Saya di Kuala Lumpur dan tadi berada di lokasi kejadian penjaga kelab malam, bouncer ditembak pada sekitar jam 4.30 pagi tadi di pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.
Dua mangsa, berbangsa Melayu, Mohd Akmal Jemain dan Mohd Nor Firdaus Rashid, berusia 21 tahun terkorban berasal dari Kulai, Johor dan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
"Mangsa berasal dari Johor itu baru bekerja 2 bulan bang. Saya, 6 bulan," kata seorang daripada bouncer saya temui di lokasi kejadian.
Wajah bouncer berusia 30 tahun itu kelihatan amat sugul dan penat. Katanya 8 bouncer bertugas pada setiap hari.
"Saya tidak tidur sejak dari pagi bang, kasihan adik kawan saya itu," keluhnya perlahan.
Enam lelaki, dipercayai India tempatan dikatakan berang lalu mengamuk kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam pusat hiburan terbabit.
Lantas pergaduhan berlaku di antara mereka dan bouncer bertugas di premis.
Untuk rekod, semua pusat hiburan di bandaraya hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 3 pagi sahaja.
Dua daripada suspek dikatakan dibelasah teruk oleh bouncer sebelum seorang daripada ahli kumpulan mereka mengeluarkan senjata.
Dua daripada suspek dikatakan dibelasah teruk oleh bouncer sebelum seorang daripada ahli kumpulan mereka mengeluarkan senjata.
Mangsa dilaporkan diheret keluar dari premis hiburan terbabit sebelum ditembak di kepala. Akmal meninggal di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala. Manakala Firdaus ditembak dirusuk kiri dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur
Lihat kedudukan mangsa ditembak, di hadapan pusat hiburan terbabit.
Mayat seorang daripada mangsa dihantar ke Johor untuk dikebumikan sekitar jam 4 petang tadi.
Dua orang awam, seorang daripada mereka wanita penjaga parkir, tercedera akibat tembakan rambang dilepaskan oleh suspek.
Suspek dikata melarikan diri ke arah restoran mamak di penghujung jalan di bawah.
Saya perhatikan terdapat kamera litar tertutup di tepi jalan sama, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Saya berharap pihak polis berupaya menyelesaikan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dengan kadar segera.
Bimbang kejadian lebih buruk berlaku.
posted from Bloggeroid
kenapa la nak kerja sebagai bouncer kelab malam... semoga dosa2 arwah dan kita semua diampunkan Allah...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Salam Bro Mazidul..
BalasPadamMakin menjadi-jadi kegiatan jenayah samseng kaum India akhir-akhir ini. Itu belum termasuk ahli politik yang biadap seperti ahli DAP Kelang tempoh hari.
Saya setuju polis harus segera selesaikan sebelum ada pihak lain yang mengambil tindakan sendiri untuk membals dendam.
Moga Malaysiaku aman.. AMIN..
kurang ajar....repeat balik..jgn bagi muka..
BalasPadamMalaysia masih selamat. Indeks jenayah makin menurun, mana ada tembak menembak ni.
BalasPadammudah sungguh la ni...
BalasPadamnak bunuh org..
nak culik org..
nak cabul org..
nak menyamar/tipu org..
nak pecah rumah org..
nak tetak/libas org...
nak ragut org..
nak samun ATM..
yeaa.. setuju dgn Jojo..
BalasPadamJojo berkata...
Malaysia masih selamat.
Indeks jenayah makin menurun,
mana ada tembak menembak ni.
~> tu semua citer lama tu..
xsilap tahun 1938 punya cerita..
cerita sblum Jepun mendarat !!
baguslah rakyat malaysia sekarang
BalasPadamtak dapat masuk club pun bunuh2 orang...
dah mabuk dadah ke apa?
pastu lari pulak
kalau dah berani tembak orang, apsal lari pulak kan? mestilah berani kena tangkap..
berani buat berani tangung laaa
i dont think kerja bouncer tu tak elok, tak semestinya dia kerja kat club dia tak elok...
apapun alfatihah untuk mangsa
Salam, apa nak jadi ni? Senjata api boleh dapat senang sangat ke?
