Sabtu, Ogos 04, 2012

PERNAHKAH MENDENGAR WANITA KOMPLEN KERANA TIDAK MENDAPAT NAFKAH BATIN? (18SX)

"Tengok lelaki, kekadang tanah kubur isteri masih lagi merah, mereka sudah berkahwin lain. Terlalu mudah mencari pengganti. Kekadang tindakan itu dipersetujui oleh anak-anak, kekadang tidak tetapi lazimnya pandangan itu semua mereka tidak ambil pusing," ujar kawan.

Barangkali ramai pembaca blog ini pernah terdengar komen lebih kurang sama, cuma dilontarkan oleh individu berbeza.

"Alah! Itu semua kerana nafsu lelaki semata-mata. Perhatikan majoriti wanita di Malays, jika suami meninggal dunia, sukar benar mereka untuk berkahwin lain. Mereka sanggup menjanda sehingga ke akhir hayat," komen wanita.

Sekaligus terlintas di fikiran saya ...

Pernahkah mendengar wanita komplen jika tidak mendapat nafkah batin, seks?

Mungkin, tetapi jumlah mereka hanya sekelumit. Komplen berhubung isu perihal dalam kelambu, masakan tergamak dikongsi secara terbuka samada bersama ahli keluarga ataupun rakan.


Tambahan pula meluahkan perasaan ketidakpuasan hati berhubung layanan batin, barangkali dianggap taboo oleh masyarakat kita. Sedangkan hakikatnya wanita dikatakan memiliki sembilan nafsu berbanding lelaki, satu.

Apakah berlaku kepada nafsu wanita itu?

"Lelaki lain. Kalau sudah tidak beristeri samada akibat bercerai hdup atau mati, sebilangan mereka boleh 'makan luar'. Pelacur Vietnam, Republik Rakyat China dan Thailand berlambak di pasaran terbuka, untuk ditiduri. Perempuan tidak begitu," celah rakan wanita.

Wah! Kasar sungguh kenyataan dilontarkan itu. 

Barangkali wanita dahulu begitu, tidak sekarang. 

Sebilangan mereka sanggup membela 'anak ikan' andai  berkemampuan. Lelaki muda, segak bergaya, mampu memenuhi kehendak wanita bergelar janda untuk membelai jiwa dan raga. Bukan sahaja janda malah wanita berstatus isteri juga tidak terkecuali. 

Pelbagai jenis anak ikan mampu dipilih, hanya wang menjadi penentunya.

4 ulasan:

  1. SMTI: ambbooiihhhh.. cepat je dia buat entry topik ni ye..:PP tapi bab anak ikan tu susah mau ckp la sbb zaman skang ni perempuan sama kehendak batinnya seperti lelaki..mereka sudah tahu meminta2... tidak spt wanita dulu yg mungkin hanya 'menyerah' & diam walau tk di beri...ehmm..

    BalasPadam
  2. Rata2 wanita lebih mementingkan kejujuran suami...sex jatuh no 2. Utk komplen suami tu rasanye agak sukar sbb wanita suka pendam perasaan.

    BalasPadam
  3. SMTI...susah gk nak bgi komen sbb sy pun baru jer dalam alam rumah tangga nih...mintk di jauhkan la dengan benda2 cmni...

    BalasPadam
  4. Salam Ramadhan Bro MAS, SMTI !!
    Bab anak ikan tu mungkin sudah macam menjadi trend Orang Malaysia zaman sekarang, Al maklumlah dengan proses globalisasi yang melanda dunia hari ini...
    Setuju bab zaman dulu, Wanita yang menjadi balu memang susahlah nak tengok kahwin lagi lepas habis iddah tapi zaman sekarang nampaknya dah berubah...
    Modal memang macam biasalah kalau nak bela anak ikan, kolam dan makanan mesti kena ada, baru boleh hidup... Kalau tidak 'tumpor' lah anak ikan yang nak dibelanya nanti Hahahahaha
    Tapi bab nafsu wanita yang Bro nukilkan sebentar tadi bukan satu pekara luar biasa,
    Dah memang fitrah kejadian mereka, Hidup perlukan belaian kasih mesra seorang lelaki,

    Ini Hakikat Bukan Teori Celup Siapa Siapa Pun !!!

    Bahagian paling penting dalam kehidupan mana mana manusia tak kira Lelaki atau Wanita adalah kasih sayang yang tulus dan ikhlas, bukan sekadar air liur sahaja,
    Maka tidak salah dan menyinggung apa yang Bro zahirkan di sini sebenarnya, Hanya saya berharap masyarkat kita pada hari ini bersikap rasional dalam membicarakan tentang ini,
    Dalam bahasa mudahnya, kenalah tengok dalam perspektif yang menyeluruh, Jangan pandang daripada satu atau dua sisi sahaja.
    Ini punching line Entri bro kali ini,

    Sebilangan mereka sanggup membela 'anak ikan' andai berkemampuan.
    Lelaki muda, segak bergaya, mampu memenuhi kehendak wanita bergelar janda untuk membelai jiwa dan raga. Bukan sahaja janda malah wanita berstatus isteri juga tidak terkecuali.

    HeHeHe, Ini bukan cerita karut atau dongeng dalam masyarakat hari ini, Ini hakikat dan saya setuju 100%,
    Pokonya pada isu ini, Kalau wanita tak dibelai dengan kasih mesra daripada seorang lelaki,
    Nafkah batin diabaikan oleh si lelaki memang tak mustahil kenapa si wanita keluar Mencari Cinta Dan Kasih Sayang dari pelbagai sumber yang boleh memenuhi tuntutan jiwa raga mereka,HaHaHa. Kisah mengerikan dan agak melucukan didedahkan oleh Bro MAS satu ketika dahulu

    Kepada para pengunjung setia Blog Bro MAS ini, Kisah Mencari Cinta Dan Kasih Sayang yang saya pautkan sebentar tadi hanyalah secebis daripada ribuan atau mungkin jutaan kisah yang kita ketahui berlaku dalam masyarakat hari ini,
    Hakikatnya di bandar mahupun di luar bandar, kisah sebegini sememangnya berlaku dalam masyarakat hari ini dan kita wajar menilai dan melihat akan persoalan "kenapa ia terjadi?"

    SMTI !! Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam :) Semuga ibadah puasa anda semua pada tahun ini lebih baik dan hebat daripada tahun tahun sebelumnya :) Amin 3X

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.