Sabtu, Ogos 18, 2012

NEGERI LAIN ADA SENARIO BEGINI?

Berikut gambar saya rakamkan pada 17 Ogos 2012 berhampiran bulatan Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Kelantan.


"Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, memang ramai orang menghulurkan derma kepada mereka duduk di sekitar kawasan ini. Bukan sahaja Melayu, orang Cina pun datang ke sini memberikan sumbangan. Kawan saya dari Kuala Lumpur pun kirimkan duit untuk diagihkan," ujar Nik Siti Fatimah Nik Mohamad.

Gambar berikut saya rekodkan di antara jam 11 pagi dan 12 tengahari.


Di negeri lain, ada senario begini?

10 ulasan:

  1. Golongan ini akan berkumpul sebegini setahun sekali pada petang hari terakhir Ramadhan, hanya di sekitar Padang Bank / Masjid Muhammadi di Bandar Kota Bharu. Tiada di tempat lain di negeri Kelantan seperti ini.

    Sebenarnya ini adalah satu amalan tradisi di Kelantan sejak puluhan tahun yang lampau, tiada kaitan dengan kerajaan yang memerintah atau dasar parti tertentu ... Tanyalah siapa sahaja anak jati Kota Bharu Hilir, mereka akan mengesahkan tanpa prejudis.

    Golongan asnaf fakir akan datang bersama beras dalam jumlah segantang Baghdad (sbgmana kelihatan dalam kampit plastik dalam foto tuan). Sesiapa yang ingin membayar zakat fitrah tanpa melalui majlis agama negeri akan mendatangi asnaf2 yang duduk ini dan akan berurusan dengan akad begini :-

    Penzakat : Berapa harga segantang beras nih ?
    Asnaf : RM7 sahaja tahun ni.
    Penzakat : Saya beli dengan RM7.
    Asnaf : Saya jual.
    Penzakat (kpd asnaf yang sama) : Tuan, saya zakatkan segantang beras ini kepada tuan atas diri saya bagi menunaikan zakat fitrah bagi tahun ini.
    Asnaf : Saya terima ...

    Demikianlah adanya. Bukan mereka yang meminta disedekah beras atau bukan juga beras itu hasil sedekah, kerana ada pernah saya perhatikan sesetengah bukan Muslim yang prihatin, tetapi tidak faham akan perkara ini, datang menambahkan beras dalam kampit tersebut sambil si asnaf melihat tersengih ...

    Demikianlah adanya wahai Tuan. Tatkala si asnaf berbuat demikian. Si anak-anak (jika ada) pula ada yang akan menyerbu orang ramai / kereta untuk meminta sedekah.

    Apa yang menarik, tidak semua bahkan saya yakin majoriti yang berkumpul ini bukan warga negeri. Mereka datang dari Negeri-Negeri Melayu di sebelah utara bernama Menara, Pattani dan Jala ..

    Sekian. Maaf panjang. Sekadar menerangkan sebelum ada yang tersalah sangka dan menabur apa yang salah.

    BalasPadam
  2. Di Pekan Rabu, medan bandar dan sekitar masjid Zahir Alor Setar pemandanagan macam ni adalah biasa setiap 27 ramadhan hingga malam raya, sebahagian besar mereka ni dari pattani/naratiwat, tapi depa mengaku orang Kelantan, dan orang2 tempatan sendiri pun banyaklah jugak yang mai dok mintak zakat/fitrah

    BalasPadam
  3. kita patut bayar zakat terus ke orang seperti ini..

    BalasPadam
  4. btoi kata encik hanafi.....depan masjid zahir alor setar mmg ramai yg dok tgu.....kadang2 klu hari hujan pon depa tgu......

    BalasPadam
  5. Niat yang sama cuma budayanya unik dan menarik. . Selain dari Kelantan Kedah juga ada begini. .

    BalasPadam
  6. Thumbs up pada pengomen pertama. Entry ini boleh mendatangkan finah kepada sesiapa yg tak tahu menahu hujung pangkalnya

    BalasPadam
  7. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3anaktemanibumengemis/Article

    Ni kat Kuala Lumpur ni. Dia ni dah pegi Baitulmal mintak tolong, tapi ditolak.

    Cuba tolong yang dekat ni dulu. Kalau kuman seberang laut nampak, inikan gajah depan mata kan?

    BalasPadam
  8. Di Pulau Pinang juga ada, di hadapan Masjid Kapitan Keling, bersebelahan nasi kandar beratur yang terkenal itu.

    Memang benar ada yang benar-benar fakir miskin yang berada di sini, tapi ada juga warga Thailand yang berada pada penghujung Ramadan. Moga-moga siapapun mereka, mereka adalah benar-benar fakir miskin, dan zakat serta sedekah digunakan ke jalan yang betul.

    BalasPadam
  9. Mempermudahkan golongan yang berkemampuan menghulurkan bantuan, tetapi ada golongan bukan asnaf datang tumpang sekaki...maklumlah dapat duit dan pelbagai lagi dengan cara mudah...macam -macam perangai manusia ni...apapun kita sedekahlah selalu...pahala tetap ada bagi yang bersedekah...bukan hanya pada masa tertentu..tetapi setiap waktu kita mampu bersedekah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.