Khamis, Ogos 07, 2008

Tolong Jawab Boleh?

Kepada pembaca terlepas menonton siaran 360 malam Rabu, 6 Ogos lalu, silakan melayari www.tv3.com.my, pilih ‘watch episode’ dan klik ‘360’. Paparan kisah ‘Ah long I’.

Saya baru tengok. Pelik bila menonton diri sendiri di skrin laptop. Di hujung rancangan saya nyatakan, penonton boleh menghubungi krew 360 di talian 019 2345 360 melalui SMS sahaja. Maka beratus SMS diterima. Pelbagai persoalan diajukan.

Antaranya ..

‘Awak cakap ah long tak baik. Habis kalau orang susah mana mau cari wang? Bank susah mau kasi pinjam’

‘Melayu boleh la hidup senang. Bukan Melayu hidup susah. Mau berniaga modal 100,000 siapa mau bagi? Bank boleh kasi pinjam 100,000 dalam masa 10 minit?’

Ada pihak ingin saya melatah dan menjawab dengan emosi. Tetapi dia tersilap, pengalaman menjadikan saya lebih bertenang.

“Bangsa lain semua susah”

Satu lagi SMS dihantarnya, disusuli lebih 10 SMS lain daripada pengirim sama.

Akhir sekali begini bunyi SMS nya ..

‘Apa pasal you tak boleh jawab??’

Kalau anda jadi saya, apa anda nak jawab?

8 ulasan:

  1. my opinion, abai kan je la abg mazidul...
    org mcm tu x leh di layan
    kadang2 dia saje je nk provoke kita
    bg soalan2 yg bikin naik darah..

    BalasPadam
  2. selamat petang abg mazidul, pada pandangan sy, tak perlu di layan, makin di layan makin menjadi.."silent is golden"

    BalasPadam
  3. Tak faham kenapa nak membabitkan bangsa Melayu.

    Orang Melayu pun ramai susah.

    Apa sangat jadi orang Melayu, boleh jadi kaya ? Boleh senang ? Tak juga.

    Tetap kena berusaha baru boleh dapat rezeki...

    BalasPadam
  4. Bila masuk jer...bab bangsa....semua org sensitif n cpt melenting... tmbah lg la kalau diselit bab agama plak...
    pandangan saya.... semua soalan harus dijawab dengan penuh kebijaksanaan dan dalam situasi yang terkawal.... sesekali jgn buat org lain melenting pula... saya pasti bro mazidul dapat menghadapinya dengan berhemah.
    mungkin bangsa lain melihat bangsa melayu senang kerana ramai kakitangan kerajaan majoritinya melayu... bila jer sebut keje gomen... org anggap hidup senang....walhal tak semua camtu....ramai yg hutang keliling pinggang....anda tidak akan jadi kaya dengan keje kerajaan... kuat camner pun kerja... gaji tetap sama.
    Majoriti org cina berniaga... berniaga perlukan modal...nilai yg diperlukan bukannya sikit... kalau x pandai pusing modal... boleh hidup merana... tu yg terpasa pinjam along.....
    Ramai juga bangsa lain yg hidup senang dengan buat bisnes haram... seludup henset... seludup minyak... jual barang spare-part kenderaan tiruan....dan macam2 lg.....kita pun tau, semua barang dikedai runcit, pembekalnya adalah bangsa lain.... semua barang dari gula sampailah lampin dan susu bayi dikawal oleh bangsa lain, bukan org melayu.
    Saya cukup berbangga bila dapat melihat bangsa melayu yang berjaya dalam perniagaan walaupun sekadar kedai runcit kecil didepan rumah.... kerana bangsa melayu ini dapat bersaing dan bertahan menceburi bidang yang dikuasai dan dikontrol bangsa lain.
    Errrrr...maaf...mungkin komen saya dah menyimpang... apa pun.... ingat lah pesanan ini slalu "hendaklah ader diantara kamu yang sentiasa memesan/berpesan dengan kebaikan dan kesabaran"....wassalam!

    BalasPadam
  5. pada pendapat saya senang je...
    ah long memang baik kasi pinjam wang,takde syarat tak mcm bank sebab senang nak dapat untung atas angin kalu dikenakan bunga yang tinggi.jadi kalu orang yang pinjam dah bleh abis bayar nanti dia kata lah ini ada bunga ke,caj tambahan la jadi x abis2 la peminjam tu langsai. kiranya orang tu terikat je la ngan ah long sampai bila2.

    jarang plak dengar orang pinjam duit kat ah long bleh langsai. cuba kupas topik ni plak abg mazidul. cari sesape yang pernah pinjam n dah langsai hutang n bleh hidup senang dgn duit ah long tu.gerenti tak de. makin susah ada la. yang jadi ah long tu kbykannya bangsa pe? cuba jawab ah long.....geramm pulak aku.

