Khamis, Ogos 23, 2012

GADIS ITU MENEROPONG SIAPA? (18 SX) GAY DILARANG MEMBACA!


Berulang kali dia mengangkat teropong.


Meneropong siapa?


Bukan mengintai, barangkali wartawan itu ingin melihat dari jarak dekat gerak geri dan telatah 22 pemain bola sepak pasukan PKNS FC dan Johor, membuka tirai perlawanan Piala Malaysia di Stadium Petaling Jaya bermula pada jam 8 malam semalam.


Saya diundang oleh Presiden PKNS Football Club,  Noor Hisham Mohd Ghouth untuk menyaksikan perlawanan itu.


Sahabat saya itu memang gemar tersenyum sejak mula saya kenali, lama dahulu.


Di tempat duduk VIP, saya bertemu jurulatih, Ong Kim Swee. Beliau peramah dan masih mengingati saya sejak pertama kali bertemu di Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

Beberpa minit memasuki stadium saya bergurau dengan rakan jurukamera Bernama.


"Kasihan anggota RELA bertugas kerana mereka terpaksa menghadap ke arah penonton, bukan melihat perlawanan bola sepak di padang berhampiran mereka," 

Lihat gambar di bawah.


Apapun, terima kasih kepada mereka kerana memastikan semua penonton berada dalam keadaan selamat sepanjang perlawanan. Barangkali tanggungjawab mereka lebih berat jika berkhidmat pada perlawanan akhir Piala Malaysia.


Sukan sepatutnya menceriakan semua bukan terpaksa berhadapan dengan kerenah menggugat keselamatan. Justeru semangat kesukanan harus dikekalkan di setiap pertandingan bola sepak di negara kita.

Izinkan wartawan dan jurugambar melaksanakan tugasan mereka secara aman.


Saya tidak sempat melihat jam tangan tetapi menyedari pasukan Johor menjaringkan gol pertama. Ketika itu pasukan sorak negeri di selatan Semenanjung itu bergendang serta menjerit kegembiraan. Gol terbabit, hasil sepakan penalti. 

Sebilangan penyokong mereka spontan berlari anak di atas tangga simen stadium. 


Ops! Gambar jaringan gol juga tidak sempat saya rakamkan.

Maaf juga kepada semua pembaca kerana kamera digital saya tidak dilengkapi lensa panjang.

Sebelum separuh masa kedua bermula, saya dijemput menjamu selara bersama pihak pengurusan pasukan PKNS FC.


Nasi lemak enak dihidangkan bersama ais bandung dan kuih raya.


Kuih Ros? Kuih Goyang atau kuih Loyang? Itu antara tajuk dibincangkan.


Baju saya pakai dihadiahkan oleh jiran, jurulatih penjaga gol PKNS FC.


Lihat senyuman jiran saya itu ...


"Dahulu dia penjaga gol, bukan sekarang," ujar Hisham sambil tersenyum.

Ya, saya faham.

Waktu berubah, kekadang bentuk tubuh juga tidak kekal tetapi ilmu dimiliki oleh Suhaimi melayakkan dia menjadi jurulatih.

Kira-kira 10 minit selepas pasukan Johor meraikan jaringan, tiba-tiba kegembiraan pasukan sorak mereka bak disambar dek helang.


Gendang dan teriakan tidak lagi kedengaran.


PKNS FC berjaya menyamakan kedudukan 1-1 di minit minit akhir perlawanan sekaligus mengecewakan pasukan Johor.


Ok! Ok! Lazimnya, gambar anggota RELA jarang dipaparkan oleh media, blog ini berbeza.


Sewaktu majoriti rakyat Malaysia beragama Islam masih lagi meraikan hari lebaran di kampung halaman, dia bertugas dan berdiri tegak sepanjang perlawanan.

Gambar saya rakamkan di bawah berstatus 18 SX kerana itu semua lelaki gay dilarang membaca entri ini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Janga marah!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

:)

3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.