Barangkali tidak silap jika saya catatkan di sini, sebahagian warga asing berhijrah ke negara kita samada secara sah atau sebaliknya gagal mengerti adat orang bertandang. Mereka bukan sahaja tidak menghormati tradisi tempatan malah terbabit dalam kegiatan jenayah terlampau.
“Helo! Cuma nak bagi tahu, ada dua penjenayah kena tembak mati dekat stesyen komuter Serendah. Polis tengah kepung lagi 4 orang sekarang ni,” kata pemanggil.
Jam tangan saya menunjukkan jam 5.53 minit pagi, 26 Ogos lalu.
“Indonesia?,” soal saya.
“Ya,” katanya jelas melalui telefon bimbit.
Lalu saya menghubungi jurukamera memaklumkan kes terbabit sebelum ke studio mengacarakan Malaysia Hari Ini pagi sama.
Dua ditembak mati, warga Indonesia dipercayai ahli Geng Mastika, kumpulan terbabit dalam 6 kes pecah rumah di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Tiga warga tempatan termasuk wanita berusia antara 20 dan 30 tahun bersubahat dalam kes sama turut ditahan polis.
25 Ogos lalu, dalam satu sidang akhbar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin memaklumkan polis menahan 10 lelaki warga Afrika dipercayai memerangkap wanita tempatan sebagai kurier pengedaran dadah antarabangsa.
“Untuk rekod, 60 rakyat Malaysia, 50% wanita menjadi mangsa sindiket dan majoriti daripada mereka penuntut institusi pengajian tinggi,” tambah beliau.
Ingin saya kongsikan fakta, penjenayah di negara kita bukan hanya berasal dari Indonesia dan Afrika malah pelbagai bangsa dunia. Warga Vietnam, Mnymar, Bangladesh tidak terkecuali.
Pandangan saya, kes jenayah seperti curi, samun dan rompak berlaku kerana desakan keinginan sesetengah manusia untuk hidup lebih senang berbanding sebelumnya secara segera. Tetapi tindakan itu tidak semestinya membuahkan hasil. Majoriti daripada penjenayah terbabit ditangkap atau ditembak mati. Nyawa jelas menjadi galang ganti. Maksudnya, ‘high risk, high profit’.
Bagaimanapun jika kita lihat, jenayah berlaku sekiranya wujud ruang dan peluang.
“Aku pergi bank, masukkan duit collection dulu!,” jerit pengurus stesyen minyak kepada anak buahnya.
Saya menganggap perbuatan itu tidak bijak. Tanpa disedari dia mengujudkan ruang penjenayah mendengar kenyataannya, sekaligus peluang dia disamun tercipta. Terburuk, dia mungkin kehilangan nyawa akibat tindakan sama.
Secara peribadi, saya berasa amat gembira apabila Perdana Menteri mengistiharkan 23 Ogos, Hari Mencegah Jenayah setiap tahun. Hari kita semua mengingatkan diri dan keluarga, jangan cipta ruang dan peluang mengundang jenayah berlaku.

kenapa begitu orang ramai asing datang ke Malaysia? kenapa begitu mudah orang Malaysia menerima mereka? kenapa ada orang yang menjadi agen membawa kemasukan orang asing? kenapa pihak berkuasa ambil mudah/ enteng dengan pendatang? kenapa ada gadis melayu yang tergila-gilakan orang asing?SEBAB MALAYSIA TERLALU BAIK DAN BODOH....TIDAK FIKIR MASA DEPAN, KESAN DAN AKIBAT, BURUK DAN BAIK....
BalasPadamkenapa org asing suka kerja kat sini? coz kerajaan bagi mcm2 keistimewaan kat diorg...skang kita tertindas..diorg plak yg mcm bagus jer..kat kuantan ni dah jadi cam mini indon plak kalo hari minggu..kita plak agung2kan drama, lagu org luar..sape salah sebenrnya skang???
BalasPadamsy setuju dgn komen di atas..
BalasPadamdasar malaysia terlalu baik dgn org asing... yg jd mangsanya anak bangsa kita sendiri
siapa yg dirogol? disamun? dirompak? dibunuh? - warga malaysia
siapa penjenayahnya? org yg kita byr.. org yg kita gaji..
nah...
nk buat baik pn biarlah berpada...
saudara mazidul.
BalasPadamjika berpeluang datang ke sarawak, saya ingin saudara mazidul berkunjung ke kawasan pembalakan disekitar Bakun. Di sana banyaknya pendatang asing tanpa permit yang bekerja di dlam estet sawit dan pembalakan. Saya pernah bertemu mereka. Mereka juga menyatakan tidak puashati bekerja di sana, dan pada pendapat saya, lebih baik mereka kembali ke tanah air. Tetapi malangnya, kebanyakkan mereka melarikan diri bukan ke negara asalnya, tetapi ke pusat2 bandar di Malaysia, untuk mencari kerja yang lebih setimpal (kononnya). Akhirnya, mereka jugalah dalang penjenayahan kerana keadaannya tetap sama.