Jumaat, Ogos 29, 2008

Tiub Getah Warna Merah

Setakat ini tiada peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan berhubung waktu operasi kafe siber, CC di seluruh negara.

“Tengah bincang,” komen diutarakan.

Maka berduyun-duyun pengusaha CC mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Jika sehari ada 25 jam, CC akan dibuka 25 jam. Itu maksudnya.

“Tak payah risau la. Budak-budak tu bukan buat apa pun kat CC tu. Habis kuat main game. Letih main dia orang belajar komputer la tu,” tanggapan ibu tinggal di flat kos rendah di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Saya amat yakin ibu itu langsung tidak menyedari secara terperinci perkhidmatan ditawarkan majoriti CC. Barangkali dia tidak punyai masa untuk mengambil tahu ‘games’ boleh ‘dipelajari’ anaknya di premis terletak berhampiran rumahnya. Maklumlah, dia sibuk menguruskan rumahtangga bersesuaian jawatannya sebagai suri rumah. Suami pula sibuk bekerja mencari rezeki menampung perbelanjaan harian keluarga.

“Jom la. Best oooo,” bisik anak kepada rakan hampir sebaya, 8 tahun.

Kafe siber kini pada dasarnya menawarkan khidmat pelanggan melayari internet sebagai asas perniagaan. Maksudnya, anak terbabit tanpa kawalan mampu melayari laman web secara bebas termasuk laman web lucah akibat sikap majoriti pengusaha tidak ambil kisah, asalkan untung. Justeru ramai pelajar berpakaian seragam sekolah kerap dilihat menjadikan CC sebagai ‘meeting point’. Ada merokok, bertemu teman lelaki atau wanita maupun sekadar melepak mengabiskan waktu terluang.

Sebelum ini caj dikenakan lebih mahal, purata RM5 sejam. Kini kadar perkhidmatan murah.

“Saya simpan duit belanja mak bagi tiap-tiap hari. Kat sekolah tak makan sangat. Sejam kat CC baru seringgit,” antara komen pelajar.

Kebanyakan daripada CC kini beroperasi 24 jam sehari. Tiada pihak mampu menghalang kerana ketiadaan peruntukan undang-undang. Pengusaha CC tersengeh gembira tanpa memikirkan kesan tindakan mereka kepada anak bangsa.

“Kita tak paksa orang datang. Kalau dah datang, takkan nak halau kut. Budak sekolah masuk kita bagi warning, jangan masuk laman web lucah. Tapi kalau dah 24 jam, siapa larat nak monitor. Saya pekerja aje, bukan taukeh,” kata pekerja Melayu berusia 18 tahun saya temui.

Lebih menyedihkan ramai pengunjung, kecil atau remaja datang ke CC hanya sekadar bermain pelbagai softwares disediakan pihak pengusaha. Aktiviti jelas menjurus ke arah pembaziran wang dan masa.

“Kalau nak main game tembak-tembak, nak jadi ‘kuat’ boleh beli program, siap ada 'shield' lagi. Harga sampai dua ratus ringgit pun ada,” antara kenyataan remaja saya temubual.

Masyarakat tidak menolak kemudahan maklumat di hujung jari jika tidak disalahgunakan. Cuma kita bimbang jika anak kita mencerap informasi tidak bersesuaian. Sehingga kini hakikatnya tiada pihak mampu memantau aktivit pengunjung CC secara terperinci berikutan bilangan CC seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Kanak-kanak dan remaja sekarang jauh lebih bijak dalam penggunaan komputer. Mereka menimba ilmu daripada kenalan dan rakan, jarang merujuk golongan lebih dewasa. Contohnya, rata-rata mereka mahir mengenai ‘You Tube’. Tidak mustahil jika mereka turut melayari ‘Red Tube’. Siapa mampu melarang?

Jangan suatu hari nanti, jika ibu atau bapa bertanya kepada anak ..

“Apa Red Tube tu Man?”

Man menjawab ..

“Alah, tiub getah warna merah!”

5 ulasan:

  1. Dalam isu tiub getah warna merah ni, sememang ada benarnya apa yg cik mazidul katakan. Anak2 secara bebas melayari ruangan2 yg tak sepatutnya didalam internet & bagi toke2 CC ni yg penting untung & bila ada operasi baru kelam kabut. Yang mak bapaknya fikir anak dapat kemajuan ngn melayari internet, ialah nak beli PC tak mampu mahal sgt walaupun dah ada skim ansuran tapi masih memberikan duit belanja bagi anak2 ni mengunjungi CC. Kekadang sebagi ibubapa ni, masaalh ni amat merumitkan mereka, ye lah bila teknologi dah berkembang anak2 kena dilayan karenahnya kalau tak mundur pula....dilayan atau tak layan karenah anak ni, tetap sianak akan bertindak diluar jangkaan. Orang kata pucuk pangkal didikan keluarga tapi kalau cukup didikan keluarga tetap juga sianak bertindak demikian macamana? Zaman dulu tak ada CC ni anak2 begitu aktif dengan kerja2 'kreatifnya' macam main layang, cari ikan laga, lawan spider dll lagi. Seeloknya CC ni dikhususkan untuk student2 U saja yg melepasi akil baligh & dibuatkan undang2 yg ketat dgn mengenakan denda yg begitu tinggi pada toke2 CC ni yg melanggar peraturan.

    BalasPadam
  2. saya rasa macam tak relevan jer isu ni didedahkan.. bukannya apa, secara tidak langsung, ianya seperti 'memberitahu' kepada golongan yang 'tidak tahu' seperti saya ini.. bayangkan kalau ada lagi 100 orang yang 'tidak tahu' turut membaca blog ni.. maka bertambahlah peminat red tube ni....

    BalasPadam
  3. tiub yang berwarna merah..??kenapa tiada tindakan menghalang penguna internet malaysia dari access ke laman web "tiub merah". sedangkan laman web perlaburan internet pula dibuat begitu.. masing2 juga mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat..

    p/s- mana lebih teruk..kesan pada duit poket atau pemikiran masyarakat

    BalasPadam
  4. Nurdaniella, ish! Kalau tak dibagi tau pun, ramai 'terjumpa' dan berkongsi sesama mereka ..

    BalasPadam
  5. adoi blur saya dibuatnya pasal red tube tuh.. tp ini realiti saya tgk dengan bijik mata saya.. Msa tu saya masuk CC dengan bf saya nak buat assignment. Dalam CC tu ade satu bilik khas (dinding berkaca). Saya terpandang ke arah bilik khas tu yg kebetulan belakang saya. Haihh mengucap panjang ternampak chinese boy lingkungan usia belasan tahun buka video lucah.. Full screen! Rasa cam sial hidup saya seharian tuh.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.