Rabu, Ogos 20, 2008

Koloni

[ Kononnya pelajar kolej .. ]

Warga berkulit hitam, lebih senang digelar ‘black’. Majoriti mereka berasal dari Afrika. Kini kelibat mereka boleh dilihat di pelbagai lokasi. Di bandaraya atau di kawasan perumahan. Majoriti mereka mendiami flat kos rendah, tinggal menyewa bersama masyarakat tempatan. Masyarakat kita pada hakikatnya sudah lama menghormati ‘orang luar’ tanpa mengira warna kulit, bangsa maupun ugama. Tetapi kehadiran black di negara ini kini mula kurang disenangi terutama mereka berjantina lelaki.

“Dia orang ni bau badan dia kuat sangat. Lepas tu kalau tengok perempuan, mesti macam nak telan. Tenung atas bawah. Tak berani nak naik lif sama dengan dia orang, takut,” keluh wanita saya temui di Kepong, Selangor.

“We feel insulted, the ladies always ran away whenever they see us,” komen lelaki black.

Saya fikir, wanita atau gadis tempatan bukan lari tetapi muak dan mual melihat perangai maupun perlakuan lelaki black. Lirik mata mereka kerap dianggap gangguan seksual. Tindakan segelintir mereka sesungguhnya menjijikkan.

“Baik baik lah kalau berselisih dengan dia orang especially bila ramai. Suka sangat meraba. Kalau dia tegur, kita tak jawab, mula lah dia ikut kita,” satu lagi komen berbentuk aduan dilontarkan kepada saya.

Malah bukan itu sahaja, terbaru akhbar melaporkan mengenai kewujudan ‘Mini Afrika’ di Ampang, Selangor. Masyarakat sekeliling merungut, pengunjung premis majoriti black diapor seringkali mabuk dan berbuat bising sekaligus mengganggu ketenteraman awam. Restoran milik siapa? Dilapor didaftarkan atas nama wanita warga tempatan, isteri black. Jika benar maklumat itu, maksudnya restoran terbabit beroperasi secara sah dan sama sekali tidak bercanggah dengan undang undang.

Jika kita analisa menggunakan logik akal, sebelum ini perkara sama sudah lama berlaku dan berlarutan. Warga asing antaranya dari Bangladesh dan Indonesia kita sedari atau tidak sentiasa mengintai peluang mengahwini wanita tempatan. ‘Lesen’ sebagai suami sekaligus membuka ruang mereka berniaga di negara kita secara sah. Modus operandi diketahui umum. Akhirnya, kawasan perniagaan tertentu dimonopoli mereka, kesannya peniaga tempatan terpinggir.

Buktinya, lihat saja beberapa kawasan dilabel sebagai ‘Mini Jakarta’, ‘Mini Mynmar’ dan ‘Mini Kemboja’. Berbeza pada nama tetapi senario tetap sama. Peniaga tempatan bertukar status, asing di negara sendiri. Lebih dahsyat, lihat sahaja Pasar Borong Selayang, Selangor.

“Saya terlanggar bakul sayur, memang tak sengaja sebab dietakkan di tepi jalan bukan tempat berniaga. Lelaki Mynmar tu datang ke tingkap kereta dan ugut saya dengan pisau pemotong daging,” antara komen wanita tempatan dicatatkan dalam laporan akhbar baru baru ini.

Tanyalah pihak berkuasa, komen mereka tetap konsisten ..

“Kita jalankan operasi secara berterusan. Sukar memberkas mereka (warga asing tanpa dokumen) kerana pasar terbabit terletak antara sempadan dua negeri, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bila kita cuba tahan mereka akan melarikan diri ke sebelah satu lagi”

Saya secara peribadi lama bosan membaca atau mendengar komen sama diungkapkan berulangkali. Mengapa tidak dilaksanakan operasi bersepadu, benar benar ‘bersepadu’. Maksudnya, gabungkan Pasukan Polis Di Raja Malaysia, RELA dan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan dari kedua negeri dalam jumlah ramai, dua ratus dianggarkan lebih daripada mencukupi. Lalu diatur strategi kemas mengepung pasar terbabit pada waktu puncak, serbu dan tangkap kesemua peniaga pendatang haram. Lakukan berulangkali. Saya pasti ‘taring’ mereka pasti patah. Jika tidak mereka akan terus gah bermaharaja lela memandang lekeh masyarakat tempatan dan pihak berkuasa negara ini.

Mereka itu bagai lebah. Membina koloni tanpa disedari. Berkoloni membuatkan mereka lebih ‘kuat’ lalu seringkali melanggar undang undang.

