Ahad, Ogos 12, 2012

DIA SANGGUP MELAKUKANNYA DEMI MENAMPILKAN FAKTA

Saya dapat menjangka, Razali Harun, 39 tahun, sanggup menzahirkan permintaan saya atas dasar persahabatan.

"Bolehkah awak menolong saya (untuk rakaman Majalah 3) menyamar menjadi pengemis di Bazar Ramadan Kelana Jaya selama kira-kira 1 jam. Tujuannya, untuk bersama kita melihat sikap pemurah masyarakat, gemar bersedekah kepada pengemis," ujar saya.

"Boleh bro," jawabnya ringkas.

Jam 4.44 petang, Razali menukar pakaian di dalam kenderaan sambil dirakamkan oleh jurukamera, Rohaizat Roslan.


Tanpa disuruh dia membawa baju Melayu, kopiah, seluar agak lusuh, selipar dan bekas plastik untuk menampung wang bakal disumbangkan oleh orang ramai.

Biarpun tersenyum, saya dapat merasakan dia berasa gementar.

"Berikan saya individu paling garang, saya berani berhadapan dengannya tetapi (menyamar sebagai pengemis) ini satu cabaran unik kepada saya," ujarnya.

Kira-kira 15 minit kemudian, Razali keluar dari kenderaan dan berjalan ke arah bazar dikunjungi ramai.


Pada masa sama, saya mengundang imam masjid Ibu Khaldun, di Sungai Besi, Kuala Lumpur, Ustaz Zaharuddin Zainal  untuk ke lokasi sama.

Saya memohon beliau menjelaskan konsep bersedekah mengikut ajaran Islam dan hasil rakaman itu bakal saya kongsikan kelak bersama semua.


"Goyah ke abang Razali?," tanya ustaz.

Sahabat kami, Azayusrin spontan tersenyum mendengar soalan itu.

"Sikitlah," balas saya.

Setengah jam kemudian Razali selamba muncul, duduk di hadapan gerai menjual pelbagai jenis bubur.

"Saya kena tunggu the right moment," kata ayah kepada dua anak itu.


Ustaz Zaharuddin tersenyum melihat sahabatnya itu.


Bukan mudah untuk memaparkan fakta.


"Ada beberapa orang mengenali saya dan menegur. Ketika itu saya hanya mampu menundukkan kepala serendah mungkin. Kaki lenguh, cuaca panas. Namun sebaik ada pengunjung menghulurkan sumbangan, saya terfikir, mudah sungguh untuk 'membuat' duit," ujar Razali.


Dia duduk di lokasi itu selama kira-kira 45 minit sebelum kami hampiri.


"Terima kasih Razali," hanya itu kenyataan awal mampu saya ungkapkan.

Wang kutipan sebanyak RM25 kemudian kami masukkan ke dalam tabung sumbangan di Masjid Tabung Haji terletak tidak jauh dari bazar terbabit.

Visual hasil rakaman itu akan dipaparkan di Majalah 3, 15 September 2012.

16 ulasan:

  1. SMTI: Syabas untuk semua yg terlibat dalam pendedahan kali ini terutamanya kpd sdr. Mazidul & sdr Razali Harun... Saya amat-amat terharu akan pengorbanan yg dilakukan oleh saudara Razali... bukan semua orang mampu menanggung 'amanah' ini.Moga pendedahan ini akan mampu menyedarkan ramai pihak diluar sana.

    BalasPadam
  2. memang terbaik dr yg terbaiikk....td pn bru lepas layan story abg mazidul pasal ciptaan rakyat tempatan.dah lama x kluar rancangan mengenai idea yg xterpikir oleh kita tpi mampu d olah oleh sebahagian masyarakat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Aksi blm cukup menambat simpati kot...cer cuba 2-3 kali lagi...boleh dapat lagi byk ;)

    BalasPadam
  4. Memang habit suka bersedekah yang sukar dikikis..

    Ingatkan saudara Razali nak berlakon jadi orang buta siap bawak tongkat =)

    BalasPadam
  5. punyalah saya dn suami tak sabar nk tgk maj. 3 psl pengemis ni, smlm (11 ogos) awal2 tercogok dpn tv tgk maj. 3. heran gak apehal la pulak kuar citer nanas. dh dkt abih baru suami teringat, cerita pengemis ni bkn smlm la tp lmbt lg daa...ekeke..

    BalasPadam
  6. SMTI.
    orang mudah kesian pada mereka dan sebab tu mereka mudah mendapat duit dengan cara begitu..

    psstt: masukkan sekali rakaman pengemis2 yang biasa abg mazidul jumpa tu.. biar satu Malaysia tau..

    BalasPadam
  7. smti...bukan semua orang ada keyakinan diri dan keberanian untuk melakukannya...tahniah!

    BalasPadam
  8. As salam Mazidul,

    Kurang dari sejam dah mampu kumpul sekitar RM25! Bukan sikit2! Org kita (Msia) mmg pemurah hati... Lagi2 dibulan yg mulia ini... Tahniah buat semua yg terlibat, moga pendedahan ini membuka mata masyarakat... Sedekah biarlah kena pada tempatnya... Buka hati & minda serta berlapang dada... Menghulur biarlah smp pada yg benar2 memerlukan... :)

    BalasPadam
  9. sunglasses nampak mahal kot tu yg org susah nak percaya sikit hehehehe. btw bagus lakonan ni, boleh tgk sejauh mana sikap kemurahan hati rakyat malaysia, tapi last sekali tu takde ke jerit 'wakenabeb' hehehe

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Betul.. gambar nampak sunglasses boleh tahan, baju kuning itupun masih cantik.. next time kena pakai betul2 lusuh.. :P

    BalasPadam
  11. cayalah rakyat malaysia memang prihatin, pemurah, daya simpati terlalu tinggi...sebab itu negara kita jadi lubuk pengemis..

    BalasPadam
  12. SMTI-berharap dengan paparan dari blog En. Mazidul & di Majalah 3 kelak akan membuka mata ramai pihak...

    BalasPadam
  13. salam,

    syabas atas usaha abg. Mazidul dan rakan-rakan untuk buka mata rakyat.

    nampak undercover ni. dah terlepas baru rase "eh macam pernah nampak"..

    BalasPadam
  14. Kenapa pengemis pakai Oakley? Pun ada yg baik hati dan pemurah juga nak menyumbang tu. Kalau dimekapkan pasti lebih lumayan :D

    BalasPadam
  15. Orang kita mudah simpati..tapi sekarang saya ajar anak kalau nak sedekah pun tengok orang juga.Kalau orang buta jual tisu tu memang saya beli tisu sambil sedekah.Kadang2 rasa bersalah juga sb macam kedekut dengan duit yang sedikit,tapi bila mengenangkan terlalu banyak penipuan itulah yang mengengkang tangan dari menghulur.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.