Rabu, Jun 30, 2010

Baksis

‘Baksis’, perkataan penting saya pelajari.

“Baksis, macam tip,” ujar penterjemah.

Pemandu teksi memberhentikan kenderaan di tepi jalan di luar kawasan ‘lobi’ hotel menghulur sejumlah wang kepada anggota polis bertugas di hotel kami diami.


“Kalau tak bagi duit then apa jadi?,” tanya saya.

“Polis trafik akan saman dia,” balas penterjemah.


Jam 3 petang tadi saya menghampiri anggota polis bertugas.


“Don’t take money, your boss is there,” kata saya.

Pantas dia memegang tangan saya dan tersenyum dan kami bersama memandang 2 pegawai polis berdiri di tengah jalan.

Saya difahamkan, kadar rasuah tinggi di Kaherah. Mana tidaknya, anggota polis secara bersahaja berani menerima wang baksis secara terbuka di khalayak ramai.

“Gaji polis di sini, sikit. 200 pound Mesir sebulan, lebih kurang RM130 duit Malaysia,” ujar penterjemah.

Ringkasnya, gaji anggota dan pegawai polis di Malaysia hakikatnya lebih tinggi berbanding gaji diterima polis di Mesir.

7 ulasan:

  1. Kasihanya?
    Gaji polis cuma RM130 sebulan? Mmg tak dapat nak dinafikan andai mereka terpaksa menerima "Baksis".

    Namun gaji polis di Malaysia JAUH lebih tinggi...

    Gejala rasuah? Erm....

    P/s: Siap ada yang minta lagi..kata kawan "RM20 sudah la..", hehe..

    BLOG SAYA

    BalasPadam
  2. Manusia memang tidak pernah puas dgn apa yang didapat..

    selagi ada peluang, selagi itu ada yang berani buat..

    ada lak kuasa nan sedikit, ruang untuk ambik rasuah bila2 pun boleh..

    tepuk dada...

    BalasPadam
  3. Sdr Mazidul..

    Tu lah realiti...dengan gaji roughly RM130 per month..tidak mustahil fenomena memberi 'baksis' tu dah jadi as part of those arabs people kat kaherah tu..

    tp.kat malaysia ni..kalo ade org nk persoalkan polis 'meminta' wang..sy rase..pesalah lalulintas tu mesti lagi lega dari bayar duit saman yang jauh lagi tinggi..
    fenomena rasuah di malaysia?

    "Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama bertaraf dunia..tetapi..memiliki mentaliti dunia ketiga" - Tun Dr Mahathir..

    So?


    p/s: bile nk buat gathering lg?

    BalasPadam
  4. Laaa... ingatkan kes rasuah nih ada di M'sia jer...

    BalasPadam
  5. Rm 130 je...patut la rasuah menjadi-jadi...xckup nk makan...tapi kt sini, gaji polis dah hampir sama ngn gaji cikgu ijazah....rasuah boleh tahan jugak...heran yer...sikap polis kita lebih teruk dari mereka agaknya..pendapat je ni...xde kena mengena ngn yg hidup atau mati

    BalasPadam
  6. syukur saya anak Malaysia,

    jiran2 kita pun teruk amalan rasuahnya.

    BalasPadam
  7. Biasalah...manusia ni mmmg xkan puas dengan apa yg ada...tambah pulak yg xleh nk nilai antara keperluan n kehendak...lebihkan kehendak mmg xkan puas smpai bila2...sekadar peringatan untuk sy n kwn2....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.