Isnin, Ogos 13, 2012

PENDAPATAN SIAPAKAH MAMPU MENCECAH RM900 DALAM TEMPOH KURANG 24 JAM? JAWABANNYA DI SINI



Semalam saya menyertai Operasi Bersepadu menyelamatkan pengemis bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disertai 4 agensi kerajaan lain. 

Pelbagai ilmu saya raih dan InsyaAllah bakal saya kongsikan bersama semua pembaca kelak.

10 Ogos lalu, saya meminta pemandu memberhentikan kenderaan di beberapa stesyen minyak di Selangor. 

"Pekerja kaunter cakap, sebelum ini memang setiap hari pelajar Tahfiz Amal mengutip derma di sini. Namun sejak Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS membuat operasi, mereka tidak lagi kelihatan," ujar pemandu.

Baca laporan berhubung operasi JAIS, klik di sini.

Berikut gambar disiarkan oleh Utusan Malaysia.


Perhatikan botol 'ubat kuat' untuk suami isteri dipegang oleh pegawai penguat kuasa.


Perhatikan pula gambar saya rakamkan semalam di Bangsar, Kuala Lumpur.


Sewaktu berselisih dengan remaja berdiri di ruang masuk ke pasar malam, saya terlihat resit dipegangnya dicetak perkataan 'Tahfiz Amal'. 

Nama itu sememangnya telah lama saya kenali.

Barangkali berikutan operasi JAIS minggu lalu, peminta derma dari tahfiz terbabit kini ditempatkan di Kuala Lumpur.

"Tuan, peminta derma dari Tahfiz Amal ada di sini," kata saya kepada Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Darus Hassan.

Tiba-tiba saya melihat adengan kejar mengejar berlaku.

Remaja sama pada awalnya kelihatan berjalan tenang untuk beredar dari lokasi asal kemudian mengatur langkah seribu. Beberapa kakitangan muda JKM kemudian mengejarnya sehingga dia berjaya diberhentikan.

Berikut gambar pertama, saya rakamkan pada 6.06 petang, sebaik dia ditahan.


Usianya baru mencecah 14 tahun, seusia anak lelaki sulung saya. 

Saya dapat menjangkakan, dia ketakutan lalu menangis tanpa henti.

Barangkali dia tidak faham mengapa dia ditahan oleh kakitangan JKM. Saya mendekati anak itu dan cuba menenangkannya bersama Darus. Namun airmatanya terus mengalir tanpa henti.

Adakah saya berasa belas melihat remaja itu? Tentu sekali sebagai ayah, saya dianugerahkan dengan perasaan simpati.

Beberapa minit kemudian, kami mula berinteraksi. 

"Tinggal di mana?," soal saya.

"Sri Damansara," balasnya ringkas.


Perhatikan resit Tahfiz Amal, sekolah di Yan, Kedah dan kini mempunyai cawangan di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Pelajar dari Tahfiz terbabit dihantar oleh 'ustaz' ke pelbagai lokasi di sekitar stesyen minyak, pusat menjual makanan dan institusi perbankan untuk mengutip derma dengan menghulurkan banyak jenis produk kepada orang ramai.   


"Bilakah awak belajar menghafal Al-Quran?," tanya saya.

"Pagi, selepas solat subuh," jawabnya tenang.

"Berapa jam belajar sehari?," soal saya lagi.

Dia mengambil keputusan membisu namun beberapa jari tangan kirinya kelihatan digerakkan perlahan.

"Berapa jam awak belajar pada waktu pagi?," soalan sama saya lontarkan untuk kali kedua. 

"Saya tengah kiralah ini!," dia meninggikan suara.

Tersentak saya buat seketika, ternyata kesabarannya diuji.


Mujur dia anak orang lain. Kalau anak saya, pasti berbirat pipinya.

Saya menunggu jawaban.

"Empat jam," katanya.

"Pukul berapa kamu datang ke sini untuk mengutip derma? Pukul berapa pula ustaz menjemput kamu untuk balik?"

Soalan itu saya kemukakan.

"Saya dihantar ke sini pukul 1 tengahari, ustaz datang membawa saya balik pukul 9 malam," balasnya.

"Maksudnya, dalam tempoh sehari, awak belajar mengaji Al-Quran 4 jam dan kemudian keluar mengutip derma selama 8 jam, betul?," tanya saya dalam nada lembut.

Kekadang untuk mendedahkan kebenaran, kesabaran adalah satu tuntutan.

"Betul?," soal saya sekali lagi.

"Betul," katanya sambil menganggukkan kepala.

Mungkin tidak terlintas di fikiran ramai, pelajar itu bertugas bak orang dewasa. 

