Selasa, Ogos 19, 2008

Kerenah Pembantu Rumah

Suami isteri bekerja, anak ramai sekaligus khidmat pembantu rumah menjadi kemestian.

“Risau betul la, maid aku tu muda sangat, baru 18 tahun. Keluar bilik air selalu berkemban, dia buat macam kat rumah dia di Indonesia kut. Ish! Silap silap laki aku disambarnya. Kalau ambil maid tu, kang banyak penyakit pula. Elok elok dia jaga kita, kita pula kena jaga dia”

Antara rungutan biasa kita dengar.

“Maid aku tu lagi ‘special’. Dia cakap, dia tak nak gosok baju sebab tak tahu nak guna iron. Tak nak basuh baju sebab tak pandai nak guna washing machine. Boleh dia cakap kata aku, bayar dia separuh gaji dah la, cukup”

“Mula mula tu dia ok, kemudian bila dah enam bulan kerja start buat perangai. Jantan mana entah di bawanya masuk ke rumah. Siap ‘guna’ bilik aku lagi. Anak dia tinggal kat living room menangis. Sakit hati betul. Ni maid baru tak tahu lagi perangai macamana”

Malangnya majikan sebegitu. Mengeluarkan wang ribuan ringgit dan kemudian terpaksa berhadapan dengan pelbagai ‘pekej’ pembantu rumah. Gadis maupun wanita warga tempatan diketahui lebih selesa bekerja di kilang atau di gedung membeli belah. Pulangan lebih lumayan dan tidak terkongkong dengan aktiviti di rumah.

Perlukah pembantu rumah atau tidak?

6 ulasan:

  1. Haa..tie pernah jadi maid masa lepas grad dulu, masa tu memang susah nak dapat kerja.. Sebenarnya kalau maid tu benar2 jujur tentu tak kan jadi masaalah. Hati mesti ikhlas dan amanah.
    Majikan tak seharusnya memberi peluang untuk maid buat sesuka hati, pintu bilik mestilah berkunci, dan jangan terlalu percaya pada maid. Tie baru mula diambil bekerja tetapi majikan tie tak langsung merasa bimbang, disuruh tie urus biliknya dan keseluruhan rumah tika mereka tiada. Mereka sungguh cuai walaupun berpendidikan tinggi..Mujurlah tie ni bukan jenis panjang tangan(eh puji diri sendiri lak..)
    Oleh kerana majikan tie dulu ada seorang anak teruna , tie rasa tak selesa ..kerana terpaksa buat minuman untuknya setiap petang(dia sorang lak tu...)Jadi sebelum terjadi apa2 yg tak sepatutnya, cepat2 tie cabut je.. Itulah pengalaman yang tak dapat tie lupakan..lebih 20 tahun yang lalu...
    Tie ada cerita kisahnya dalam blog tie..Memori

    BalasPadam
  2. Oh lupa nak jawab soalan tu... Sebenarnya kalau daycare untuk anak-anak termasuk yg bersekolah tu cukup, tentu lebih elok . Tak perlu maid ni..Kerja rumah dah tentu tanggungjawab isteri dan suami (kena tolonglah sikit)..Barulah anak2 tu lebih menghargai ibubapa mereka..Mungkin pusat penjagaan anak2 perlu diberi galakan untuk memberi perkhidmatan yang lebih menyeluruh, dari anak2 kecil hinggalah yang bersekolah..(sediakan kelas mengaji,tuition,atau adakan perkhidmatan untuk hantar mereka ke sana)

    BalasPadam
  3. perlu atau tidak pembantu rumah ni bergantung kpd keperluan. setakat ni alhamdulliah pembantu rumah saya tidak bnyk menimbulkan masalah. rumah dn anak2 terjaga dgn baik. cuma kita ni kena hati2. x boleh baik sgt dn x boleh layan sgt kerenah2 dia.

    BalasPadam
  4. ye la. betul.jadi antara trauma kepada semua majikan yang hendak mengambil pembantu rumah. Ini memang perbincangan tipikal antara semua.

    BalasPadam
  5. perlu maid or tidak .. tu depend dengan saiz rumah .. kalau rumah mewah .. *byk duit* mestilah dorang amek maid ..

    kalau maid sampai bawak laki masuk rumah .. alahai .. mmg nak kena la tu .. bahaya gak maid ni .. huuhuhuhuuhuhuu!

    BalasPadam
  6. susah nak cari bibik yang betul2 ikhlas buat kerja... depan selalu nampak ok... tapi mungkin ada yang ok daripada banyak yang tak ok...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.