Ahad, Ogos 03, 2008

Melompat!

“Masa tu ambil gambar di Tanjung Malim, kedai Cina. Bila nak ambil gambar aje awak nak melompat!,” itu kata emak saya setiap kali kami menatap gambar ini.

Saya hanya tersenyum.

Pasti abah dan emak gembira dengan kehadiran saya sebagai anak sulung mereka 41 tahun lalu. Pada mulanya mereka menamakan saya, Mazidul Al-Akmal bin Sidik. Kemudian nama itu diringkaskan kepada Mazidulakmal sahaja.

Saya balik ke kampung semalam, sempat merakamkan kembali gambar lama tergantung di dinding. Biarlah diabadikan dalam bentuk digital, lebih mudah disimpan dan lebih tahan lama.

Kepada pembaca berkesempatan membelek gambar lama keluarga, ada baiknya mengambil tindakan sama. Gambar lama ayah, emak, adik-beradik elok dirakam semula atau diimbas kembali. Biar pun gambar hitam putih namun kenangan tersirat dan tersurat tidak dapat diganti sekiranya musnah ditelan dek zaman.

Teringin benar saya satu hari nanti bersembang bersama cucu dan berkata ..

“Ini gambar tok masa umur 3 bulan ..”

3 ulasan:

  1. yer...yer...mazidul...aku kecik2 dulu pun meloncat masa nak amik gambar kat kedai....last2 lansung xder gambar aku masa kecik...ko xper gak....dapat gak di amik gambar....hehehe

    BalasPadam
  2. Sdr Mazidul,

    Gambar ini memang comel!!!, sebab itu orang kata jika nak cium bau syurga, cium bayi. Bayi ini masih suci bersih tak ada dosa macam kita. Maka itu kita memang tak puas mahu mencium bayi.

    Saya tak pernah tenguk gambar saya semasa bayi.

    Cumanya saya amat terkilan tak sempat nak diimbas kembali gambar Arwah Mak semasa mudanya. Saya pernah melihat gambar tersebut di rumah pusaka. Bila Arwah Emak meninggal ianya hilang entah ke mana. Emak saya memang ada darah Arab bercampur Minang. Cantiknya Arwah Emak semasa muda mengalahkan ratu.

    Memang betul jika ada digital kamera imbaslah kembali gambar-gambar lama. Ianya lebih kekal & abadi... simpan di cekera padat CD atau DVD.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.