Setelah dua kali didesak, perlahan dia mengeluarkan produk digunakan untuk meminta derma dari dalam beg galas.


Mari bersama kita lihat produk itu dari jarak dekat.


Produk itu ternyata 'ubat kuat' sama seperti dirampas oleh penguat kuasa JAIS minggu lalu. Di kulit luar botol minuman itu dicetak ayat 'Formula kesegaran lelaki dan wanita'.

Mungkin penggunaan phrasa 'ubat kuat' agak keterlaluan bunyinya. Hemat saya, produk terbabit  lebih kepada minuman memberikan kesegaran kepada pengguna, lelaki dan perempuan.

Masakan pelajar remaja sekolah Tahfiz disuruh menjual 'ubat kuat'.


Remaja berasal dari Kedah itu berkata, setiap hari dia ditugaskan untuk mengutip derma di sekitar Lembah Klang di sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.

Adakah dia tahu, tindakannya mengutip derma di tempat awam itu bercanggah dengan Enakmen  Pentadbiran Agama Islam Negeri? 

Mungkin tidak kerana dia masih kanak-kanak.

Namun pada masa sama, satu soalan menerjah benak fikiran saya ...  

Jika tidak mengetahui (tindakannya menyalahi undang-undang), mengapakah remaja itu bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran kakitangan JKM dan petugas media?

Pembaca barangkali mempunyai jawaban kepada soalan itu.

Sebagai blogger dan wartawan, saya melihat, isu pengutipan derma sekaligus pengeksploitasian kanak-kanak di bawah umur oleh sekolah terbabit masih tidak mampu ditangani oleh penguat kuasa kerajaan negeri Kedah dan pusat. 

Tindakan dilaksanakan selama ini, sekadar hangat hangat tahi ayam, tidak lebih daripada itu.

Apapun, sebelum operasi berakhir pada jam 9.30 malam, saya berpeluang mengajukan soalan cepu emas kepada Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tarmizi Ali Razak.


"Berapakah jumlah kutipan tertinggi harian pengemis di Kuala Lumpur?"

"Sepanjang saya mengetui operasi, kami mendapati jumlah kutipan tertinggi sebilangan pengemis mampu mencecah di antara RM700 dan RM900 sehari. Majoriti mereka meraih pendapatan purata sekitar RM300 dan RM500 dalam tempoh kurang 24 jam," jelas beliau.

28 ulasan:

  1. Satu lagi sendiket sempena Ramadhan ini adalah kononnya sebuah pertubuhan hendak mengumpul dana untuk mengadakan jamuan dengan anak yatim dan OKU. Maka dia buat pungutan derma dan dapatkan surat sokongan dari orang tertentu. Tapi, sampai masa, tak ada apa-apa majlis jamuan pun, duit dia dah kebas.
    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Salam.... saya sering perhatikan kegiatan seperti di tempat saya dan rata2 ianya ada di setiap bank2 yang beroperasi di sini. Ank perempuan saya yg berusia 8 tahun pernah menyuarakan rasa simpatinya terhadap kanak2 yg berdiri smbil berjlan ke hulu ke hilir merayu2 setiap pelanggan yg keluar masuk bank itu tnpa segan silu utk menderma kpd mereka... Pengeksploitasian terhadap kanak2 utk kegiatan spt itu mmg sgt keji... Soalan saya, adakah kanak2 itu anak yatim piatu? Jika masih punya ibu/bapa, adakah ibu/bapa mereka tahu bahawa anak mereka telah dijadikan alat utk mengemis oleh pusat tahfiz yg mereka harapkan anak mereka menjadi anak soleh/solehah yg hafaz Al-Quran..??????

    BalasPadam
  3. Kisah anak2 pemungut derma dari Pusat Tahfiz Amal ini bagaikan tiada kesudahan. :(

    BalasPadam
  4. Manusia mmg bermacam2. Salah satunya mengambil kesempatan atas kebaikan dan kemurahan hati manusia lain. Remaja2 yg dipergunakan ini juga ada yg menjalankan kegiatan mereka di depan pintu2 bank. Yg sy jumpa di beberapa bank di sekitar Seremban..:-(

    BalasPadam
  5. Sekarang ni menjadi trend meminta derma di hadapan mesin ATM di bank-bank. Dengan alasan kutipan untuk rumah anak yatim dan mereka berada di situ boleh dikatakan sepanjang tahun. Adakah cara ini dibolehkan...

    BalasPadam
  6. ubat kuat tu ada pengesahan daripada kementerian kesihatan tak nih? btw aku pun selalu perasaan budak2 yg mintak derma ni selalu dari sekolah tahfiz dari yan tu... famous tul sekolah tu ye... dari dulu sampai sekarang mintak derma tak setel2 lagi ke? sekolah tu mmg takde dana dari kementerian pelajaran atau kerajaan negeri ke sampai perlu nak mintak2 derma bagai tuh?

