Sabtu, Ogos 30, 2008

Merdeka?

Apa erti merdeka?

Antara jawaban biasa kita dengar ..

“Terlepas dari belenggu penjajah”

Dalam tempoh lebih 446 tahun negara kita pernah dijajah. Dijajah Portugis, Belanda, British, Jepun.

“Masa zaman Jepun, takut sangat. Orang kampung lari masuk dalam hutan sehelai sepinggang. Anak dara semua kena sorok, kalau tidak, Jepun larikan. Beras tak ada sebab orang kampung tak boleh nak tanam padi. Semua makan ubi kayu. Jepun ganas. Tangkap orang lelaki, paksa minum air sabun, lepas tu pijak perut. Keluar balik air sabun tu,” kata arwah opah.

“Siksanya,” komen saya.

Tahun 1945, tidak melihat alternatif lain, Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom pertama meranapkan Nagasaki dan Hiroshima. Jepun menyerah kalah. Sewaktu pemerintahan British, negara kita dijajah secara ‘pecah dan perintah’. Orang Melayu di kampung, Cina di bandar dan India di estet. Menyedari hakikat negara perlu bebas, pelbagai pihak menuntut kemerdekaan. Perlembagaan digubal, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bersama rombongan.

31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Dataran Merdeka, simbol berakhirnya era penjajah di negara kita.

Kini kita sama-sama menikmati kemajuan negara selepas 51 tahun merdeka. Mercu tanda, Bangunan Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Litar Formula Satu menjadi kebanggaan kita bersama. Majoriti dibina menggunakan kudrat pekerja dari negara merdeka, Indonesia.

Pada masa sama kebanyakan daripada kita bangga menjulang nama pemain bola sepak, Chirstiano Ronaldo dari Portugal, membeli susu produk Belanda dan shopping di Harrods serta ria memiliki kereta keluaran Jepun.

Paling pasti, kita tidak merdeka dari aspek jenayah. Semalam pada jam 5.30 pagi, 4 warga Indonesia berusia antara 28 dan 48 tahun ditembak mati di Kajang, Selangor. Mereka terbabit dalam kes pecah rumah mewah. Semuanya dilaporkan ditembak tepat di kepala.

“Sebelum ditembak, pukul 3.30 pagi penjenayah tu sempat rompak rumah ahli perniagaan Cina. Dia tinggal seorang di rumah. ‘Geng Tong Gas’ tu pecah pintu belakang rumah dia. Kemudian gunakan tong gas pecahkan pintu bilik. Cina tu dia orang ikat tangan dan acukan pisau dapur kat leher dia. Penjenayah tu larikan jam tangan, laptop, duit dan barang lain. Masa kat tempat kejadian Cina tu cakap ‘Itu saya punya tali pinggang!’. Tali pinggang tu dia nampak kat pinggang mayat,” kata jurukamera.

“Berapa kes dia orang terbabit?,” soal saya.

“Sembilan belas,” jawabnya.

“Padan muka! Kalau ikut hati biar polis tembak semua warga asing terbabit dalam jenayah berat ni. Kalau ditangkap, didakwa, buang duit bagi dia orang makan dalam penjara dan buang masa mahkamah,” detak hati saya.

Saya mengecam tindakan penjenayah dari negara merdeka, merompak masyarakat di negara merdeka saya sayangi ini.

Kepada semua pembaca, Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51!

Saya bersama rakan, Ally Iskandar, Nurafenda serta Fetri akan bersiaran langsung dari Dataran Merdeka, esok antara jam 8 dan 10 pagi. Selamat menonton.

10 ulasan:

  1. Selamat Hari Merdeka & Selamat Menyambut Ramadhan utk abg Mazidul & semua kawan2 blog yg lain..

    BalasPadam
  2. Apalah guna kemerdekaan apabila kadang kala kita berasa takut walaupun berada dibumi sendiri. Dengan semangat perkauman, perbalahan politik, birokrasi, masaalah pendatang dan entah 1001 lagi. Namun saya masih cuba kuatkan semangat untuk mengakui bahawa Malaysia mungkin antara negara yang selamat jika nak dibandingkan dengan negara membangun lain. Namun dapatkah ianya dipertahankan di zaman anak cucu kita nanti?

    BalasPadam
  3. http://pkrpasdap.blogspot.com
    http://abe-mie.blogspot.com


    merdeka...

    merdeka...

    merdeka...

    tapi merdeka dari apa?

    BalasPadam
  4. Mendeka!!!hehe..that was my nieces yell..ada ke patut mendeka..eheheh..well..today i saw the parade only on TV..I just want to comment bout semangat kemerdekaan this year..katak_ayu sgt sedih tgk there are only a few ppl waving flags..kitorang kat skolah wajib buat sambuatan hari merdeka "diambang merdeka"..but why only skuls??public just buat bodoh jekkk..hey!anak murid katak_ayu pun kalo x didahkan pasal ni they all tak tau bila merdeka..salah sape yer abg polis???Tahun ni mmg hambar.Promotion pun x brapa..adakah kesan pilihanraya or org dah malas nak Pikir pasal ni...hmm...cikgu penat dah pk..now..kita pk la sesama!!

    BalasPadam
  5. pertama sekali saya ingin betulkan abg mazidul,bukan british yang menjatuhkan bom di hiroshima dan nagasaki tetapi amerika syarikat.Oleh itu,saya berharap abang mazidul akan membetulkannya.akhirnya,selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat berpuasa.

    BalasPadam
  6. Tahun 1945, tidak melihat alternatif lain, British menjatuhkan bom atom pertama meranapkan Nagasaki dan Hiroshima.
    ----
    British? Mungkin tak disengajakan, tapi yang sebenarnya ialah Amerika Syarikat.

    BalasPadam
  7. Tanpa nama dan Syed sp, tq. Orang dah tua, mata dah rabun, menulis awal pagi. US dan Britain tak leh nak beza .. hih!

    BalasPadam
  8. sekarang ni minda kita masih dijajah sebenarnya

    kfc? mcd? levis? LV?
    tu bukan trademark kita

    hakikatnya
    kita belum merdeka sepenuhnya
    sukarnya nk mencari acuan malaysia
    pure malaysia

    xde idea jugak mcm mana nk design
    acuan malaysia

    BalasPadam
  9. Setuju ngan katak...Kat sekolah bukan main semangat kemerdekaan dilaung-laungkan. Tapi bagaimana di peringkat atasan?. Mungkin pilihanraya permatang pauh telah mencuri semua semangat kemerdekaan yang sepatutnya lebih diberi keutamaan.

    Tolonglah wahai semua pemimpin.Kami sbagai rakyat dah jemu dengan perbalahan politik yang bukan kelihatan semain matang tetapi jelek dan memualkan.

    Siapa yang berani akan datang melabur kat sini dgn keadaan politik yg kucar-kacir.

    Bagaimana nasib kami dan anak-anak kami akan datang?!!!

    BalasPadam
  10. ye lar.. bila difikirkan perpecahan yang sedang melanda kaum melayu sekarang ni, membuatkan hati tertanya2 bagaimana agaknya sambutan kemerdekaan pada 51 tahun yang akan datang.. masih dapatkah lagi dikecapi anak cucu kita?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.