menurut pandangan mereka.

“Apasal engkau segan sangat?,” soal rakan sambil meletakkkan tray makanan di atas meja.

“Tak ada apa. Aku selalu makan kat gerai, cakap Melayu jer. Kat sini kena cakap orang putih,” balas saya.

“Ala, kan kita tengah belajar orang putih,” jelasnya yakin.

Ketika itu kami bersama menuntut di Kolej Pengajian Persediaan, KPP, belajar bahasa Inggeris, TOEFL sebagai persediaan sebelum terbang ke luar negara.

“Bukan fasal bahasa tu. Pasal penggunaannya. Takkan semata-mata sebab restoran ini francais syarikat antarabangsa, pekerja dan pelanggan kena guna bahasa Inggeris kut?”

Rakan saya terdiam seketika.

“Cakap jer la bahasa Melayu. Ada masalah ke? Bukannya kalau guna bahasa Melayu, ketulan ayam tu tiba-tiba bercantum jadi ayam dan melompat balik, kan?,” saya mengusiknya.

Dia tersenyum. Sebelum menjamah makanan saya melangkah ke tandas di bahagian belakang kaunter.

“Nak ke mana?,” tanya rakan, tanggan mencapai pisau dan garpu.

“Nak basuh tangan”

Waktu itu sinki membasuh tangan tidak disediakan di majoriti restoran makanan segera.

Duduk semula, saya makan sambil mata tertumpu memandang pelanggan duduk di meja sebelah. Terkial-kial tangan lelaki tua datang bersama keluarga anaknya. Jelas benar, dia tidak selesa makan ketulan ayam menggunakan pisau dan garpu. Tetapi terpaksa kerana mengikut norma ketika itu biarpun sukar dia mengawal memastikan ketulan ayam tetap dipinggan, tidak terpelanting ke udara.

“Aku pun nak basuh tangan juga lah,” bisik rakan.

Mungkin dia enggan membiarkan saya kelihatan janggal berseorangan. Janggal kerana makan ketulan ayam tanpa pisau dan garpu. Kini, setiap kali berkunjung ke restoran makanan segara, penggunaan bahasa Melayu pilihan saya.

Moto KFC, ‘sehingga menjilat jari’, jelas secara tidak langsung merestui tindakan awal saya sewaktu masih remaja. Mungkin mereka juga sudah menyedari kejanggalan berlaku sekian lama.

Meraka sedar, bagaimana ‘menjilat jari’ jika makan menggunakan pisau dan garpu?

He! He!

5 ulasan:

  1. betul tu bro ..tak tercapai moto nye tu..kita pun ingat dulu memang makan ayam guna garpu dan sudu...dahla bkn selalu masuk KFC..cam kaya benor rasanya bila masuk KFC..seronot dia lain mcm...yelah bkn selalu dapat masuk.. masuk pun sebab nak celebrate result exam..hehe...sekarang ni dah tak heran ler..dah jadi mcm kemestian..tak de benda nak makan..mesti KFC atau makanan segera lain jd pilihan..:D

    BalasPadam
  2. Tahun 1992 menjadi sejarah dalam hidup anis apabila "fail" makan di kfc (pertama kali masuk dan pertama kali menikmati makan di sini)...sudahnya....perhubungan cinta diputuskan gara2....tak tahu makan ayam kfc guna sudu, garfu & pisau...tidak sesekali menyesal kerana menyedari cinta yang diberi oleh si jejaka bukan lahir dari hati yang tulus dan ikhlas...selepas peristiwa tersebut...tobat tak mahu lagi masuk ke kfc namun kehendak Allah mengatasi segala-galanya...pertemuan pertama kali dengan suami tercinta 15 tahun yang lepas berlaku di kfc juga....hahahahaha...masa nak makan ayam kfc tu seram sejuk tangan anis dibuatnya..takut peristiwa tahun 1992 berulang lagi...ayam terbang dari pinggan...hehehehehehe Namun...si jejaka itu selamba jer makan ayam menggunakan kedua belah tangannya...hehehehehe

    BalasPadam
  3. rasanya macam sama jer pengalaman kita.. dulu kalau dapat masuk kfc tu rasa macam orang2 yang high class jer.. masa beratur nak order tu, jantung punyalah berdebar2 macam nak ambik periksa jer gamaknya.. rasa bangga betul kalau dapat makan kat kfc masa tu.. mula2 masuk kfc dengan kawan2 sebab kalau apa2 jadi, tak adalah malu sangat... bila dah biasa, barulah bawak famili.. sekarang ni seronok tengok kfc kat malaysia ni dah dimelayukan..

    BalasPadam
  4. Kak Anis, tahniah atas perkahwinan. Mungkin cerita akak patut disampaikan ke pihak pengurusan KFC.

    Mana tahu, sambutan ulangtahun perkenalan akak dan suami boleh di'taja' oleh KFC!

    P/s:Betul jugak lirik lagu KFC, "that's where i want to be!"

    BalasPadam
  5. sekali pandang, nampak macam aizat af5...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.