Jumaat, Ogos 03, 2012

"I AM A FREE THINKER!"

Kalau sebelum ini, pengemis wanita Kemboja memakai tudung seperti perawakan ramai wanita Melayu, operasi bersepadu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Selangor petang semalam mendedahkan fakta berbeza.

Kira-kira 30 kakitangan JKM, penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dan polis terbabit menahan 6 pengemis tempatan dan warga asing di Bazar Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam.


Lama saya memerhatikan wanita di atas.

Cara pemakaian tudungnya kelihatan agak aneh kerana dilengkapi topi. Saya dan jurukamera berpeluang mendekatinya sebelum kakitangan JKM membuat pemeriksaan.


"Nenek sudah tua, giginya tinggal dua ... ," dia mendendangkan lagu Burung Kakak Tua sambil menyeringai menunjukkan gigi.

Ramai pelanggan bazar melihat kejadian itu dan majoriti berasa marah, tertipu berikutan tindakan wanita itu.


Setelah MyKad miliknya diperiksa oleh polis, dia. 66 tahun didapati bukan beragama Islam. Turut mengemis bersama, kakaknya, 5 tahun lebih tua.


"Agama apa?," soal saya.

"I am a free thinker, saya pakai ini (tudung) sebab fesyen. Lagipun hari ini panas," jelasnya.

Seorang lelaki tempatan dipercayai berbangsa Cina, memakai kopiah putih. Melalui Laporan JKM, saya dimaklumkan, dia muallaf dan memeluk Islam pada tahun lalu.

Malangnya, dia gagal untuk mengucap dua kali syahadah.

"Pengemis ini faham, di bulan Ramadan, umat Islam disarankan bersedekah. Lagipun, jika kita lihat, majoriti pelanggan bazar ini beragama Islam. Jadi mereka memakai tudung dan kopiah, sekaligus kelihatan seperti penganut agama Islam untuk meraih lebih simpati orang ramai," ujar Nik Omar Nik Abd Rahman, Pengarah JKM Selangor.


17 ulasan:

  1. SMTI : eeeee... geramnya !!! Dia tipu kita..!!Pls rakyat Malaysia.. buka mata anda semua..!! Salurkan sedekah jariah anda di tempat yg betul & kepada mereka yg berhak..!!

    BalasPadam
  2. Dah2 lepas ni mohon semua umat islam stop bg derma kt pengemis2 jalanan kt pasar. Kalau rasa duit dh terlebih2 sgt derma je kt masjid atau pusat zakat. Lg kita derma kt mereka2 ni lg mereka makin naik lemak.

    BalasPadam
  3. bila ada media baru bekerja. itulah dasar tanda amanah. petang tadi siap berbelas polis turun meronda sambil ditemani cameraman di bazar yang sama.

    BalasPadam
  4. Harap harap abg mazidul pegi operasi bersepadu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur ye... boleh jumpe sekali... Hehehe

    BalasPadam
  5. syukur dan syabas atas tindakan..bagi yang dah terderma redhakan lah Insya Allah akan dapat ganjaran besar dari Allah..
    bagi yang baru nak bermula bersedekah, saya sarankan salurkanlah pada yang lebih berhak..anak yatim, orang Islam yang miskin, mangsa rumah terbakar..orang sakit, dsb

    BalasPadam
  6. saya dah lama tak pernah bersedekah kepada pengemis2 ni. Kalau terasa nak bagi sedekah ada baiknya masuk tabung masjid jer. ataupun cari no. akaun rumah anak yatim n bank in jer. lg ok dari rasa waswas, betul ke idok dia ni miskin, ataupun ntah2 sendiket jerr

    BalasPadam
  7. Pihak berkuasa patut letak banner kat Param semua, ingatan untuk pengemis penipu ni jangan diberi sedeqah, baik letak tabung masjid or tabung rumah anak yatim, dah tentu pi tpt yang sepatutnya, kat bukit indah tabung masjid besar macam tabung org jual air, mmg ramai yang masukakan sedeqah, tak sempat g masjid pun bole sedeqah kat masjid, alhamdulillah :)

    BalasPadam
  8. As Salam En Mazidul,

    Semalam di Bazaar Kelana Jaya masih lagi terdapat pengemis. Kali ini wanita umur pertengahan membawa budak2 kecil termasuk yang down sindrom. Ada jugak 2 orang lelaki minta derma untuk "rumah anak yatim" tp lagaknyer macam bukan warganegara kita.

    Mereka ini tetap akan ada selagi rakyat kita bermurah hati bersedekah kepada mereka..

    BalasPadam
  9. Kalau ada peminta sedekah di pasar2 atau tempat keramaian jangan lah diberi..mesti ada dalang yang meletakkan disitu..

    BalasPadam
  10. Rakyat M'sia ni terlalu pemurah itu sebabnya ada antara warganegara malahan pendatang asing juga telah menjadikan Pengemis sebagai satu profesion...

    Jemput singgah:
    http://manentertainment.blogspot.com

    BalasPadam
  11. ini cerita peminta sedekah ni Bazar Kelana Jaya

    http://sayadisinibukansaya.blogspot.com/2012/08/peminta-sedekah-di-bazar-kelana-jaya.html

    BalasPadam
  12. Kalau Di Masjidil Haram Makkah.. Jemaah Umrah disarankan bbersedekah pada petugas2 Masjidil Haram seperti tukang sapu jalan, tukang angkut air zam2, cleaner.. tidak disarankan bersedekah kepada peminta sedekah dikaki2 lima..

    BalasPadam
  13. nice bro, smlm tgk kt 999 mmg gempak..pasni suruh dorg gegar kawasan2 bazar dekat2 area KL/Selangor ni..

    BalasPadam
  14. salam..bro MAS,bagus sesangat dgn pendedahan bro MAS tntang pengemis2 ni.at least JKM xdok saja lah bulan posa ni.kat tv pon sya tgk ada klua berita tntang penangkapan pengemis2 yg BUKAN PENGEMIS ni...tahniah!!

    BalasPadam
  15. sampai hati ye mempermainkan hati orang melayu islam yang bersimpati...kecewanya saya tidak terkata...Terima Kasih Mazidul dan rakan-rakan kerana berjaya membongkar penipuan ini.

    BalasPadam
  16. Erm. Masa kejadian ini sy berada disebelah mazidul di bazar ini. Memang selalu nampak mmkcik ni. Tak pernah lak terasa nak bg sbb dh byk kes cm ni. Kalau tak menipu..org lain ambil kesempatan...dunia skrg ni memcm...sedey..

    BalasPadam
  17. Musykil dgn pengemis bw baby.Setiap kali jumpa, tak kira la mana-mana pun, pasti baby tu akan tidur. Apa diorang buat pada baby tu?bagi ubat tidur ke?dan si pengemis tu, ibu dia ke?mcm tua je pun,mn suaminya?simpati pd baby tu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.