Rabu, Ogos 06, 2008

Bukan hebat, hairan ..

Wanita berperawakan lelaki. Berambut pendek, sering memakai kameja dan slack antara deskripsi golongan pengkid.

“Macamana pengkid boleh dapat girlfriend lawa, cun?,” tanya saya kepada Lin, 19 tahun.

Teman-teman memanggilnya Leman.

“Biasalah. Pengkid lebih memahami perasaan perempuan sebab dia orang pun perempuan. Pandai jaga hati, perasaan girlfriend,” ujarnya.

“Tapi saya dengar pengkid cemburu gila, sanggup bergaduh, bertumbuk sebab perempuan. Sampai sanggup potong pergelangan tangan bila kecewa?”

“Itu lah cinta nama nya,” respon Lin.

“Cinta sesama perempuan?”

Dia terdiam sebelum menjawab.

“At least tak macam lelaki. Habis manis sepah dibuang, lagi teruk!”

“Kemana akhirnya cinta sesama perempuan ni?,” soal saya.

Lin terdiam sekali lagi.

“Sampai tua bersama pun tak apa. Kalau kahwin dengan lelaki pun belum tentu bahagia. Lelaki sekarang ni ramai tak senonoh, perangai buruk. Ada bini dipukul, kahwin kejap lepas tu cerai. Macam kahwin tu main-main. Akhirnya perempuan jadi janda,” keluhnya.

“Bukan semua lelaki”

“Awak memang bengkung breast yer?,” tanya saya.

“Ish! Mana ada!,” pantas Lin menafikan.

Dadanya tidak seperti perempuan lain, kelihatan ‘flat’.

“Awak suka kat perempuan?”

“Mana ada!,” balasnya.

Saya terus mendesak.

“Ada boyfriend?”

“Tak ada,” jawabnya.

“Alah! Dengan saya pun nak menipu. Macam lah saya tak tahu. Malam tadi awak bergaduh dengan siapa? Amy? ”

“Eh! Mana abang tahu ni?,” soalnya.

“Awak tumbuk siapa sampai bengkak tangan tu?”

Pantas Lin menyorokkan tangan kanannya.

“Dia buat hal. Tak balik rumah dekat seminggu. Walhal selama ni saya jaga dia elok. Sewa rumah saya bayar. Makan minum saya tanggung. Mana dia nak pergi saya bawa. Apa dia nak saya bagi. Dah seminggu dia tak balik rumah. Bila call katanya duduk rumah kawan. Malam tadi saya naik moto cari dia. Abang tau dia melepak kat mana?”

“Kat mana?”

“Ampang” katanya.

“Dia ada boyfriend ke?,” soal saya.

“Boyfriend apa, pengkid juga lah. Itu saya hayun muka budak tu, ada kan girlfriend saya nak di ciluknya, sial!,” ujarnya berterus-terang.

Dia kemudian terdiam seketika.

“Hebat abang ni, affair saya dengan Amy pun tahu?”

“Ish! Bukan hebat, hairan,” balas saya.

4 ulasan:

  1. http://dewawang.blogspot.com

    mazidul. saya minta supaya 360 dipanjangkan kepada 40 minit atau satu jam sebab 30 minit tolak dengan iklan, berapa minit aje.

    360 bagus terutama membincangkan masalah semasa dan kita semua. misalnya pasal along...saya suka cerita hantu tapi tidak suka besarkan cerita hantu kerana ia tidak memberi apa-apa faedah.

    satu, lagi cuba episod tentang SISWAZAH fresh -pengangguran di kalangan siswazah kini, pemikiran siswazah tentang dunia luar...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum abg mazidul,

    Saya amat tertarik dgn isu pengkid nih. Agak2nya, bolehkah 360 mengupas isu ini dengan lebih terperinci?

    Melihat golongan pengkid berkeliaran di KL ini membuatkan saya naik jelak. Di manakah silapnya? Saya sekadar ingin tahu mengapa kaum2 hawa sanggup menggadaikan agama semata2 untuk bersama dengan kaum seperti ini. Nauzubillah.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum abg mazidul,
    saya tertarik dgn kupasan ttg isu pengkid ni.dah lama saya tengok..makin lama makin berani.saya pun tak faham macamana diaorg boleh 'berlagak' macam lelaki.dan ada sesetengah tu dah mengaku sebagai lelaki.saya pernah terdengar di kalangan mereka memanggil yang senior sebagai 'abang'.astagfirullahhaladzim...bila ditanya..katanya kita semua tak faham soal hati perasaan mereka.
    Sudah terang2 Allah melaknat hambaNya yang menyerupai jantina sebaliknya.
    Saya sendiri terkilan bila mana kawan saya terjerumus di dalam kancah pengkid ini. Saya sudah mencuba sedaya upaya untuk menolongnya kembali ke asal..tapi rasanya sudah terlambat.Dia makin sebati dengan 'dunia ciptaan'nya sendiri.umurnya kian meningkat namun masih lagi mencari 'cinta sejati' daripada kaum sejenis.Hanya Allah yang dapat membantunya. Semoga diberikan hidayah olehNya untuk dia berubah. Amin...

    cuma saya berasa jijik lantaran saya ada terdengar daripada kawan saya sendiri yang mana ada di antara mereka yang dah tinggal seolah-olah 'suami isteri'.tak dapat dibayangkan bagaimana perhubungan itu sama sekali..nauzubillah!!!

    BalasPadam
  4. abg mazidul,
    saya pun ada beberapa org kwn yg t'jerumus dlm golongn nie.
    tp kwn2 sy b'tindak as 'girl' meaning that as girlfriend kepada pengkid...
    muka cantik..
    alasan diaorg memilih pengkid sbb diaorg penah dikecewa kan lelaki..
    kesian diaorg

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.