Berbalik kepada warga black. Damansara Damai, Ampang dan Kepong di Selangor serta Bukit Bintang, Kuala Lumpur dikenalpasti dijadikan ‘kampung’ mereka. Mereka juga bagai lebah, sedang membina koloni.

Persoalannya, adakah kita redha dengan perkembangan terbaru ini?

9 ulasan:

  1. first.. tak semua black man from afrika or mane2 tempat berperangai tak senonoh seperti yang diperkatakan .. tak semua laa..

    isu camni pernah gak dipersoalkan .. tapi sejauh mana tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa? sekejap jer... macam, esok hujan .. cendawan tumbuh balik ..
    *camtu ke?? hehehe*

    huuu! kawasan2 yang dinyatakan tu mmg kawasan teruk dan sesak dengan pelbagai ragam manusia .. huuuuu!

    BalasPadam
  2. Tak tahulah apa yang dah jadi dgn pihak yang bertanggungjawab sekarang..memang terlalu ramai orang asing hingga membuatkan kami rakyat Malaysia sendiri merasa tidak selesa.

    Pihak media harus lebih aktif memainkan peranan dlm usaha menyedarkan kerajaan. Bangsa 'black' memang antara orang asing yang menakutkan. Mungkin 360 dapat merungkaikan keresahan masyarakat tempatan.

    BalasPadam
  3. “Kita jalankan operasi secara berterusan. Sukar memberkas mereka (warga asing tanpa dokumen) kerana pasar terbabit terletak antara sempadan dua negeri, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bila kita cuba tahan mereka akan melarikan diri ke sebealah satu lagi”

    Pihak berkuasa tempatan makan gaji buta...
    Pemalas.

    BalasPadam
  4. ee...if abg mazidul nak tau, saya selalu kena kacau dengan diaorg if saya keluar jalan sorang2 or dgn kawan pompuan...
    takut tu tak payah cite la..
    diaorg nie kan suka pompuan yg badan berisi so, saya salah seorg yg dlm kategori tu..
    aduss...nak muntah dah tengok diaorg...
    if boley, antar la diaorg nie balik ke negara diaorg semula...
    sakit mata tengok diaorg...

    BalasPadam
  5. Salam bro, Hebat artikel kali ini... Yang terkilannya bagaimana depa buleh masuk negara kita kalau pihak berkuasa buat kerja? Harap pihak berkuasa yang berkaitan ambil perhatian mengenai isu terbabit dan jalankan tugas anda dengan penuh amanah... Wallahualam..

    BalasPadam
  6. setuju dengan tie.. sewajarnya pihak media beri pendedahan besar-besaran untuk isu ini.. siarkan di buletin utama 3 hari berturut2.. cuba minta pendapat dari majlis perbandaran.. tanya tindakan mereka.. pasti ada keberkesanannya..

    BalasPadam
  7. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Kerajaan kini kena lakukan sesuatu untuk atasi masalah ini. Kalau tidak, rakyat akan mengajar buat kali kedua dan terus jadi pembangkang.

    abe MIE pun tinggal berjiran dengan pendatang asing-15 tahun diaorang tinggal sana. anak mereka dapat i.c dan 'berbangsa melayu' tapi mereka masih berlagak tinggal macam di indonesia.

    BalasPadam
  8. Patut ambil tindakan pada orang2 asing yg membina perniagaan merkea di sini. Bukannya dengki tapi seharusnya pada peniaga2 tempatan yg mengalibabakan perniagaan mereka sepatutnya ditarik lesennya. Cuba tgk apa dah jadi dgn Chow kit & Kg. Pandan?...pada nama memang didalam negeri Malaysia tapi kebanyakkan peniaganya?....semuanya indonesia. Berbalik pada Mat Gelap ni...ianya dah mula menjadi suatu duri dalam kehidupan kita terutama bagi bangsa Melayu dimana sasaran Mat2 ni adalah wanita2 Melayu & masaalahnya pula bila mereka berpacaran tak ingat dunia seolah dunia ni dia yg punya..itu yg menyebabkan macam2 kejadian terjadi ada antaranya kes rogol,pukul & bunuh diri. Yang menjadi mangsa kebanyakkannya org2 Malaysia. Mereka ni datang ke Malysia berlagak macam orang banyak duit padahal menipu je lebih. Kalau cik Mazidul datang ketempat saya bolih tgk keadaan persekitaran rumah saya yg dipenuhi dgn mat2 gelap ni selain mat & minah indon serta mat bangla. Macam2 hal diaorang lakukan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.