Sabtu, Ogos 25, 2012

BUKAN SEMUA ORANG BERANI NAIK ...




Menggunakan eskaltor atau tangga bergerak sudah menjadi kelaziman kepada majoriti kita.

Eskaltor antaranya disediakan di pusat membeli-belah dan juga di pejabat kerajaan dan swasta biarpun bukan semua.

Saya lihat sebilangan kanak-kanak gembira bermain eskalator. Kekadang diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa, kekadang tidak.

Barangkali ramai tidak mengetahui, di zaman hujung 70 an, orang tua dari kampung, berasa janggal dan takut untuk menggunakan eskalator sekiranya dibawa sanak saudara ke bandaraya.

Mereka berasa teragak-agak untuk meletakkan kaki di tangga bergerak itu sehingga terpaksa dipimpin oleh ahli keluarga lebih muda. Maklum sahajalah, kebanyakkan mak cik ketika itu berkain labuh, cuak andai hujung kain mereka tersangkut di bahagian tepi tangga bergerak terbabit.

Kalau terjatuh dan terheret, malu dan menyakitkan.

Namun eskalator  tetap berbahaya jika kita cuai. Terdapat kes kanak-kanak tersepit dan cedera di eskalator.

Mungkin pembaca masih ingat sebilangan kes terbabit.

Kekadang kita selalu take things for granted walhal bagi segelintir pengguna, menaiki eskalator itu mempunyai risiko tersendiri.
posted from Bloggeroid

9 ulasan:

  1. elevator memudahkan pengguna tapi tetap ada hazard.

    kanak-kanak hanya memikirkan keseronokkan, mereka tidak nampak bahaya-bahaya disekeliling mereka. Ibu bapa mesti memantau anak-anak semasa menggunakan elevator supaya kemalangan (seperti tersepit elevator) dapat dielakkan.

    BalasPadam
  2. rasanya tertukar kot...

    eskalator = tangga bergerak
    elevator = lift

    BalasPadam
  3. sebenarnya ada adab nak naik elevator ni... semua yg naik elevator kena berdiri di sisi sebelah kiri sahaja agar org yg nak cepat boleh berjalan di sisi sebelah kanan (boleh google). tapi budaya kita ni pelik sikit, eskalator tu kalau boleh nak jugak berdiri penuh kiri kanan, kalau yg couple tu time tu la nak berpelukan pegang tangan, tubuh pasangan masing2.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Tertarik bila Mazidul kata sebab dulu org pakai labuh...

    Zaman ni kita 'sengsara' kalau masa naik eskalator tu, orang depan kita pakai skirt pendek...serba salah nak pandang mana...hehe...

    BalasPadam
  5. SMTI - Pernah terjadi semasa sedang di eskelator, tiba-tiba tangga terhenti dan ramai makcik makcik yang jatuh terguling kebawah akibat hilang keseimbangan dan menimpa pengguna dibawah. ramai yang luka-luka kecil dan ada juga yang hilang beg tangan. Berlaku di 'Hankyu Jaya' Jalan Tuanku Abdul Rahman, masa saya masih sekolah rendah.

    BalasPadam
  6. mak saya pernah jatuh dari eskelator sebab anak saya melompat turun..nasib baik dah rendah dan tak tersepit...huhuhu

    BalasPadam
  7. Thanks for posting. For guidance on how to use an elevator see my video on youtube. "Guide to use and elevator" and "elevator etiquette and manners". Shaun Kwong - Home Elevator http://www.elevatormalaysia.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.