Ahad, Ogos 05, 2012

ANAK KUNCI PENYELAMAT DIRI

Sebelum ini saya pernah menyertai kursus ringkas survival.

"Wherever you go, don't forget to bring a bottle of mineral water and a torch light, even a small one," kata penyampai kursus itu.

Justeru pesanan itu saya patuhi.

Hakikatnya, manusia tidak mampu untuk hidup tanpa air manakala mata manusia tidak berupaya untuk melihat di dalam gelap.

Usah fikirkan jika terperangkap di dalam timbunan batu bangunan runtuh, kes itu terlalu sulit dan getir untuk ditempuh. Cuba bayangkan senario andai kita tersangkut berjam di dalam lif tanpa bekalan elektrik, selain daripada bekalan udara, kita perlu melihat dan meminum air untuk berasa lebih selesa. Lampu suluh dan sebotol air mineral pasti sedikit sebanyak membantu.

Seperkara lagi, kepada wanita, jika sedang berjalan seorang diri menuju ke kenderaan diparkir di kawasan gelap dan sunyi, genggam erat kunci kenderaan di tangan. Pastikan juga hujung anak kunci terpanjang, dihalakan ke luar.

Jika diserang dari belakang, hayunkan anak kunci itu sebagai senjata untuk mencederakan penjenayah. Andai berpeluang memilih, tujahkan anak kunci ke bahagian mata atau leher penyerang. Saat ketika dia meraung kesakitan, momen berguna untuk mangsa menjerit sekuat hati dan cuba sedaya upaya untuk melarikan diri.

Malang tidak berbau maka bersedialah untuk menghadapi bahana jika terjadi.

Wanita atau lelaki juga boleh membeli penyembur pemedih mata di kedai. Harga, di antara RM30 dan RM40 sahaja. Sebilangan kedai memerlukan butiran diri pembeli dicatatkan. Ketika kecemasan, semburan tepat ke mata penyerang pasti melumpuhkan dia buat seketika.

Daripada menyerah diri, lebih baik berjuang untuk kebaikan jiwa dan raga.

Jika terselamat, kita mempunyai kisah untuk dikongsi.
posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. terima kasih atas tips survival yg sangat berguna... boleh jugaa belajar dari bear grylls seorang pakar survival


    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Wah sebelum nih tak terpikir pulak pasal kunci kereta pun boleh jadi alat perlindung untuk kita...tkasih ye En Mazidul.

    BalasPadam
  3. smti..

    info berguna dibaca kala.menunggu subuh.. :) terima kasih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.