Selasa, Ogos 07, 2012

DI ANTARA FAKTA DAN FITNAH

18 Julai lalu, genap 17 tahun saya bertugas sebagai Wartawan Penyiaran.

"Awak cakap sahajalah. Beginilah keadaan malam minggu berhampiran pusat hiburan di Kuala Lumpur ...," ajar jurukamera bertugas.

Ketika itu saya berdiri berhampiran pintu masuk, pusat hiburan Hard Rock Cafe. Janggal benar rasanya bercakap seorang diri, visual dan audio dirakamkan dari jarak jauh menggunakan kamera jenis Beta dan mikrofon tanpa wayar.

Tentunya pada ketika itu saya berasa sedikit gugup tetapi  tubuh tidak menggeletar.

Ratusan mata memandang dan sebilangan mereka berdiri di luar pusat hiburan, berada di bawah pengaruh alkohol. Jika mereka berasa 'terusik' berikutan rakaman itu, saya jangkakan mampu mencetus perselisihan faham.

Hasil rakaman di awal pagi itu, antara bahan dimuatkan dalam laporan pertama saya 'Kuala Lumpur selepas detik 12 tengah malam', dipaparkan di program bual bicara, Malaysia Hari Ini, 17 tahun lalu.

Time really flies!

Pelbagai pengalaman ditimba sepanjang tempoh itu. Pengalaman manis, maung dan pahit.

Justeru saya meraih ilmu dan pengajaran.

Ketika mendepani saat getir, di situlah kita mampu membezakan nilai di antara kawan dan sahabat. Kawan lazimnya hanya sudi bersama, waktu kita bergembira dan meraikan kejayaan manakala sahabat setia mendekati kita setiap waktu, tika duka dan ceria.

Semoga Allah mengizinkan saya untuk terus berkarya di bumi Nya ini.

Berkarya untuk mendedahkan kebatilan dan fakta berhubung hitam putih kehidupan manusia sejagat.

"Saya follow blog abang," ujar insan tidak saya kenali.

Itu antara kenyataan pembakar semangat untuk mendorong saya terus menulis. Tidak dapat disangkal lagi, selain televisyen, media alternatif kini menjadi sumber bacaan masyarakat Malaysia dan dunia.

Berita dipaparkan di entri blog ternyata lebih pantas dicapai sekaligus dikongsikan bersama audien.

17 tahun lalu, blog tidak wujud apatah lagi kemudahan internet.

Saya masih ingat, untuk menghasil laporan ketika itu, material bercetak di perpustakaan menjadi sumber rujukan. Banyak masa dihabiskan untuk mencari dan membaca bahan bersesuaian.

Kini informasi mampu diakses secara pantas di hujung jari manakala etika penulisan serta pendirian diri membezakan di antara paparan fakta dan fitnah.

Alhamdulillah.

Entri ini saya nukilkan sewaktu duduk sambil bersahur di restoran mamak dan kini dibaca dek insan saya kenali secara peribadi atau pun tidak.

Tulus ikhlas dari sudut hati saya, terima kasih kepada semua pembaca samada menetap di Malaysia atau di luar negara, selama ini tidak jemu menjadi tunggak penyokong saya sebagai blogger.

posted from Bloggeroid

22 ulasan:

  1. sy penyokong setia abg mazidul... Tertarik dgn cara penyampaian abg mazidul samada di depan tv ataupon cara penulisan... Semuanya fakta dan tiada auta... Setiap hari akn buka blog ni nk baca fakta yg abg buat... Terima kasih daun keladi.

    BalasPadam
  2. SMTI : Nukilan kali ini buat saya tersentuh...Telah 17thn bro didalam bidang yg mencabar ini bermakna sejak usia saya juga baru 17thn. Pendekkata usia semuda itu masih belum tahu menghargai segala pengorbanan 'seorang menyampai maklumat' spt bro...

    kami tak penah kisah akan hal negara..apatah lg tentang hal dunia.. yg tahu hanya keseronokkan semata.. tapi masa juga berlalu..usia semakin mematangkan saya dan kini telah mampu menghargai setiap info dan paparan yg cuba disampaikan org insan spt bro dan seterusnya menyedari bhw setiap yg paparkan itu berkait rapat dengan kehidupan dan yg pasti semuanya untuk panduan kita & masyarakat.

    Kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yg tak terhingga kpd bro dan rakan2 seangkatan/ sealiran kerana melakukan pengorbanan yg tidak ternilai tingginya.. termasuk sanggup menggadaikan nyawa demi memberi info tepat kpd masyarakat.

    Akhirkata..saya mendoakan bro akan terus sukses dalam bidang ini.Teruskan memberi penulisan yg hebat ini utk kami semua. Insyallah saya akan terus menjadi penyokong yg setia..:)))

    Terima kasih.Terima Kasih. Terima Kasih.

    BalasPadam
  3. pengalaman tu penting, ia banyak mengajar kita semua erti kehidupan... Tahniah Bro, sy akan jd penyokong utama Blog ni... insyaAllah

    BalasPadam
  4. teruskan usaha ni bang. Fardhu kifayah kita di dunia. InsyaAllah mendapat berkat.

    BalasPadam
  5. terima kasih juga dari saya kerana tulisan yang merungkai tabir dunia akhir zaman ini. Semoga setiap paparan dijadikan iktibar. dapat juga mengetahui alternatif media mengenai keadaan bumi malaysia kita dan sebagai tanda mengingati kita sebagai manusia. Salam dari the hague, holland :-)

    BalasPadam
  6. Keep it posting Abg Mazidul!
    almost 8 juta pageviews blog ini, pasti ramai tertunggu2 artikel yg terbaru =)

    syabas!

    BalasPadam
  7. teruskan menulis bang..banyak manfaat yang masyarakat dpt. smlm gi bazar ramadhan di usj4.nmpak pengemis mendukung anak, di gerai depan pengemis tu ada MPSJ tengah sibuk soal siasat orang yang meniaga tu..terus terfikir dia tak nampak ke pengemis ni.., buat dono aje. Saya bisik kat husband, agaknya kalau masuk blog mazidul baru kelam kabut nak amik tindakan pihak2 mcm ni..

    BalasPadam
  8. selamat maju jaya Bro Mazidul, moga Allah terus memberikan kekuatan untuk berkarya, bekerja,diberi kesihatan yang baik hendaknya AMIN

    BalasPadam
  9. abg, sy follow blog abg jugak..hari2 sblm buat keje, mesti n wajib nak keje jenguk blog ni..sehari tah beberapa kali terjah blog ni..teruskan berkarya.. =)

    BalasPadam
  10. 17 tahun lalu saya masih muda remaja. kurang peka dengan isu semasa. channel yg ada newspaper dan tv (harusla ku pilih tv3)..semoga abg mazidul terus sukses dlm berkarya. salam dari perantauan; moscow :D

    BalasPadam
  11. sentiasa di belakang abg Mazidul walau apapon..

    Semoga sukses selalu hendaknya..!!

    BalasPadam
  12. Teruskn Mazidul, jgn berhenti berkarya!! Allah Maha Mengetahui luhurnya hati budi kau yg aku dh kenal dr umur 18 tahun. Insya Allah, dgn izinNya, hanya Dia yg mampu memberi ganjaran utk kau.

    AMIR MOHAMAD

    BalasPadam
  13. SMTI-Apa yang kita boleh buat? Kalau bro sorang je yang berusaha, yang lain cuma buat buat buta, sampai bila? Sudah terang lagi bersuluh, pihak berkuasa cuma berdiam diri dengan maksiat yang makin menjadi jadi. Apapun saya tetap menyokong usaha bro.

    BalasPadam
  14. smti..
    teruskan menulis... dan tolong jangan tutup blog ini... :)

    BalasPadam
  15. En MAS,
    Terima kasih kerana memberi byk info berguna dgn kehadiran blog 'perkongsian hitam putih kehidupan' ini...

    Tahniah & selamat maju jaya...

    BalasPadam
  16. Saya antara peminat blog ini.
    Macam-macam cerita ada.Tentang kehidupan manusia.Selamat menulis dan terus menulis.

    BalasPadam
  17. SMTI.... Teruskan menyingkap hitam putih kehidupan manusia sbg iktibar n tauladan. Thumbs up...!!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.