Rabu, Januari 28, 2009

Tiket Ke Neraka

“Betul ke perempuan mudah masuk neraka?,” tanya rakan kepada ustaz.

“Perempuan ni nak masuk syurga senang, masuk nerakapun senang,” balas ustaz.

“Macamana tu?”

“Kalau dia taat kepada suami dan mengikut perintah Allah S.W.T, dijamin syurga untuk dia. Bila engkar, contohnya lah, malam suami minta isteri bancuh air. Isteri tak nak, mengemukakan pelbagai alasan. Terguris hati suami, pergi dia ke dapur bancuh sendiri, masam muka dia. Malaikat akan laknat isteri tu dari waktu dia mula tidur sampailah subuh esoknya. Kalau dia mati sebelum sempat minta maaf? Itu tiket dia masuk neraka,” jelas ustaz.

“Tapi suami jangan pula gunakan kelemahan isteri, maafkan kesilapan dia,” tambah ustaz lagi.

19 ulasan:

  1. He he...

    Bila difikir2 kan memang beruntung jadi isteri ni...memang mudah masuk syurga..

    Layan je suami dengan penuh kasih sayang...

    Cuma yang menjadi masalah sekarang dalam mendidik anak2.. yang tak dengar kata tu buat ibu2 ni susah hati...kot2 kerana perbuatan anak ibu ter..masuk dlm neraka..hu hu..(oops..lari dari topik pulak!)

    BalasPadam
  2. Besar sungguh tanggungjawab seorang suami kan encik? Tapi, kenapa ada suami yang sengaja mengabaikan tanggungjawab tersebut dan bagi alasan, "Ai aku suami, aku ketua rumah?" "Semua kerja biaq bini yang buat."

    BalasPadam
  3. Salah satu wasiat baginda Rasullullah SAW yang disampaikan melalui khutbah Wida' iaitu :

    Agar kita mengawasi dan memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. Tugas dan tanggungjawab ini, ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ini dijelaskan sebagaimana petikan sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

    "Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah." (R. Muslim)

    Asas kejadian kaum lelaki, dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, pemalu dan tidak agresif. Dari mereka lebih banyak dipengaruhi emosi dan sebagainya. Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah
    menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.

    Firman Allah:

    Yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa'": 34

    BalasPadam
  4. yg x bg nafkah tu, dh tau x de duit, xnk krje. mls. krje duk mrokok je. bakar duit btulla. pstu mnghrp kat bini. bini plak dh pencen. ble bini x dpt bg duit, mule la nk mlnting. smpi x balik umh. bile bini ad duit, baru dtg balik, buat ayat manis, bla..bla.. yg isteri tu pun bg je. hishh! lembut hati sunggoh! kte yg mndgr ni rse geram! penat pun ad. nk pekakkn tlinge, x smpi hati lak.

    BalasPadam
  5. Islam secara jelasnya mempertahankan hak kaum Hawa serta memberikan pelbagai kelebihan pada mereka..
    Agaknya sebab tulah ramai lelaki nak jadi perempuan kot?.. Kehkehkeh..

    Besar sungguh keistimewaan yang diberikan Tuhan kepada hambanya yang bergelar kaum Hawa ni..!! Merekalah yang paling senang memasuki syurga.. Tapi mereka juga adalah golongan yang paling ramai dilihat di neraka (dari syarahan seorang ustaz..)

    Mengapa?..

    Sebab ramai isteri-isteri zaman sekarang ni saya lihat suka bertindak tanpa izin suami.. Ramai yang mengaku baik tapi perkara asas seperti bertudung pun ditolak tepi..(pemimpin wanita pun tayang rambut, macammanalah orang bawahan tak ikut..!!)

    Tapi sang lelaki pula perlu memainkan peranan.. Bukan setakat menyalahkan tanpa membantu..!! Nasihatkan jika dia mahu mendengar.. Pukullah pada telapak kaki jika dia ingkar.. Tapi jangan pukul separuh nyawa..!! Itu zalim namanya..

    Pada wanita, taatlah pada suami biarpun suami itu seburuk-buruk kelakuan..

    Pada lelaki, hormatilah para isteri-isteri anda kerana isteri itu adalah anugerah dari-Nya..!! Sesungguhnya wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah juga sebaliknya..

    Salam..

