Dua hari lalu, dua bouncers kelab malam ditembak mati di Kuala Lumpur di hadapan khalayak ramai.
Semalam, di Terengganu, lelaki Melayu sedang bermain dam bersama rakan disahkan mati akibat ditembak dari jarak dekat oleh suspek berbangsa Malayu.
Manakala sebelum ini lelaki India sedang menunggu anak berhampiran sekolah di Subang Jaya, Selangor juga ditembak mati di dalam kenderaannya.
Tentunya ramai berkata, ajal mereka sudah tiba.
Kes jenayah seperti itu menarik perhatian saya. Tanpa senjata api, pistol, kes itu tidak mungkin berlaku biarpun kematian adalah lumrah alam.
Dalam 3 kes di atas, 3 pistol digunakan. Timbul persoalan, dari mana datangnya senjata api terbabit? Pastinya di negara kita pistol tidak boleh dibeli di kedai pinggiran jalan.
Malaysia berbeza jika dibandingkan dengan Thailand. Sewaktu di Bangkok, saya melihat senjata api dijual di kedai tepi jalan dengan harga RM700 sahaja atau lebih murah daripada itu.
Justeru tidak hairan jika nyawa manusia mampu diragut bak nyawa tikus di negara jiran kita.
Untuk rekod, saya pernah melakukan liputan di Sungai Golok, suatu ketika dahulu. Kini dipercayai terdapat kira-kira 133 jeti haram di sepanjang sungai menjadi sempadan di antara Malaysia dan Thailand itu.
Kegiatan menaiki bot galah untuk menyeberang sempadan masih berterusan sehingga kini jika penduduk ke dua negara enggan menggunakan pintu masuk sah di darat.
Tambang dikenakan di antara 50 sen dan RM1 sahaja.
"Rakyat tinggal di dua tebing ramai bersaudara dan menyeberang sungai menggunakan bot galah sudah menjadi kegiatan turun temurun"
Itu alasan digunakan oleh mereka bertanggungjawab memantau kegiatan di Sungai Golok.
Di jeti haram, pelbagai barangan diseludup di antara dua negara, antaranya beras dan bawang putih. Manakala di daratan, kegiatan menyeludup petrol menggunakan kenderaan pick-up dari Malaysia ke Thailand masih lagi tidak dapat ditangani secara total.
"Bawang putih di Thailand, kualiti kurang baik. Malaysia punya lebih bagus," ujar peniaga saya temui.
Saya masih ingat, membalut buah kelapa, saya anggarkan seberat pistol semi-automatik di dalam plastik berwarna merah dan membaling buah kelapa terbabit ke seberang Thailand. Penduduk negara jiran berdiri di tebing Jeram Perdah, menyambut kelapa dibaling hanya menggunakan sebelah tangan sambil tersenyum.
Sekaligus saya terfikir, betapa mudah untuk menyeludup senjata api ke negara kita jika dirancang secara rapi.
Sungai Golok, panjang dan tidak mampu dipantau oleh pihak berkuasa Malaysia selama 24 jam sehari. Tambahan pula manusia tidak dapat lari dari sifat lalai sewaktu menjalankan tugas mereka.
posted from Bloggeroid
kenapa wujud je orang2 yg suka menyusahkan orang lain, buat jahat, seludup pistol, tembak orang, rompak kedai, culik budak kecik... kenapa kenapa???
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Bro pun da ada jawapan, mungkin diseludup dari thailand. Kes seperti ini pasti menakutkan kita.
BalasPadamBro Mazidul, berdasarkan statistik yang PDRM bagitau bahawa kadar jenayah berkurangan. Bro ada tak butiran terperinci statistik tersebut?
Adakah yang berkurangan banyak tu kes bunuh, rogol, samun dan kes yang melibatkan nyawa & darah mangsa?
ambil alih je kedai atau rumah yang berhampiran dengan sungai dan buat tembok serupa yang ada kat sebelah utara kalau boleh 20 hingga 50 meter dari tebing sungai, kalau nak buat seribu daya taknak seribu dalil.
BalasPadamyang PGA cakap tentera tak buat kerja, yang tentera cakap PGA tak buat kerja...
saya sokong mat det nya saranan buat tembok di tebing tapi mungkin kekangan budget tu yg tak dapat buat tembok kat tebing tu.zaman dulu nak bunuh org main santau2 je tapi skang semua santau guna pestol je hehehe
BalasPadamInilah akibat manusia tiada Tuhan di hati. Bila manusia ada Tuhan , dia akan jadi baik.
BalasPadamKita nak PDRM dengan sikap dan tahap profesionalisme negara maju.Gaji yang dibayar setimpal dgn negara maju tak per la juga.
BalasPadamPeralatan peribadi untuk tugas dan menjamin keselamatan pun cuma setakat tahap negara ketiga.Masih ada lagi yg tak menghargai PDRM? Manusia memang tidak pernah puas dengan pengorbanan orang lain..btw..banyak sgt komplen..kenapa kita sendiri tak nak jadi polis, tentera dsbgainya..ada org lain yg sanggup kerja kita dok perlecehkan
(MAAFKAN SAYA KALAU LARI TAJUK SIKIT!!) Minta tolong saudara Mazidul cover story pasal warga Iran atau 'timur tengah' yang banyak di Malaysia. Kalau pergi di Bukit Bintang, Mont Kiara, Sir Hartamas dan Ampang banyak restoran atau penempatan mereka di sana. Dah banyak kes kita lihat warga Iran atau 'timur tengah' nie bawa masuk DADAH atau MEMPROSES DADAH!! Kes tipu passport (permit) dan macam2 lagi. Saya cadangkan program "Malaysia My Second Home" patut dikaji semula atau dihapuskan!!. Minta tolong sangat2 saudara Mazidul bangkitkan perkara ini!!!
BalasPadamApa guna tentera kita yang banyak jika sekadar menghabiskan wang rakyat utk membayar gaji. Cuba la buat satu kem tentera kat situ, nescaya pasti sedikit sebanyak dpt dikurangkan. umum dh tahu tempat tu kaya dgn penyeludupan dan kerja haram. tapi pihak berwajib pandang sblah mata saja. Kastam buat operasi, sekali dlm sebulan. tu pun kalau ada. gitu juga dgn UPP. Org buat keja haram tu tiap masa, tiap hari x kira pagi malam cuti umum. Bagi aku lebih baik tentera berkawal 24jam disempadan panas..
BalasPadamkita patut buat tembok yang macam kat palestin tu..dan setiap pintu utama ada pos tentera dan polis..insyaalah... kalau kita nak keja orang bawa pistol ni memang susah..baik kita tutup jalan utama pistol ni masuk...
BalasPadamkent1189 - tak baik merendahkan pekerjaan tentera... masing-masing ada tugas tersendiri. tentera tidak berperanan untuk cegah penyeludupan. meraka berperanan sebagai benteng pertahanan. tapi aku setuju hang punya cadangan bagi pada tentera kawal. tapi mesti ramai tak suka sebab tentera nie lurus kayu... takleh kawtim
BalasPadamwww.peniaga-kerdil.blogspot.com