Isnin, Ogos 18, 2008

Huh! Hilang?

[ Orbs ]

“Lepas mahgrib kita pergi balik ke tapak pembinaan belakang sekolah tu, ambil gambar masa gelap,” ujar saya kepada wartawan 360, Harris dan jurukamera, Nong.

Mereka bersetuju.

Tepat jam 7.40 dari gerai tempat minum kami menaiki kereta menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

“Terus jer ke tempat tu. Ambil gambar kejap kita blah,” kata saya.

Tanpa berlengah kami bertiga keluar dari kereta. Saya mengambil gambar menggunakan kamera digital secepat mungkin. Hari bertambah gelap, hati bertambah gusar.

“Puh! Banyak,” kata saya kepada mereka.

Ribuan Orbs saya rakamkan di bahagian atas bumbung sekolah dan di hutan berhampiran. Sesetengah besar, sesetengah kecil. Nong sibuk merakamkan visual kawasan berhampiran pagar sekolah. Hampir sepuluh minit di lokasi, Harris bersuara.

“Nampak tak?,” tanya Harris.

“Jom bang, blah,” ajak Nong sambil tergesa-gesa masuk ke kereta.

“Kejap ya, nak ambil gambar sikit lagi,” balas saya.

Klik! Klik!

Saya melangkah ke kereta. Mereka berdua senyap dan kelihatan gugup. Nong terus memandu, deras.

“Engkau nampak tak apa aku nampak tadi Ris? Rasanya aku rekod, dapat gambar tu on camera,” bisik Nong kepada Harris.

“Nampak,” balas Harris ringkas.

“Memang aku dapat rakam, benda tu stay kejap, dua tiga saat lepas tu hilang,” kata Nong lebih yakin.

Harris duduk di belakang melihat semula visual dirakamkan jurukamera 360 itu.

“Benda tu macam intai kita tadi,” komen Harris.

Saya kemudian melihat visual mereka maksudkan. Satu objek putih berbentuk bujur, bukan orbs di sebalik dinding zing berhampiran pagar sekolah kelihatan jelas kemudian menghilang sekelip mata.

Apakah objek itu?

Sama sama kita saksikan dalam 360 minggu ini.

8 ulasan:

  1. Salam mazidul..lama tie tak komen ni..Ooo..gambar apa lak tu..hantu ke... eh hantu boleh diambil gambar ke..wah kalau betul best juga..nak tengok ni...

    BalasPadam
  2. Banyaknya orbs.
    Selalunya tempat yang "keras" memang banyak orbs dapat dirakam oleh kamera.

    BalasPadam
  3. mane2 sekolah pun ada mende camni .. kenape ek? hurmm ...

    BalasPadam
  4. saya pun pernah snap gambar kluar benda bulat2 tu...cuba en mazidul ke blog saya...lagi jelas benda misteri bulat2 tu...
    blog saya www.alonglyen.blogspot.com

    BalasPadam
  5. http://www.aidilangelo.com

    dakjaat,
    Kadang2 pembukaan sekolah pada dahulu kala di atas kawasan yg belum diteroka. Jadi tidak mustahil kawasan yg sudah lama "berpenghuni" ini mengalami kejutan dengan segala "pembinaan" baru.

    Tidak dinafikan sesetengah cerita2 ini direka namun tujuannye untuk menjadikan pelajar2 menjaga budi pekerti mereka. (mcm pantang xelok memotong kuku malam2)

    Pengamal perubatan tradisional dan guru2 agama sendiri mengkui kewujudan makhluk2 ini. Namun kebanyakan masyarakat kita lebih takutkan pantang larang berbanding adab dan adat yang dilampirkan bersama agama yang dianuti selama ini.

    Sekadar berkongsi.

    BalasPadam
  6. ermm..kadang2 gmbr tu dr pantulan cahaya flash camera..debu2 yang dituip angin..bukan nk kata xpercaya..cuma kadang2 kena fikir gak dr sudut yang lain..

    BalasPadam
  7. semalam operasi 3 org yg mempunyai berbeza pendapat.seorang PEMBAWA,pakar camera dan si baju kelabu...
    3 cubaan dr 3 otak manuasia yg agak limited info about orbs.
    Full camera equipment ini termasuk camera cleaner.
    3 kawasan ,tempat gelap sunyi,gelap separa sunyi,gelap superb punye bising..
    3 shots per angle dengan 3 frame gambar yg buat aku pening kepala kejap.total gambar aku ambik 33 shots yg boleh dipakai sepanjang 3 jam...
    biasanya orang akan fikirkan tempat sunyi dan gelap amat menakutkan,semalam everything was twisted for me
    abmik camera dan cuba...

    BalasPadam
  8. orbs...apa itu orbs? hantu? atau air yang berada di udara? kalau click orbs dan cari di internet..macam macam jawapan yang anda boleh terima...tetapi..pengalaman saya bersama saudara baru yang sanggup membawa kami dan menunjukkan serta mengambil gambar...SubhanAllah...itu saja yang mampu saya katakan... ;)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.