Ahad, Ogos 05, 2012

TEMPOH REMAN SUAMI SYALEZA DISAMBUNG

Hari ini, reman suami kakitangan TV9 ditemui mati di rumahnya, Norazman Bashah, 31 tahun, disambung 5 hari lagi sehingga 10 Ogos setelah dia dibawa ke Mahkamah Majestrit Petaling Jaya, Selangor jam 10 pagi tadi.


Syaleza Jaafar, 30 tahun, pada awalnya dilaporkan oleh suami menggantung diri di kipas rumah di Damansara Damai. Berikutan hasil bedah siasat lengkap dilakukan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kesan jerutan di leher dan lebam di tubuhnya, suami Syaleza ditahan oleh polis.

Dia ditahan setelah kira-kira 2 jam jenazah isterinya dikebumikan di Labis, Johor.

Tambahan tempoh tahanan reman memberikan peluang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan lebih terperinci terhadap suspek.

Polis kemudian bakal menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Andai terdapat bukti kukuh suspek terbabit dalam kes pembunuhan, dia akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mahkamah. 

Jika tiada bukti, suspek akan dibebaskan setelah tempoh reman berakhir.

9 ulasan:

  1. Semoga arwah syaleza tenang disana.. harap cepatlah siasatan dijalankan.. kalau btl la suami dia yang bunuh, mmg kejam..dah la dah bunuh, lepas tu cover buat mcm arwah bunuh diri.. kesian arwah ramai orang duk hina macam2.. semoga allah ampunkan dosa mereka.

    BalasPadam
  2. Masih lagi tertanya-tanya kenapa boleh berlakunya sedemikian rupa...terasa hiba mengenangankan anak kecil yang telah kehilangan kasih sayang sorang ibu...moga siasatan dipercepatkan.

    BalasPadam
  3. gamaknnya suami Syaleza ada 'org ketiga.. cinta baru.. kot !!
    agaknya laa.. sapa tau.. kan..?

    BalasPadam
  4. mohon siasatan dilakukan dan sekiranya suaminya yg membunuh isterinya harap dapat dihukum dengan setimpalnya

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. smti..

    lagi kisah tragis melibatkan wanita yang teraniaya di bulan mulia.. sebelum ni kes Sosilawati... :(
    nyawa manusia dah maca tak dak harga diperlakukan..
    :((

    BalasPadam
  6. serahkan semua pd Allah...jgn kite mnjatuhkn hukum...mcm kite nie lbih berkuasa dr tuhan...mcm kite mengetahui smua y blaku...sangkaan kita tu blh wujudkn fitnah...semoga kita dijauhkn dr buat fitnah y tanpa kita sndri sedar..

    BalasPadam
  7. hebat ulasan awok anna antaltuya..sehebat en. zack ikut awok lah

    BalasPadam
  8. ciannya...sedih sy tgk anak arwah.KECIK2 DA KEHILANGAN IBU TERCINTA!!
    pepn kite serahkan pd pihak polis,
    insyaallah bile sume selesai kite sume akan tau sape yg bersalah,menuduh tanpa bukti da mcm menfitnah plak..
    mmg kes ni agak pelik!!ye la sbb dgr2 si suami arwah buka pose jam 7 then tgk arwah tergantung,tp yg bermain di fikiran sy klau siasatan mendapati arwAh di jerut sape yg lalukakn?dan sape yg masuk ceroboh uma bunuh arwah?xptt dan kejam manusia yg membunuh arwah 2...ya allh kau tunjuk kan lah sape yg benar serta salah ya allah..kau yg maha mengetahui lg maha melihat.amin..serta tempatkanlah arwah dikalangan org yg beriman amin....ikhlas dari ati..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.