Isnin, Ogos 18, 2008

Mawar Merah

Berikan wanita sekuntum mawar merah, mereka akan berasa gembira. Apatah lagi jika mereka dihulurkan sejambangan bunga jenis sama, majoriti mereka melonjak ceria. Bunga, seringkali dihadiahkan lelaki kepada wanita pada pelbagai hari istimewa. Ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan atau semasa hari teruna cuba memikat hati si dara.

“Dapat mana bunga kering tu?,” tanya saya.

“Itu boyfriend I bagi. Lepas layu, I keringkan la. Boleh simpan,” jawab rakan.

Berikan sekuntum mau pun sejambangan mawar merah kepada lelaki. Diterima dengan senyuman tetapi mungkin kemudiannya akan dilemparkan ke tong sampah.

Mengapa ya?

2 ulasan:

  1. Mungkin jugak lelaki tak tau menghargai bunga ataupun tak macho bg dia terima bunga tersebut..lain cam perempuan ..memang teramat sukakan bunga..kalau kita la..kita memang suka bunga mawar...tp jarang blh dapat...huhuhu

    BalasPadam
  2. bunga suatu yang indah, tapi semestinya tidak akan tahan lama... begitu juga segala keindahan sementara di dunia ini yang dicipta Tuhan Yang Maha Indah (Al-Badi')...
    suara hati manusia memang menyukai keindahan kerana suara hati manusia bersumberkan asmaul husna ;)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.