Khamis, Ogos 09, 2012

LOKASI TEMPAT TINGGAL PENGEMIS DIBONGKAR!

"Saya berjanji akan membantu abang Mazidul untuk mendedahkan kegiatan sindiket pengemis terancang dan menunjukkan kepada abang lokasi pengemis Kemboja itu tinggal," janji pemberi maklumat saya, 'Izam'.

Jam 1.30 tengahari tadi, saya menghubungi dia berulang kali tetapi tidak berjaya.

"Rohaizat, barangkali dia berasa takut untuk bekerjasama dengan kita. Apapun misi kita ke Paya Jaras tetap akan diteruskan," ujar saya kepada jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan.

Bagaimanapun 15 minit kemudian, Izam menghubungi saya. 

"Abang tunggu saya di tapak pasar malam Paya Jaras, saya akan sampai," katanya. 

Beberapa minit kemudian Izam tiba dan kami bergegas menuju ke lokasi dimaksudkan.


"Teksi berwarna merah itu memang digunakan secara full time untuk mengangkut pengemis warga Kemboja, lebih kurang 15 orang. Kira-kira jam 3 petang, setiap hari, mereka keluar menaiki teksi untuk ke pelbagai lokasi. Lokasi itu pula ditentukan oleh pemandu teksi sendiri. Lima pengemis cacat bersama anak kecil mereka dihantar dan kemudian dijemput sebelum waktu berbuka puasa kalau di bulan Ramadan," ujar Izam.


Saya difahamkan, setiap unit rumah 3 bilik disewakan dengan harga RM1,300 sebulan.

Jam 2.17 petang ...

Lelaki berbaju merah di belakang kereta kita ini rasanya perasan kita merakamkan gambar di kawasan ini. Tengok dia mula menelefon," bisik Izam.

Saya pantas merekodkan gambar lelaki memiliki kereta jenis Proton Waja itu dari dalam kenderaan. 


Kami kemudian beredar lalu mencari lokasi lebih sesuai untuk merakamkan visual.


Namun  tindakan kami dipantau oleh beberapa lelaki berdiri di hadapan deretan rumah sewa itu di bahagian hujung.

Semua pengemis pada awalnya kelihatan mundar-mandir di hadapan rumah bertindak bersembunyi di dua unit penempatan menjadi sasaran rakaman kami.

"Ini negara kita justeru kita tidak perlu takut untuk mendedahkan fakta berhubung pengemis warga asing selama ini memperdayakan masyarakat tempatan," saya hamburkan kata-kata semangat kepada kru bertugas.

Mereka bersetuju.

"Jom kita pergi sendiri dan berjumpa dengan pengemis itu. Cuma tolong rakamkan visual setiap langkah saya sehingga bertemu mereka," pinta saya kepada Rohaizat.


Kami kemudian turun dari rumah sedang dibina itu dan berjalan menuju ke arah rumah dihuni oleh pengemis. Saya mengambil keputusan bertemu lelaki berbaju merah.

"Saya dimaklumkan awak dan kumpulan selama ini mencuri kayu gaharu di hutan Malaysia. Saya ke sini tidak ada kena mengena dengan awak, awak jangan kacau saya. Sekarang, tunjukkan saya rumah pengemis. Saya yakin awak tahu kerana tadi saya tengok awak sibuk menghubungi ramai orang untuk meminta tolong kononnya untuk menangani kehadiran saya di sini," ujar saya memberanikan diri.

"Abang kenal saya?," soalnya.

"Saya tidak kenal awak tetapi saya diberitahu mengenai kegiatan awak, faham?," tanya saya.

Dia mengangguk dan terus membawa saya ke rumah berhampiran. Beberapa kali dia mengetuk pintu sebelum pintu dibuka.


Di dalam rumah, saya temui 3 lelaki warga Vietnam sedang tidur dan 2 pengemis warga Kemboja. Seorang daripada mereka, remaja cacat, saya rakamkan gambarnya di Bazar Ramadan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor sebelum ini.


Dia tidak mampu bercakap dan berjalan mengesut.

Manakala lelaki lebih tua duduk di sebelahnya, berkaki kudung dan menggunakan kaki palsu.


"Kalau pergi mengemis, naik apa?," tanya saya.

"Teksi." sambil menunjuk ke arah teksi diparkir di luar rumah.

Setelah didesak, lelaki itu kemudian membawa saya dan kru ke rumah dihuni pengemis wanita Kemboja dan anak kecil digunakan oleh mereka untuk meraih simpati.


Semua visual itu direkodkan oleh Rohaizat.


Di dalam rumah saya ditemui 4 wanita dan 3 anak kecil pernah saya jumpa di bazar Ramadan di Kota Damansara.


Perhatikan anak kecil di bawah.


26 Julai lalu, saya terserempak dia dan ibunya sedang mengemis di Bazar Ramadan, Seksyen 7, Kota Damansara.

Berikut gambar mereka.


Untuk rekod, wanita di atas bukan beragama Islam tetapi bertudung ketika mengemis sekadar untuk meraih simpati pelanggan beragama Islam.

Sebaik saya memasuki rumah, dia pantas melarikan diri mengikut jalan dapur.


Spontan saya mengajukan soalan berikut kepada rakan serumahnya  ...

"Ada Astro ke?" 

\

Pendapatan purata setiap pengemis, di antara RM200 dan RMM400 dalam tempoh 3 jam. Bazar Ramadan, lubak duit bagi mereka.

Semalam, gambar wanita berbaju belang itu saya rakamkan ketika dia pulang daripada mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 4, Kota Damansara.

"Tinggal di mana?," soal saya.