    BalasPadam
  6. salam saudara,
    Tapi kalau isteri ambil kesempatan dari kelemahan suami bagaimana pula ya? Yg penting masing2 perlu tahu tanggungjawab sendiri dan perlu bertolak ansur dalam segala hal... Insyaallah selamat dunia akhirat

    BalasPadam
  7. bukan senang tanggung jawab suami & isteri ni..

    kawen mmg mudahkan..sign jek atau larik gi sempadan :p

    *pemerhatian saya..kalo suami pandai menjadi pemimpin insyaALLAH semua jadi berkat.wallahualam

    BalasPadam
  8. Tie, beruntungnya perempuan berhak mendidik anak2. Sebab itu 'syurga di bawah tapak kaki ibu'. Biarpun ayah tetap sama mendidik

    BalasPadam
  9. Askm

    Tahniah yg bergelar Isteri, Ibu dan kaum hawa.

    Jangan lepaskan peluang yg tersedia.. Rebut, jgn terlepas..

    Taat kpd suami, jaga rahsia dan keaipan suami dan keluarga serta membantu menjaga anak-anak dalam membina keluarga bahagia yang berjaya.

    Isteri perlu taat selagi arahan tidak kearah kemungkaran dan kemaksiatan.

    BalasPadam
  10. syurga isteri mamang di bawah tapak kaki suami. Perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki. Untuk berjumpa syurga memang memerlukan sifat sabar yang paling tinggi. tambah-tambah yg hidup bermadu. Payung emas telah menunggu...

    BalasPadam
  11. isteri kena patuh suami..
    suami kena patut ibu..
    sama2 kena membimbing dan beringat..
    isteri buat dosa,suami tanggung..
    anak buat dosa,suami tanggung..
    so suami,lu pikir la sendirikk..

    no comment..
    (xkawen lg hehehh...:P)

    BalasPadam
  12. Kalau sama2 saling memahami...bertolak ansur + tahu hukum hakam berumah tangga + lebihkan ilmu AGAMA.. inshallah......

    Suami ponk penting !!!
    Isteri ponk penting!!!!

    Tak yahlahh...yg laki dok salahkan pompuan....
    Yang pompuan dok salahkan lelaki....

    Sama jer tempat kat NERAKA
    Kalau sama2 saling buat benda2 yang tak elok!!!

    BalasPadam
  13. Apabila Rasulullah S.A.W menyebut mengenai kaum wanita lebih banyak menjadi penghuni neraka, maka menjadi tanggungjawab ketua keluarga suami atau bapa mengambil berat mengenai tarbiyah anak2 termasuk anak2 perempuan.

    Kaum lelaki sebagai ketua keluarga sudah pasti tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab itu. Sekiranya wanita terdiri daripada isteri dan anak2 perempuan tidak terdidik dengan agama, ketua keluarga terlebih dahulu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat.

    Justeru kaum lelaki yang di sebut di sebut dalam al Quran sebagai Qauwamuna A'lan Nisa" iaitu kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita, pasti akan menerima akibat buruk di akhirat sekiranya mereka tidak melaksanakan tanggung jawabnya sehingga ramai orang2 yang di bawah tanggungjawabnya tidak terdidik dengan menghayati cara hidup islam. Wallahuaalam.
    di petik dari buku "Bertemu Janji Allah Siri 2" yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat.

    BalasPadam
  14. untung yerr jika dapat suami pemAAF..
    ...HALAL HALAL apaapa salah isteri..

    BalasPadam
  15. beruntung para isteri2 ni kan...yg penting kedua2 belah pihak kena lah ada sifat tanggungjawab dan bertolak ansur...barulah kurang orang perempuan & lelaki ke neraka...hhmm..tanggungjawab suami isteri ni bknnya mudah...kena sama2 pikul tanggungjawab...

    kdg2 heran jgk kan..lelaki nih..tk semua lah...alkisahnya, ada yg lebih suka tgk isteri tk bertudung dr bertudung..alasan..bila tk bertudung isteri lagi nmpak tua..bila bertudung isteri nmpk muda..(hehehe..ini masalah lelaki tua kawen isteri muda) pelik kan...dosa sendiri tanggunglah erk..yg peliknya..si isteri tu pun sker suami tanggung dosa...pelik...pelik...

    BalasPadam
  16. Sbagai umat ISLAM .. drp duk mncongak sape yg msuk neraka.. alangkah moleknya klau dpt blaja dr ksilapan .. prtingkatkan ibadah & iman ..

    BalasPadam
  17. setuju dengan kebaya batik...mengapa perlu difikirkan yang negatif...always think positive dan cari jalan yang terbaik menuju ke Syurga. Syurga itu terbuka untuk semua manusia. Allah juga tidak akan mengubah keadaan seseorang /kaum itu melainkan dia sendiri mengubahnya.

    BalasPadam
  18. saya pun setuju dgn KEBAYA batik.. insyallah daripadacongak sape masuk neraka. baik semua berusaha ke arah kebaikan kat En mazidul

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.