BalasPadamAgaknya yang statement "Malaysia masih selamat" tu...dia tak jalan-jalan kot tengok sendiri. Kalau jalan-jalan kat luar pun must be with entourage lah kan...
SMTI
BalasPadamPuncanya sebab ada 'Kelab malam, berlesen atau tidak berlesen, pusat hiburan malam', jual arak, orang mabuk, pemandu mabuk langgar orang sampai mati, rogol, cabul, seksi, judal tubuh, jadi pelacur, bergaduh, akhirnya berbunuh-bunuhan.
Cuba semua pusat hiburan, kelab malam, segala tu ditutup dan tidak dikeluarkan lesen, arak tidak dijual. Masalah ni tak ada, insya Allah, masalah tiada.
Mencegah lebih baik dari mengubat. Pendapat 2 sen saya jek.
Nota:- rokok tak bahaya sangat, tapi gambar macam-macam, arak tak bahaya macam rokok ke? tak de gambar orang mati eksiden ke, orang muntah ke?
bagaimana dengan mereka yang dibelasah oleh bouncer tuh?
BalasPadamtak dapat dibayangkan, sorang disembelih, sorang ditembak. mcm dok kat negara yg takde undang2 dah. Harapnya polis berjaya menangkap manusia suspek dan memberi keadilan kepada mangsa.
BalasPadamkalau tak silap club yg bouncer ni jaga club yg penuh dgn paria.paria kalau dh mabuk mmg perangai mcm nakharom...apapun al fatihah buat arwah berdua
BalasPadamKesimpulannya jauhkan lah diri dari tempat SETAN ni. Tak kira lah samada masuk dalam CLUB SETAN ni mahupun kerja di CLUB SETAN ni.
BalasPadamTapi yg paling penting sekali kenapa KERAjaan xtutup terus CLUB SETAN ni? kata negara ISLAM? siap negara arab lain nak jadikan Malaysia sebagai negara contoh? ape kejadah hotak dia?
Sorry kasar sedikit bahasa. Tapi aku mmg benci anak melayu masuk tempat maksiat ni. Ibubapa tolong lah pantau anak2 muda kita.
Ok la kapiaq yg bunuh... Jgn org islam sendiri...
BalasPadamYaAllah ampunkan ummat..
BalasPadamSikit hari lg Malaysia bole jd Mexico sikit2 bunuh... ini semua takkan berlaku kalau negara yg kononnya negara Islam tiada tmpt hiburan mcm ni.... cuba contohi Brunei ... Regardless who u r, race or religion di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung... maybe politikus Malaysia takut undi hilang...atau takut kepentingan diri sendiri terhapus tu yg tak berani nk tutup tmpt2 hiburan mcm ni...
BalasPadamSetuju sangat dengan pendapat MADEMOISELLE dan DINO CONOCO .. SEPATUTnya dah dikatakan Negara Islam .. tak adalah benda-benda yang macam ni .. pusat hiburan, minuman arak di jual secara terbuka etc. Kenapa yerr .. negara BRUNEI tak de pula melaung-laungkan status negara ISLAM nya .. tapi semua orang tahu dan menghormati dan mematuhi ' hukum' dan ' undang-undang' negara itu ?
BalasPadamShaty, Malaysia bukan negara Islam tetapi dihuni majoriti orang Islam.
BalasPadamLaaa....Mazidul kata Malaysia bukan negara Islam pulakkk...Hari tu Mahathir kata Malaysia negara Islam...mana satu yang betul ni???? Fenin fenin.....
BalasPadamSebenarnya jenayah ni berlaku tak kira di negara mana, Islam ke Kristain ke atau Atheist. Sebabnya syaitan ada di mana-mana. Lebih baik memilih Syaitan yang sudah dikenali dari memilih Malaikat yang belum dikenali heh he.....nyanyuk....
Wawasan 2020,
BalasPadamIslam Hadhari,
1 Malaysia,
The Malaysian constitution guarantees freedom of religion while making Islam the state religion
lebih lanjut baca disini..
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia#Religion
smti... makin seram dok di negara sendiri...
BalasPadam