Selasa, Ogos 12, 2008

Nak Terkencing Ya?

Cakap saja ‘public speaking’ atau pengucapan awam, ramai berpeluh di dahi. Kita berasa tidak selesa, jarang berminat melakukannya kecuali terpaksa.

“Tak tahu lah, bila berdiri depan orang ramai jer, ide hilang, tekak kering jadi macam tersekat. Nak muntah pun ada. Debaran tu jangan cakap lah. Dup! Dap! Dup! Dap! Lepas tu mesti terasa badan menggigil, menggelatar semacam. Eh! Terasa apa, memang badan menggigil pun!”

Antara komen biasa kita dengar.

Mengapa?

“Bila kita di depan, orang pandang. Rasa macam orang scan setiap inci badan kita. Terasa canggung sesangat, kekok. Mula la cakap pun tersangkut sangkut, lidah terseliuh. Rasa macam nak terkencing pun ada!”

Bukan itu sahaja malah ada antara kita langsung tidak mampu berkata apa. Sekadar berdiri di depan khalayak umpama patung, kaku. Ada menggaru kepala berulang kali sedangkan kepala tidak gatal. Ada bermain rambut biarpun rambut bukan ikal mayang.

Mengapa?

“Payah betul, aku tak tahu nak letak tangan kat mana, kalau nak gerak, nak gerak tangan tu macamana. Nak fikir apa nak cakap satu, nak fikir fasal tangan satu lagi”

Masalah sering dihadapi majoriti daripada kita ..

Mengapa?

2 ulasan:

  1. bila baca entry ni,
    teringat MHI dulu2..
    "cermin-cerminkan diri anda!"

    cerminkan diri, kenali diri,
    baru berani berdepan dgn "orang"

    BalasPadam
  2. pada saya persedian itu penting. walaupun kali pertama membuat public speaking, jika persediaan cukup, semua akan berjalan dengan baik.

    persedian dari segi tahu apa yg ingin disampaikan, tahu audience dll.

    gugup? itu sudah pasti. cuma perlu sembunyikan rasa gugup dengan praktik konsep tarik nafas & tenangkan diri sebelum memulakan public speaking.

    tunjukkan keyakinan & cuba capture perhatian audience pada 7 saat yang pertama dengan ayat2 yang menarik perhatian.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.