Ahad, November 28, 2010

Mek Comel Di Kedai Cikgu

Jam 2 petang, saya makan bersama Hanapi Mat, 51, dan Mohd Zulkifli Ab Manaf, 46 tahun, berbaju hitam.


Wajah mereka barangkali kelihatan 'ganas' tetapi mereka berdua bagai abang saya. Zulkifli, Sarjan polis, pemegang tali pinggang hitam Karatedo manakala Hanapi, wakil TV3 di Kelantan, saya kenali sejak 15 tahun lalu.

Hidup mengajar saya, tidak semua mereka berwajah baik itu jujur malah kekadang tersirat hasad dengki di dalam diri.


Ikan keli, ayam goreng garing dan masak asam ikan patin antara hidangan utama, juadah makan tengahari kami, biarpun kami agak sedikit terlewat.

Berikut gambar hidangan lengkap termasuk budu, sambal, ulam-ulaman, buah-buahan dan air sirap selasih.


Lihat antara gambar pelanggan saya rakamkan di Kedai Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang.



Pelbagai reaksi pelanggan saya rakamkan ketika mereka menjamah hidangan segar dan lazat.


Tengok boleh, sentuh jangan. Jika berasa ingin terkena penangan kapak kecil atau sekurang-kurangnya dicabai, cubalah.


Namun, cili atau dipanggil lada penduduk tempatan, khabarnya tidak sepedas mana pun.

Untuk rekod, ibu gadis ini ada bersamanya. Namun ketika merakamkan gambar di bawah, ibunya bersuara.

"Maghi la make sekali (marilah makan bersama)"

Punat rakaman kamera saya bagai terhenti buat seketika. Ha! Ha! Ha! Berguraulah! Mana ada ibu gadis manis itu berkata begitu sebab posisinya membelakangkan saya.


Berikut gambar lelaki berusia 61 tahun, 'Cikgu' gelarannya. Nama sebenar bekas guru, mengajar di banyak sekolah menengah selama 25 tahun sebelum bersara dan memulakan perniagaan pada Januari 2003 terbabit, Hj. Abdul Hamid Idris.


Peniaga lulusan jurusan ekonomi Universiti Putra Malaysia dan ayah kepada 6 anak berusia di antara 14 dan 36 tahun ini sentiasa kelihatan ceria, peramah dan pemurah ketika melayan pelanggan di kedai beroperasi di antara jam 11 pagi dan 5 petang itu .


"Sehari kita sediakan purata 100 kilogram ikan keli, 100 kilogram ikan patin dan 180 kilo ayam," ujar Cikgu.


Menurut Cikgu, hidangan untuk 4 orang dengan menu, ayam goreng, ikan keli, patin, ulam-ulaman, sayur masak lemak, sirap atau teh 'O', berharga RM45 sahaja sejak 5 tahun lalu.


"Kalau tak cukup, makanan boleh ditambah, harga tetap sama," tambah Cikgu.

Jika berada di Kota Bharu dan berhasrat membuat tempahan awal sebelum berkunjung ke kedai Cikgu, sila hubungi 019 946 6665 atau 018 904 2345.

Bil makan tengahari kami? Ya! Ada diskaun, 50%? 70%? 90%?

Apa pun terima kasih Cikgu!

17 ulasan:

  1. Kalau datang ke Perlis, jangan lupa berkunjung ke Gerai makan Pokok Sawa, Mata Ayer yang mana hidangannya juga bagus dengan harga yang berpatutan.

    Tapi jangan datang pukul 3 petang dan ke atas, sebab waktu tu makanan dah habis.

    BalasPadam
  2. masakan ala kampung memang sedapp...dan harganya pada mas berpatutan...
    insyaAllah kalau mas gi kelantan, pasti ku cari kedai ni.....

    BalasPadam
  3. Salam Sdr MAS...

    Kakcik pernah juga makan 2 @ 3 kali di restoran Cikgu ni... kepada penggemar lauk pauk kampung, memang disyorkan. Komen kakcik? 'OK la..' :)

    BalasPadam
  4. Wahh
    sedapnyer,kalau jalan - jalan LM memang cari masakan kampung . Berpeluh makan .hehehe

    BalasPadam
  5. kedai nasi ulam ni memang popular di kb..

    BalasPadam
  6. masakan kat area2 kampung memang sedap... pure mcm masakan kat rumah@mak kita... kalau kat kl ni, asyik2 lauk mamak n masakan siam...dah naik muak dah... kalau ada pun masakan melayu, entah ape rasa..:P

    Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata dan Peglihatan

    BalasPadam
  7. Wahhh saya pantang dengar bab makan, apatah lagi kalu yg hidang Ikan Keli, Patin, Budu nih.. memang paberet.

    Saya jamin, gerenti BRO dan geng dapat 100% diskaun...! Apalah sangat RM45 berbanding promosi yang muncul di blog seorang blogger dan wartawan tersohor nih...!

    BalasPadam
  8. tima kasih bg info kdai make ni en mazidul..walau saya oghe klate..balik kg hanya time cuti skolah je..

    pyh gok nok cari kdai makn..nati blik kg ..ni gi caghi keda make nih...sedak weh...

    BalasPadam
  9. saya hari-hari makan keli goreng kat kantin sekolah.. tak jemu-jemu macam tugas mengajar yg tak pernah jemu..

    BalasPadam
  10. pernah makan dah di kedai ni.. mmg best.. tp kalu g time tgh hari, kompem penuh.. susah mau dapat meja.

    BalasPadam
  11. Sedap nyer tengok ayam berempah tuh, bole tambah pulak kalau tak cukup, erkk kat putrajaya nih ada ker kedai makan yang macam kedai makan nih?

    BalasPadam
  12. Nampak macam sedap.. Lapar saya dibuatnya.. Tengok Saudara Mazidul dengan para pelanggan makan dengan begitu berselara.. Rasa nak pergi Kota Bharu sekarang jugak..

    Kita perlu sokong usahawan Melayu macam pemilik gerai ini.. Diharap akan lebih ramai lagi usahawa Melayu yang berjaya pada masa akan datang

    BalasPadam
  13. seronok tengok org melayu islam meniaga... tak lokek, harga berpatutan, makanan sedap, kebersihan terjaga, semoga ramai lg yg sedemikian, amin...

    BalasPadam
  14. Salam tuan... mmg benar juadah kt kedai cikgu tu mmg best, sy pernah mkn kt sana. sy g dgn suami, pastu amik 2 ekor ikan keli, 1 ikan bakar, ulam2an dan 3 gelas minuman sejuk.. nak tau kami byr brp?? RM9.00!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.