"Nah! Ambil ini"
Dia menghulurkan sebungkus Som Tam kepada saya.
Penjual Som Tam di Bazar Ramadan berhampiran stadium di Kota Bharu, Kelantan itu dikenali dengan nama Kak Na atau nama sebenarnya Suria Mutalib.
"Saya bawa duit, hendak beli sebab saya suka somtam," ujar saya.
"Tidak mengapa, saya hendak beri sahaja," balas Kak Na.
Saya pernah ke Thailand sebelum ini dan berpeluang memakan Som Tam di sana tetapi tidak seenak Som Tam hasil adunan Kak Su dan adik iparnya.
"Saya mula membuat Som Tam lebih kurang 5 tahun lalu. Ayah saya orang Thailand, ibu orang sini," kata Kak Na.
Ketika sibuk melayan pelanggan, Kak Na sempat berkongsi fakta berhubung Som Tan buatannya.
"Setiap hari 200 kilogram betik habis," katanya.

Justeru tidak hairan jika gerainya menjadi tumpuan ramai pelanggan.
Petang tadi, sebelum berbuka, saya membeli sebungkus Som Tam di gerai Kak Na.
Ops! Entri ini saya nukilkan sebaik Som Tam di atas licin.
Terima kasih kepada pekerja New Pacific Hotel kerana sudi menghantarkan pinggan ke bilik saya.
Terliur perghh
BalasPadamTak baik lah Mazidul ni,, buat air liur terliur je,, hahaha :D
BalasPadamApa pun,, terima kasih atas makluman ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada Mazidul sekeluarga.