"Di sini ada tiga entiti.  Pertama, 2 bulan lalu saya ternampak, entiti merangkak di jalan masuk ke  tapak pembinaan ini. Bukan macam manusia, kedudukan badan bergerak  macam katak tetapi tidak berkulit, tubuh kelihatan berdarah. Kedua,  entiti seperti perempuan, jalan terhenjut-henjut macam dia membawa  sesuatu dan ketiga, entiti tinggi macam galah, seperti buluh pun ada.  Kejadian itu berlaku Khamis malam Jumaat lalu. Pekerja Bangladesh  kencing di tapak pembinaan ini, saya berdiri lebih kurang 10 meter dari  dia. Sebaik habis kencing, dia tiba-tiba mendongak. Saya ternampak  entiti tinggi kira-kira 5 meter dari lokasi saya berdiri. Ketingian  entiti itu saya anggarkan separuh ketinggian pokok di hadapan itu.  Pekerja itu kemudian kelihatan amat takut, cabut lari masuk ke dalam  rumah. Dia tidak sedarkan diri hampir sehari," ujar 'Samad', bukan nama  sebenar.
SMTI
BalasPadam