Apa terjadi? Mengejutkan.
Setelah pesakit di dalam tampalan di bawah dimasukkan ke dalam wad selama lebih 20 jam di Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya, Selangor, saya menerima berita buruk pada jam 5.25 petang tadi.
Doktor pakar, Dr Azmi Abdul Rashid menghubungi saya sekaligus mengesahkan terdapat residue di dalam paru-paru pesakit setelah meneliti keputusan CT Scan.
Persoalannya, mengapa selepas 20 jam? Ingin saya kongsikan bersama pembaca, Medical Officer, MO bertugas, Dr Anan Hari Rajah semalam dikatakan memberi kata dua samada membawa pesakit pulang ke rumah atau dimasukkan ke dalam wad. Mujur ahli keluarga memilih alternatif kedua. Jika tidak, hanya Allah tahu apa bakal berlaku.
Untuk rekod, jam 6 petang tadi, pesakit dimasukkan ke High Dependency Unit, HDC dan dimonitor keadaan fizikalnya. HDU terletak terlalu hampir dengan Unit Rawatan Rapi dihuni beberapa pesakit dengan pelbagai wayar dimasukkan ke dalam hidung dan tubuh, majoriti mereka kelihatan tidak sedangkan diri, vegetable.
Apapun residue terbabit harus dikeluarkan sebelum pesakit dibenar meninggalkan pusat perubatan terbabit. Kaedahnya tidak dimaklumkan kepada saya.
Perbualan bersama Dr. Azmi saya rakam menggunakan telefon bimbit untuk tujuan rujukan. Hemat saya, beliau pakar perubatan bersifat bijak menghormati pelanggan dan bersikap gentleman.
"The doctor (MO) should have consulted or even call me, masa pukul 4 pagi, 5 pagi, kalau patient tidak comfortable, they can," katanya.
"Masalahnya, the moment pesakit admitted, dia tidak comfortable (sukar benafas). So, kenapa tidak diambil langkah lebih bijak daripada apa telah berlaku. Bukankah itu kecuaian, negligence pihak hospital?," ujar saya.
"For my part, treatment has started, the first time I saw her," ujarnya.
"So what was wrong? Nothing wrong at all?," tanya saya.
"She was stable but without close monitoring," balasnya.
"Maksudnya, are you telling me semua procedures dilakukan sejak pesakit masuk ke wad betul? Dr Azmi?," soal saya.
"Tak! Tak! We admitted there were some, ada whatever things should have been done, were not being done, I admitted that," jelas beliau.
"Saya merayu ke hulu hilir, tolong tengok pesakit, so sad doctor," tambah saya.
"That one I agree that bahagian wad, should have not done that," respon beliau.
"Saya sakit hati, kata doctor (MO) di wad emergency sibuk merawat pesakit, dia berpeluk tubuh lah Dr. Azmi," jawab saya.
"Itu pun I can't accept," ujarnya.
Semua kenyataan itu saya rakamkan untuk diperdengarkan kepada pihak pengurusan Damansara Specialist andai kata mereka sudi berbincang.
Jika tidak, pesakit menjadi pelanggan tetap pusat perubatan itu harus lebih berhati-hati jika mendapatkan rawatan pusat perubatan bernaung di bawah Kumpulan Perubatan Johor terbabit.
Usah menjadi mangsa kecuaian mereka seterusnya.