"Damansara Damai," balasnya yakin disertakan dengan senyuman.


Dia pulang menaiki teksi.

Hari ini ternyata saya ditipu sekaligus rahsianya terbongkar. Dia bukan menetap di Damansara Damai tetapi di rumah sewa di Paya Jaras.

Visual dan laporan lengkap, 'Kisah di sebalik tangan yang menadah,'  InsyaAllah bakal saya kongsikan bersama semua di Majalah 3, 15 September 2012.

21 ulasan:

  1. Two thumbs up! Sapa tokan yg susur atur mereka ni??? Patut tebas kaki dia biar dia sama sama mengemis...

    BalasPadam
  2. Salam,

    Teruja saya baca artikel kali ni. Biar semua orang tau apa perkara yg sebenarnya. Yelah, bukan apa, orang lain berusah payah mencari rezeki, ada sesetengah orang ni mencari rezeki dgn menyamar sebagai pengemis. Hmm.. Kan elok diorang ni cari rezeki dgn cara lain, meniaga ke apa ke.. Entahlah.. Anyway.. Teruskan usaha En Mazidul.. Kalau perlukan apa2 bantuan, boleh hubungi saya, 016 - 985 4693 (Zahir).. InsyaAllah saya boleh bantu apa yg saya mampu...

    Oh ye, rumah2 kat area Paya Jaras ni boleh katakan 'hebat2'.. hehe..

    BalasPadam
  3. Tahniah encik mazidul. Betul, ini negara kita. Tak perlu takut untuk mendedahkan fakta. Mereka terlalu mudah memperolokkan kita rakyat malaysia dengan identiti palsu mereka.

    **masih ada pengemis di bazar ramadhan kelana jaya petang tadi**

    BalasPadam
  4. apa tindakan pihak berkuasa kebajikan masyarakat dan imigresen tak kan berdiam diri saja?

    BalasPadam
  5. Smti. Assalamualaikum. Anak2 kecil tu anak merekakah? Hati kecil saya mengatakan mereka ialah hasil culik dan kekadang kita akn terjumpa yg kudung kaki atau tangan.. Elok juga bongkar siapa dalang d sebalik semua ini..mungkin orng tempatan!!

    BalasPadam
  6. SMTI. Tahniah bro mazidul....mengungkap satu demi satu tembelang pengemis warga asing ni.

    BalasPadam
  7. bagus tindakan bro mazidul.. semoga pihak berkuasa yg berkaitan dapat mencontohi & ambil teladan.. org yg "takde kuasa" pun boleh buat sejauh ni. hehe

    BalasPadam
  8. terbaeklah bro... bro mazidul memang seorang yg sangat berani dalam menerjah kegiatan2 haram seperti ini... teruskan usaha lagi

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. kasihibu berkata...

    "apa tindakan pihak berkuasa kebajikan masyarakat dan imigresen tak kan berdiam diri saja? "

    Depa duk buat apa lagi...
    nunggu bonus stengah bulan gaji la !!

    BalasPadam
  10. tak paham, kita ni nak keje jadi promoter pon dah rasa malu sbb rasa mcm paksa org bagi duit, ni plak kerja sedekah..xmalu ke? kudrat semua ada , tapi xnak guna.. satu hari allah tarik nikmat tu baru tau.

    BalasPadam
  11. Kejadian di bazar ramdhan di bandar baru bangi, seksyen 16 hari selasa lepas, kaget cz di depan mata nampak aksi kejar mengejar pihak JKM dgn peminta sedekah yg warganegara Malaysia..kemudian, tdengar orang berniaga mengadu dgn pihak JKM, kalau malam (masa pasar malam) ramai sgt yg warga asing dtg dari gerai ke gerai minta sedekah n jawapan JKM "bukan tugas kami,tugas imigresen". Betul jawapan tu, tapi kenapa tak dijawab "terima kasih atas info puan, sy akan panjangkan pada pihak imigresen". sepatutnya perlu ada kerjasama antara JKM dan imigresen. Jgn cuma melepas diri masing2..ni negara kita! N ms sama sy perhatikan, banyak tempat letak duit ditnggaljan mcm tu je tanpa ada jg, mungkin dah lari agaknye tp sengaja tak bawak skali bekas duit sbb diorang tahu, letak bekas asal utk mderma, ramai je minat nk bg, xperlu dijaga..

    BalasPadam
  12. Teruskan usaha, saya tak sabar nak tengok majalah 3!

    BalasPadam
  13. Memang terbaik giler Bro....!!!..tunggu majalah 3...

    BalasPadam
  14. SMTI! Menunggu tarikh 15.09.2012.Terima kaseh buat En MAS & rakan2 yg terlibat dlm perjuangan ini...

    BalasPadam
  15. remaja cacat yg mengesot tu pnah saye terserempak mengemis di pasar ramadhan seksyen 20 Shah Alam minggu lepas.

    BalasPadam
  16. Saya sokong apa yang en.Mazidul buat ni. Bagus. cuma saya minta encik pastikan adakah mereka betul2 warga kemboja islam? Setahu saya jika yang beragama islam tidak akan melakukan perkara sedemikian. Tetapi jika benar mereka kemboja islam adalah amat memalukan.

    BalasPadam
  17. tahniah abg mazidul.tak sabar nak tunggu 15 sept.

    BalasPadam
  18. memang patut didedahkan.. + biar pihak berkuasa lebih rajin memantau dan amik tindakan di 'hot spot' pengemis2..

    BalasPadam
  19. Tahniah bang.kasian tgk ank kecil pun diguna utk minta sedekah.sapa tokey mereka ni? Tak sabar nak tgk m3 nt.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.