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Sedihlah tgk anak2 itu dipergunakan..

    BalasPadam
  8. perkhhhh jd pengemis lg mudah kaya dr yg kerja 5hari sehari mcm kami ni yek... mudahnyer `ustaz2` di tahfiz itu meraih keuntungan dr murid2 mereka tuh... selama 8jam ditinggalkan mereka merayau2, tak terpikir ke kalu terjd apa2 pd mereka...

    kadang tu geram ngn bdk2 or org2 yg menunggu kt depan bank utk derma, setiap hari n setiap masa dia duduk kt situ, bilenyer dia solat n bekerja...

    BalasPadam
  9. perkara ini perlu di bendung, tangkap dalang (bos) kepada semua ini. Perkara seperti ini pernah berlaku didepan mata saya, semasa sayang tengah makan di sebuah kedai seafood di Bangi, saya didatangi seorang budak minta sedekah seperti ini, selepas saya hulurkan sedikit wang kepadanya tanda sedekah, budak tersebut berlalu pergi. Bila urusan makan saya selesai, saya ke Petronas berdekatan dengan kedai makan tadi , lebih kurang 2KM sahaja, saya melihat budak tadi turun dari van. dalam van tersebut ramai lagi budak2 lain yang dikerah untuk mengemis. Dalam pada masa yang sama, saya juga terlupa untuk mengambil no. plat Van tersebut. Bagi saya, kalau kita tangkap budak2 tu, tak guna, lebih baik kita terjah KEPALA(dalang) dia. Perkara ini bukanlah sekali dua berlaku di sekeliling kita. TERJAH dan terus TERJAH.

    BalasPadam
  10. SMTI

    Selalu je jumpa budak2 yg kutip derma ni kat stesen minyak dan bank...kadang2 kat tempat makan pun diorang mintak derma dan jual produk...

    BalasPadam
  11. pernah remaja tahfiz ni mohon derma dr saya dan husband. masa tu tengah makan kat PELITA subang. my hubby tanya itu ini, then dia marah kita semula. tinggi suaranya.
    now, saya kalau jumpa yg minta derma tahfiz2 ni... mmg tak layan. bukan sebab xmahu menderma, tapi ia sungguh meragukan.

    BalasPadam
  12. mereka ni..tak patut..8 jam sehari? macam kerja ofis je. 14 tahun sepatutnya sedang belajar kat sekolah. takde ke kementerian yang boleh mengawal kegiatan sekolah2 ni? speechless~~~

    BalasPadam
  13. Saya pernah ada pengalaman dengan budak Tahfiz di Yan nieh ketika di restoran di Shah Alam yang mana remaja berusia lingkungan 15 tahun meminta derma... Bila ditanya untuk apa jawab mereka utk pembangunan sekolah... Ayah saya yg membesar di Kedah mengetahui hal mereka ini dan katanya Tok Guru mereka nieh keball... Dan pembangunan tempat mereka itu pun berterusan semenjak lebih 20 tahun dulu tak pernahh siap...

    BalasPadam
  14. rasanya diorang ni kalau dapat kutipan RM900 sekali pun, mesti kongsi bersama "ustaz" tersebut..if x dapat separuh, dapat rm100 sehari as komisyen pon da mewah da bagi budak 2..sebulan da berapa komisyen yang diorang terima..hurm..fikir2kan lah...maybe tu salah satu sebab kenapa mereka sanggup jadi pengemis..lagi satu, betul ke dari tahfiz?? entah2 baca al-quran pon kantoi..

    BalasPadam
  15. Kegiatan seperti ini memberikan imej yang tidak baik kepada pelajar-pelajar tahfiz lain yang betul-betul ikhlas mencari ilmu.

    Sedih ramai kalangan yang menggunakan agama untuk untuk meraih simpati orang ramai untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada umum.

    Boleh tak dikesan siapakah pengarah-pengarah mereka ini. Bagaimanakah rupanya "Ustaz-ustaz" yang berkenaan?

    BalasPadam
  16. Pernah "terkena" dengan pelajar 'tahfiz" macam ni di Petronas Shah Alam.

    Pelajar perempuan ketika itu.

    Di tangannya ada memegang botol madu yang dibuat oleh mereka dengan harga RM50 dan derma RM10. Maka, semuanya berjumlah RM60.

    cuma, madu tu pilihan si penderma nak beli ke tidak.

    BalasPadam
  17. Banyak kali jugak berhadapan dengan Pelajar 'Pusat Tahfiz Amal' ini.

