Rabu, Ogos 22, 2012

GADIS 18 TAHUN DIJADIKAN PEMUAS NAFSU LELAKI BANGLADESH

Dia berusia 18 tahun dan saya difahamkan gadis sama, penuntut di Kolej Poly-Tech Mara di Bangi, Selangor.

Mula berkenalan dengan lelaki Bangladesh berusia 25 tahun sejak penghujung tahun lalu. Warga asing itu bekerja sebagai juruwang restoran dan kekadang sebagai pelayan.

"Dia anak sulung daripada empat beradik. Ayah dia tentera tetapi langsung tidak mengetahui mengenai hubungan sulit anak perempuannya dengan lelaki Bangladesh itu. Kalau ayah dia tahu, mati dia," ujar rakan sekolejnya, 'Fiza'.

Fiza bukan nama sebenar.

Teman lelakinya itu di waktu terluang, sanggup membawakan beg dan menghantar gadis terbabit ke kolej dengan menaiki LRT.

"Sebelum ke kelas, gadis itu kerap singgah di kondominium 'bhai' di Ampang, disewakan oleh majikannya. Pergaulan mereka tidak ubah bak suami isteri. 'Ringan ringan' itu biasa bagi mereka berdua. Namun di belakang teman wanitanya, lelaki Bangladesh itu sering bercerita kepada rakan serumahnya, berbangsa Melayu mengenai perhubungan seks mereka lakukan. Selalu gadis itu ditertawakan, biarpun sewaktu bersama teman wanita, mulutnya manis," dakwa Fiza.

Gadis itu juga 'berkawan' dengan lelaki Bangladesh hidup agak mewah dan memandu kereta Exora.

"Kerja lelaki berusia dalam lingkungan pertengahan 40 an itu menyewakan bilik di Kuala Lumpur. Dia pernah memberikan wang tunai RM1,000 tanpa sebarang 'imbuhan' kepada gadis sama," jelas Fiza.

"Adakah lelaki Bangladesh kaya dengan teman lelaki gadis itu saling kenal mengenali?," soal saya.

"Sekadar kawan dan saling buruk memburukkan di antara satu sama lain. Gadis itu pula mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang secara mudah dari lelaki Bangladesh lebih tua. Kini kerana terlalu kerap dihubungi olehnya, dia mengeluh rimas," balasnya.

Gadis terbabit memakai tudung dan tinggal bersama keluarganya di Ampang.

"Gadis itu gemuk ke?," tanya saya.

Itu soalan spontan.

"Tubuh dia tidak kurus, tidak juga gemuk, sedang sedang sahaja," kata Fiza.

Huh!

Selain diratah oleh lelaki Nigeria, sebilangan gadis Melayu juga sanggup menyerahkan batang tubuh kepada warga Bangladesh.

Barangkali kerana daya tarikan hidung mancung, tinggi, kacak dan 'bertenaga', cuma kekadang bau badan mereka kurang menyenangkan.

Namun cinta adakalanya bisa melumpuhkan semua deria rasa.

"Saya tidak kisah nama awak apa, saya panggil awak 'sayang'"

Itu antara ayat diungkapkan oleh lelaki Bangladesh ketika mengurat wanita Indonesia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya terdengar perbualan mereka. Mungkin wanita itu juga sama, dijadikan alat pemuas nafsu lelaki Bangladesh.

Sila baca kisah wanita dijadikan hamba seks lelaki Bangladesh, klik di sini.

posted from Bloggeroid

10 ulasan:

  1. nak muntah aku ngan perangai anak perempuan melayu kita...apala nak jadi dengan dunia nie...

    BalasPadam
  2. mengharap anak2 buah yang dah meningkat gadis remaja dan boleh jadi ibu budak dijauhkan dari anasir2 jahat ni. juga mengharap anak2 buah lelaki yang sekarang tengah eyeing cari bakal isteri biarlah yang solehah. amin.

    BalasPadam
  3. hmm.. bro..
    cadang buat survey..
    dlm 10 anak gadis melayu skarang ni...
    brapa yg masih ber-dara.. huhu !!

    BalasPadam
  4. pembetulan:bukan Kolej Politeknik Mara tetapi Kolej Poly-tech Mara

    BalasPadam
  5. SMTI

    Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri utk En Mazidul, Moga bergumbira disamping keluarga tercinta...

    BalasPadam
  6. hendak mencari suami dan istri solehah masa kini agak susah..tapi pohonla kepada ALLAH S.W.T agar dikurniakan yang soleh dan solehah..tpi jangn terlepas pndg pada diri kita..cuba muhasabah diri dahulu..sbb dalam al-quran ALLAH S.W.T brfrman orang yg baik dtntukn dgn yg baik ...yang jahat pasangn begitulah..yang soleh bersama solehah..perbaiki diri sndiri dri brmula dri skrg krana klak anak-anak akan mncontohi prlakuan ibu dan ayah mereka.

    BalasPadam
  7. risaunya anak muda zaman ni..walaupun sya muda,trfikir juga di masa akan dtg..nafsu buas ni semakin meliar dikhuatiri perlakuan tersebut tdk lgi menjdi sensitif..malah perlakuan tersebut trg2 dilakukan di khalayak ramai tanpa segan silu..adab apath lagi..ajaran islam yg dianuti tdak mmberi kesan kpda penganutnya..pening2..walaupun semkin bnyk skrg ini pndektan tntg agama sprti crmah..kuliah2..forum di kaca tv..soal jawab..bahas agama..tpi seolah2 tdk diambil series olh umt islam sndiri..leka dek syok dunyawi tidk sdar khidupn di dunia ini adlh dugaan,cbran untuk akhirat kelak..ya rabb

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.