Salam kepada semua pembaca.
Sejak 2 minggu lalu saya mula membuat liputan kisah pengemis di pelbagai lokasi dan yakin jika diizinkan Allah, laporan bakal disiarkan pada 15 September 2012 mampu membuka mata banyak pihak.
Semalam saya berada di Kelang, Selangor, sepatutnya menyertai operasi bersepadu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Selangor. Sebelum bergerak ke lokasi, saya sempat menghubungi kakitangan JKM dan bertanyakan antara sasaran mereka.
"Bazar Ramadan berhampiran pusat membeli belah Centerpoint"
Itu jawaban saya terima.
Malanganya tinjauan awal, sebelum operasi bermula mendapati, tiada pengemis berada di lokasi terbabit. Lalu saya menghubungi rakan peniaga di Seksyen 4, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Sebelum ini memang ada dua pengemis Kemboja mengendong anak tetapi hari ini, tiada. Pelik sungguh," jelas rakan itu.
Saya dan kru kemudian menuju ke Bazar Ramadan Kelana Jaya namun hampa.
"Semalam memang ramai pengemis di sini, hari ini lengang," jelas peniaga saya temui.
Timbul persoalan di benak fikiran saya.
Mungkinkah sindiket mendalangi kegiatan pengemis mengetahui berita berhubung operasi dilaksanakan oleh JKM Selangor?
Dalam tempoh sebulan ini, saya akan menjalankan tinjauan di beberapa lokasi terpaksa saya rahsiakan buat sementara waktu. Izinkan saya membongkar dan mendedahkan fakta tidak dapat disangkal berhubung kegiatan pengemis untuk membuka mata orang ramai.
Di satu lokasi di Kelang, saya menemui lelaki warga emas, berasal dari Kemboja berusia 80 tahun.
Dia mula bermastautin di Malaysia sejak 15 tahun lalu menggunakan kad UNHCR.
"Saya telinga sakit, mata sakit, semua sakit. Sekarang hutang sama itu hospital RM800," katanya.
Kami porak porak beredar, dia bangun dan bergerak bak lipas kudung sehinggakan sukar dirakamkan oleh jurukamera bertugas.
Kisah kehidupannya sebagai pengemis bakal saya kongsikan kelak.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kenderaan, saya melihat kawasan berhampiran bak dimonopoli oleh warga Indonesia.
"Kita berasa panas, tengok lelaki Indonesia itu," ujar saya kepada jurukamera.
Barangkali di negara kelahirannya, memakai jaket tebal di tengah panas, biasa.
Macho! Berjalan bersama teman wanitanya.
SMTI: hihi... pakai jaket kulit tu..*berfesyen tak kena tempat *
BalasPadamSmti-Petang tadi semasa bro sedang menemuramah wanita asing sambil mencangkung, saya ada di belakang. Semiga isaha bro berjaya membuka pihak terbabit. InsyaAllah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwah!! bang.. tak sabar nak tau selanjutnya..
BalasPadamsmti..
BalasPadamsaspen tunggu kisah yg nak dibongkar...
smti...
BalasPadamAssalamu'alaikum Mazidul,
BalasPadamApa khabar saudara sekarang.
Disini saya ingin mohon bantuan dari Saudara untuk menyiarkan hasrat Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan yang ingin membantu golongan miskin, anak yatim dan mu'allaf yang berada di negeri Kelantan ini. Kalau boleh buatlah satu posting untuk membantu mereka ini dan gembirakanlah mereka di Hari Raya yang menjelang tiba.
Berikut ialah posting memohon bantuan derma/zakat yang terdapat di laman blog PERSILEK.
http://lintauartstudio.blogspot.com/2012/08/ZAKAT.html
Semoga saudara diberkati dan dirahmati Allah SWT atas usaha membantu golongan yang memerlukan.
Sekian dan terima kasih.
Saudara mu,
Dr. Kamal Shah
Sutan Rajo Sati
Pasir Puteh
Kelantan
019-377-3055
emel: lintaukelantan@gmail.com
mayang mengurainya rambut si awek
BalasPadamtak panas ke Om
salam mazidul, semalam saya pergi ke bazar ramadhan di stadium shah alam masih ada pengemis. Bukan malaysia. apa kata pergi ke sana pulak.
BalasPadamSaudara mazidul jangan lupa bongkar kejadian seks dan judi di hotel crystal crown, gold course dan histana (klang) berselindung di sebalik pusat spa.judi online pun ada di sana lebih mengecewakan MELAYU banyak disana (terutama) orang kelantan...seks ditawarkan murah china (180/main) indon(150/main) apa lagi terjahhhhh..siapla kau Pakatan Rakyat yang hampehh
BalasPadamSelalu nampak mamat indon di KOMTAR Penang pakai beanies(topi musim sejuk)sambil tunggu bas waktu tengahari panas-panas.
BalasPadamAssalammualaikum semua,
BalasPadamHari ni ada lagi anak gadis melayu mintak wang summbangan untuk sekolah agama dengan menjual tonik bertenaga di stesen petronas bangi. Bila ditanya katanya bukan pelajar tapi warden walhal umur mungkin tidak melebih 14 tahun...tak bagi kesian tapi saya memang rasa kurang selesa takut2 budak2 dipergunakan...
Tak risau ke pengetua sekolah tu tentang keselamatan budak2 tu...
bro mazidul selalunya bro menyediakan laporan tentang kegiatan gro,pelacur asing yang ditangkap pihak berkuasa cuma saya ingin bertanya apakah kesudahan tangapan tersebut adakah gro/pelacur asing ini ditahan di lokap atau dilepaskan untuk berkerja semula?boleh tak saudara mebuat liputan selepas tangkapan dibuat dan proses2 yang dilakukan oleh pihak berkuasa...thanks
BalasPadamAritu saya ke klinik di area Subang, masuk2 je dah rasa kat luar negara. Betapa ramainya warga asing di negara kita!
BalasPadamkat sini tiap awal bulan rasa kat Indon..bank,pasaraya,jalan penuh dengan dia org yang keluar dari ceruk2 ladang....
BalasPadam15 tahun di Malaysia.. wah.. agak2 mewah tak hidup dia..?
BalasPadammaklumat bocor ke.. hingga langsung tiada pengemis di tempat kejadian..
klang memang port idon dengan bangla bang .. klau hari minggu mmg mini jakarta & dakha
BalasPadam