    Kali terakhir pada kira-kira 2 minggu lepas, yakni di awal Ramadan. Saya sedang mengisi minyak di Stesen Petronas B.B. Bangi seleps selesai Solat Teraweh. Jam sekitar pukul 10.30 malam.

    Semasa mengisi minyak, datang seorang remaja perempuan bertudung ingin menjual produk (saya tidak ingat, samada cd atau buku). Tetapi saya menolak.

    Namun rasa kasihan bila disebut daripada pusat tahfiz anak-anak yatim, lalu saya berikan RM 10 sebagai derma walaupun sudah tahu dia dari Pusat Tahfiz Amal.

    Saya bertanyakan "Adik ni betul ke anak yatim?"
    Dia jawap "Ya betul, saya anak yatim"

    Saya tanyakan lagi "Asal mana ni dik?"
    Dia jawap "Yan Kedah" dengan ringkas

    Terus ditanyakan "Adik mai sini duduk kat mana?"
    Jawapan beliau "Duduk kat Sungai Buloh bang"

    Ditanyakan lagi "Mcm mana adik mai sampai ke Bangi.. Nanti balik mcm mana"
    Seperti diduga jawapnya "Ustaz yang ambik/bawak"

    Terus kesempatan itu saya katakan kepada dia "Sepatutnya, orang yang jaga anak yatim macam adik yang datang jual kutip derma untuk adik.. Sebab adik anak yatim, harta yang dikutip untuk jaga adik... tugas adik ialah belajar, bukan untuk jual barang atau kutip derma...."

    Remaja perempuan tersebut menjawap "Tapi kalau saya sendiri yang nak kutip/jual, tak apa kan?"

    Saya bertegas mengatakan "Tak boleh macam tu.. tak betul... adik patut belajar di pusat tahfiz.. tambahan pula berstatus anak yatim, tak patut ustaz buat begitu kt adik.."

    Dia hanya mendiamkan diri sambil mengangguk. Saya suruh dia sampaikan salam kepada 'ustaz'nya sebelum masuk ke kereta untuk pulang ke rumah.

    Nampaknya tarbiah kepada anak-anak ini oleh ustaz mereka sangat berkesan. Sanggup berkorban sendiri mencari dana walaupun mereka sepatutnya belajar. Malam-malam selepas teraweh pulak tu!!

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum,
    Tahniah atas usaha yang dijalankan...Boleh tak adakan no talian talipon yang boleh orang ramai gunakan untuk melapor kegiatan seperti ini. Bila semua orang buat laporan, terbantut la usaha mereka nak mengutip derma..kesian budak-budak tu

    BalasPadam
  19. salam,masa saya mengisi minyak moto ptg tadi dia Shell NKVE ada sorang budak perempuan dari pusat tahfiz amal kutip derma.. yang saya peliknya kenapa pengetua/ketua pusat tahfiz ni tak ditangkap.. sbb hal ni dah lama sgt dah...

    BalasPadam
  20. salam bro, ada di kalangan pelajar ni memang kurang ajar dan tidak berbudi bahasa, saya pun nyaris melempang seorang budak perempuan atas sikap beliau yg kurang ajar bila di tanya...sabor jela..mcmana boleh jadi cam ni ye

    BalasPadam
  21. Siapa nak biaya tempat tinggal, makan dan minum anak - anak yatim tersebut?

    BalasPadam
  22. Anak-anak tahfiz ini dibekalkan dengan i/c fotokopi berwarna yg menyatakan alamat sebuah apartment di Jalan Meranti, Bandar Sri Damansara.
    Ustaz-ustaz mereka ni pula menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat di Jalan Saga 8/4 Bdr Sri Damansara ini. Rumah disitu paling murah sewanya pun ialah sekitar RM1400. Tak nampak pula anak-anak tahfiz di rumah tersebut, tetapi ada 2, 3 buah van cermin hitam yg selalu digunakan mengangkut anak-anak tahfiz tersebut di rumah itu. Ustaz-ustaz tu pula menggunakan kereta-kereta baru jenis Exora dan berdaftar dengan nombor Melaka. Ustaz-ustaz tu pun saya dokperati tak pernah datang ke masjid Al Mukarramah Bdr Sri Damansara ini walaupun jarak rumah mereka dengan masjid sekitar 250 meter sahaja...

    BalasPadam
  23. salam en mazidul, di fb byk yang post ttg anak yatim dihalau naik lori dan menumpang di surau pula, apa benarkah berita ini

    BalasPadam
  24. adoi,, terlepas la pulak... Patutnya saya pon bertugas operasi bersepadu ni di jkm wpkl... Masa tu tak sihat pulak dah... En darus pon ade ajak tapi tak dapat nk pegi... Nak jumpa abg mazidul je... Hehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.