Seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah.
Gambar ihsan : Berita Harian
Al-Fatihah buat roh Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Pada awalnya, kes terbabit diklasifikasikan oleh polis sebagai kematian mengejut.
Klik di sini untuk membaca laporan awal kes.
Hasil bedah siasat mayat di Hospital Sungai Buloh, doktor pakar mendapati arwah meninggal dunia akibat dijerut BUKAN menggantung diri, klik di sini. Polis kemudian menahan suaminya, Norazman Bashah, 31 tahun untuk disiasat.
Suspek direman 10 hari sehingga hari ini, klik di sini.
Jam 9 pagi nanti pasti ramai wartawan dan jurugambar media cetak dan elektronik akan berada di pekarangan Mahkamah Majestrit Petaling Jaya.
302.
Itu congakan saya.
Kita tunggu ...
KEMAS KINI
Suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah telah dituduh di Mahkamah Majestrit Petaling Jaya sekitar jam 10 pagi tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jika sabit kesalahan dia boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
Sewaktu dibawa ke mahkamah, dia kelihatan tenang. Norazman dituduh membunuh isterinya di antara jam 12.30 dan 7.30 malam, 28 Julai lalu.
Sebutan semula kes pada 14 September 2012.
KEMAS KINI
Suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah telah dituduh di Mahkamah Majestrit Petaling Jaya sekitar jam 10 pagi tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jika sabit kesalahan dia boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
Sewaktu dibawa ke mahkamah, dia kelihatan tenang. Norazman dituduh membunuh isterinya di antara jam 12.30 dan 7.30 malam, 28 Julai lalu.
Sebutan semula kes pada 14 September 2012.
al fatehah. i feel so sad n miserable for her little boy who has lost his mommy's love. to whomever who carried out the murder, blood is in your hands, you wil never know happiness anymore in your entire lifetime with this guilt.
BalasPadamsedih....orang yang paling rapat dengan kita sebenarnya adalah musuh paling bahaya....semoga arwah tenangg di sana...Al-Fatihah
BalasPadamSemoga kematian beliau terbela...... Al-fatihah
BalasPadamal-fatihah buat arwah Syaleza. Semoga kematiannya terbela dengan seadil-adilnya.
BalasPadamapa pun semoga kebenaran akan terserlah jua...
BalasPadammesti mencabar untuk si anak meneruskan hidup kan... katakanlah KALAU betul ayahnya yang membunuh maknya, mampukan dia memaafkan dan memanggilnya ayah? Moga Allah permudahkan perjalanan hidupnya yang masih panjang
BalasPadamsmti..
BalasPadam:(
SMTI....
BalasPadamnak tau apa keputusan mahkamah..
BalasPadamal fatihah utk arwah .
kekadang pempuan ni pun satu juga.Tapi kalau dah sampai nak bunoh membunoh tu gua tak sokong lah...
BalasPadamTidak disangka gunting dalam lipatan...api dalam sekam..
BalasPadamAgak-agaknya apakah yang mencetuskan keinginan suami arwah untuk membunuh beliau
http://manentertainment.blogspot.com/2012/08/isu-antara-kerajaan-dan-swasta-yang.html
ok kita tunggu hasil dakwaan... kalau lelaki dia yg bunuh mmg suami dia maka suaminya merupakan yg seorang suami yg paling tidak berguna... harapkan burung pegar, burung pegar makan padi...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
sangat kesian pada anak mereka berdua yg baru saja 2 tahun . macamanalah nak diterang kan bapak telah jerut mak dia sampai mati. wallahualam
BalasPadammasa di bicarakan apa pengakuan tertuduh ye? mengaku bersalah atau tak? lambatnya lagi sebutan kes..
BalasPadampilu hati mengenangkan nasib anak yg masih kecil..
teori peribadi = gaduh besar, pastu suami akibat terlalu marah, dia cekak isteri dgn kuat & lama, dan x sedar bini dah tercekik & x bole bernafas, lepas beberapa minit isteri terkulai x bergerak n barulah suami tersedar daripada "sampuk"nya ... the rest is history ..
BalasPadamjadi mungkin suami kena tuduh pembunuhan tanpa niat, tapi yg jadi persoalan kenapa dia buat cerita bini gantung diri? mungkin dah terlalu buntu & buat keputusan terburu-buru .. kepala dah serabut apa-apa tindakan pun x mustahil ..
Wallahua'alam
Kita ikuti dulu perbicaraan ni dan pasti akan keluar cerita disebalik kejadian ni. Dan kita akan dapat tau apa sebenaqnya yang terjadi. Al Fatihah untuk arwah.
BalasPadamMay Allah bless arwah, her son, and all, very sad kan, ni lan namanya bila iblis beraja di hati, nauzubillahiminzalik
BalasPadamKalaulah kita tahu orang yang akan kita kahwini akan menjadi sebab kematian kita... Tapi kita sebagai manusia yang lemah tidak tahu apa yang ditakdirkan untuk kita dan bagaimana kesudahan hidup kita. Kalau ditakdirkan berkahwin, berkahwinlah, maka bersyukurlah, walau tak pasti apa yang menanti kita kelak. Kalau ditakdirkan tak berkahwin, maka bersyukur jugalah, kerana yakinlah itu yang terbaik untuk kita menurut ilmu-Nya.
BalasPadamMorale of the story - kepada mereka yang dah berkahwin, jangan memandang serong kepada yang masih single dan berikan bermacam gelaran, sebab tak pasti lagi apa akan kita tempuh dalam perkahwinan kita. Kepada yang masih single, bersyukurlah, dan yakinkah hanya Yang Maha Mengetahui lebih mengetahui apa yang baik untuk makhluk ciptaan-Nya.
en mazidul
BalasPadamtau ke maklumat pasal anak mereka? macamana dengan anak kecil mereka ni...siapa yang jaga dia sekarang?
kasihan anak tu. dah la dekat nak raya. mesti asyik bertanya pasal emak dan bapanya. dia kecil tak mengerti apa2.
smti!
BalasPadam