Bayangkan, anda di bilik mayat, ahli keluarga meninggal dunia akibat serangan asma sewaktu tiba di hospital.
Ini kata doktor ..
“I want to do a post mortem, whatever it takes”
Doktor itu pula warga asing dari India, langsung tidak memahami budaya tempatan apatah lagi selok belok tuntutan agama Islam.Pada masa sama semua ahli keluarga berada dalam keadaan tertekan. Tetapi ada berbisik ..
“Arwah meninggal sebab asma. Tak boleh ke kalau tak payah post mortem? Bukan apa, siksa mayat”
Pasti kemudian ada di kalangan ahli keluarga bertanya ..
“Boleh ke?”
Jika kematian tidak membabitkan perlakuan jenayah, masih ramai menganggap doktor memiliki kata putus muktamad samada mayat perlu dibedah atau tidak. Sedangkan tanggapan itu tidak benar. Waris atau keluarga boleh menjadi antara penentu tindakan. Caranya? Biar saya jelaskan kepada anda semua.
Pergi ke balai polis terdekat dan buat satu laporan bertulis. Nyatakan dalam laporan itu, si mati meninggal akibat asma. Antara ayat perlu dicatat ..
‘Pihak keluarga bertaggungjawab sepenuhnya jika timbul sebarang persoalan berhubung kematian itu di masa akan datang’
Pihak polis mengkategorikan kes di bawah SDR, ‘sudden death report’ atau mati mengejut sekaligus pegawai penyiasat, IO dilantik. IO akan bertemu pihak hospital atau lebih spesifik doktor dan memaklumkan bedah siasat tidak perlu dilakukan. Maksudnya, keputusan itu hak polis bukan hak doktor. Sekaligus keluarga dibenarkan membawa pulang jenazah tanpa sebarang masalah.

Aduh..., ngeri sy baca artikel ni..
BalasPadamNauzubillah, kalau boleh semua rakyat malaysia harus di beri pendedahan ttg post mortem. Bukan utk masuk campur urusan hospital. Tp dah byk kali kes terjadi.. buat post mortem, proses jd lmbt. yg lain2 sy malas nak sebut... Fikirlah sendiri...!! Padahnya kalau tak tahu ini lah jdnya, kita akan rasa was-was samaada ianya boleh dilakukan atau pun tdk..
Maaf sy ckp, Pihak hospital kalau bleh semuanya nak dibuat post mortem dgn tujuan lain. Tp kt tak fikir seksanya keadaan mayat mcm mana.. Kalau diberi arahan dr pihak polis, itu lain cerita..
Terima kasih Mazidul kerana info yang berguna ini.
BalasPadamAssaamualaikum bang.
BalasPadampinta keizinan untuk saya copy paste artikel ini di blog saya.
(saya dah buat pun.he he.maaf ye bang)