    BalasPadam
  6. salam bro,

    interesting topic. actually, any bangsa pun boleh maju, why i say that? because if the financial management is betul, semua akan berjalan betul. dan jangan sesekali ada elemen luaran yang mempengaruhi perjalanan bisnes kita, nescaya melingkup. truly, bandingkan antara bisnes melayu dan cina. cukup menggerunkan. kenapa menggerunkan? sebab, diaorang boleh give lower price sebab pembekal adalah di kalangan mereka sendiri, manakala kita sendiri pula terpaksa merayu meminta harga yang terendah tetapi trust me, we won't get the lowest. I don't know, but kalau diperincikan, pembekal yang besar dna mega di negara ini adalah di kalangan bangsa itu, dan sebenarnya cara penguasaan perniagaan, kita perlu lihat secara mendalam, bagaimana ia tiba di pelabuhan, melalui jalanraya, dan tiba di gudang mereka. ketiga tiga tempat ini perlu melalui pihak berkuasa, dan kita semua tahu apa yang berlaku ketika itu. dan satu lagi sikap orang melayu ni, kalau boleh orang lain tak boleh berniaga benda yang sama, mulalah jumpa pak bomoh, pawang dan sebagainya. mulalah cakap bisnes si lawan tu ada letak seluar dalam wanitalah, pad wanitalah, ada ustaz nampak lembaga berdiri depan kedai dia lah, macam macam. yang kita pulak, hidup di dunia moden, tetapi fikiran masih terlangkup dengan fikiran kuno. pernah ke kita fikir kenapa restoran mamak penuh orang? sebabnya, mereka sanggup 'diperhambakan' pelanggan. marahlah diaorang macam mana pun, herdiklah mereka sekalipun, jawapan mereka senang "aiyoo machaaa.. banyak banyak soli". lepas tu, cara mereka ambik order. their marketing skill is superb. better than our own restaurant. kita tak boleh nak marah diaorang kalau berlambak restoran diaorang kat mana mana, sebabnya ada permintaan walaupun kebersihan diaorang, nauzubillah. 360 pun pernah buat cerita hygiene kan tapi kat luar restoran tu, beratur gak orangnya kan. lagi satu, selalu kita lupa sedekah dan zakat perniagaan, untuk dapat keberkatan dalam bisnes kita. kita sentiasa terasa duit tak cukup tapi sedar tak sedar, sebenarnya duit yang tak cukup sebenarnya mencurah sebab kita lupa zakat. dahlah dapat dosa, duit habis. ada jugak yang bisnes mula menghitung hitung nak berbini dua, kereta menjalar. Kereta besar ni memang best, because pernah terdengar alasan mereka, ohh supaya pelanggan confident. ya ker? kalau naik kancil pelanggan tak beli barang kita ker? Kenapa cina kontraktor naik kereta buruk, kita tetap cari dia? Bila kita naik kereta buruk, bangsa kita cakap, jangan ambik dengan kita sebab kita tak maju. Pelik kan sikap orang kita ni. Bila dah pakai kereta menjalar, dah kena jumpa Encik Long. Encik Long memang tersenyum bila kita datang. Encik Long ni PR dia memang bagus! Kalahkan PR agency. Dia punya pujuk, dia punya caring, mengalahkan girlfriend. Lepas tu, bila tak bayar mengalahkan bini tua. (sorry ya untuk orang yang berbini extra.. haha). Maka, kesimpulannya, toksahlah hidup bermewah kalau apa yang kita ada sendiri tak mencukupi. Sedar sedarlah. Andaikan diri kita kereta kancil, bawaklah 80 to 90 km sejam, takyah berangan nak masukkan enjin mercedez sebab nak potong kereta BMW atau Hyundai Matrix encik Mazidul kita.

    BalasPadam
  7. kalau saya,
    saya jawab,
    "nak tolong orang, guna jalan yg betul"

    BalasPadam
  8. Saya jawab,
    kalau pinjam kat bank tak boleh bayar bank istihar MUFLIS..
    Pinjam kat u tak boleh bayar u istihar MATI.

    skang u nak jawab apa kat saya..

    (sure dia senyap sunyi dan jauh dari pandangan....)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.