Jam 3 petang semalam saya menyertai taklimat operasi menyelamatkan pengemis bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
48 kakitangan JKM, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terbabit dalam operasi membabitkan 6 lokasi itu.
Kira-kira jam 3.40 petang, wanita tempatan berusia 28 tahun bersama anaknya diselamatkan Jalan Putra berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sebaik dihampiri, wanita bertubuh gempal dan kelihatan kemas berbaju kurung itu mula meraung dan panik.
"Jangan ambil anak saya! Jangan ambil anak saya!," teriaknya.
Saya hanya memerhati dari jauh sambil merakamkan gambar. Sebaik wanita berasal dari Gombak, Selangor itu diminta menaiki kenderaan disediakan oleh JKM, raungannya semakin kuat.
Jalan utama di Kuala Lumpur sesak menjelang sambutan hari raya.
Saya dan jurukamera, Rohaizat Roslan menaiki lori JKM bersama dengan 3 pengemis tempatan dan asing diselamatkan di lokasi pertama dan kedua.
Biarpun hujan turun rintik-rintik, operasi dirancang tetap diteruskan.
Wanita tadi masih terus menangis sambil duduk di kerusi bersama anak kecilnya, berusia 3 tahun. Di sebelahnya juga wanita berbangsa Melayu berusia 37 tahun, memeluk anak lelaki, 2 tahun dan mereka tinggal di Subang Jaya, Selangor.
Sesekali mereka kelihatan berbisik di antara satu sama lain. Barangkali berkongsi kisah derita kehidupan di lalui selama ini.
"Suami di mana?," soal saya kepada wanita pertama diselamatkan.
"Suami saya di rumah, dia penagih dadah dan kini menganggur. Sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu lori," ujar ibu berusia 29 tahun itu.
"Berapa orang anak?," tanya saya lagi.
"Dua orang, ini dan seorang lagi 8 bulan, tinggal di rumah. Sebenarnya suami tidak tahu saya datang mengemis, ini kali pertama. Hendak mencari duit membeli baju raya anak," dakwanya.
"Saya pun sama, baru kali pertama mengemis. Suami saya juga menganggur tetapi anak saya 4 orang, berusia di antara 2 dan 13 tahun. Tadi saya ditahan bersama perempuan Myanmar itu," celah wanita kedua.
Jika benar kenyataan dua isteri terbabit, saya berasa agak hairan.
Suami 'mengangkang' di rumah, mereka terpaksa mengemis di jalanan untuk mencari duit perbelanjaan menyambut hari lebaran.
Dalam operasi itu 22 pengemis diselamatkan, 13 kanak-kanak.
Terima kasih kepada kakitangan JKM Wilayah kerana sudi membantu menjayakan rakaman untuk Majalah 3. Pelbagai lagi kisah benar bakal saya kongsikan bersama semua penonton apabila tiba waktunya kelak.
Pelajar Tahfiz Amal di Yan, Kedah, berusia 14 tahun di bawah juga diperiksa.
"Saya belajar mengaji 4 jam di waktu pagi dan kemudian mengutip derma selama 8 jam. Datang ke sini (Bangsar) pada jam 1 tengahari dan ustaz akan jemput untuk balik ke Sri Damansara pada jam 9 malam, sepanjang bulan Ramadan," jelasnya sambil menangis.
"Terima kasih di atas penjelasan itu," ujar saya.
Sebelum diperiksa, dia melarikan diri bak lipas kudung sebaik menyedari kakitangan JKM berada di kawasan sekitar.
Malangnya 'ustaz' membawa dia ke lokasi itu tidak pula kelihatan di kawasan sekitar.
lelaki jenis macam ni jenis tau nak buat anak je.. buat duit malas.
BalasPadamBelajar mengaji 4 jam. Mengemis 8 jam? Harus diberi pengajaran juga ustaznya itu! Mempergunakan anak2 kecil. Keji!
BalasPadammengenai kanak-kanak yang mengutip derma dari Yan itu sungguh ramai di sekitar kawasan Utara..
BalasPadamkalau sakalipun tidak mencukupi dana untuk menampung perbelanjaan pengurusan & pendtadbiran sekolah, jangan lah di korbankan masa kanak-kanak ini dengan meminta sedekah amal jariah..adalah lebih baik di panjangkan perkara ini ke peringkat kerajaan negeri atau persekutuan, atau mana-mana dana & sumber yang lebih efisyen dalam membantu persekolahan mereka..
apa yang di risaukan mereka ini kanak-kanak yang mudah terdedah kepada jenayah seperti di culik atau di rompak..
mohon kepada yang bertanggungjawab untuk meneliti dan menyelesaikan isu ini..
-yang simpati-
smti...entry yang menarik.. mampu membuka mata dan minda bahawa realitinya wujud senario sebegini dalam kehidupan manusia khususnya masyarakat malaysia...
BalasPadambotol minuman tu la yang diberi pada saya masa warden sekolah tahfiz tu minta derma di petronas bangi...yang peliknya warden tu kelihatan seperti gadis 14 tahun je...kesian diorang..penat berdiri...mohon pihak bertanggunjawab ambil perhatian penyalahgunaan kanak2 ni..
BalasPadamSMTI
BalasPadamsaya kesian dengan kanak2 yg patutnya belajar tetapi dikerah memungut derma...kata hantar tahfiz untuk belajar...tapi kenapa kena kutip derma? kadang taknak bg kesian...saya pernah tanya budak2 ni berapa mereka kena kutip sehari...jawapannya RM500 kalau tidak mereka akan dimarah oleh ustaz...kalau seorang kanak2 RM500 kalau 10 orang? padanlah ada ustaz2 tahfiz berkereta besar...mudah dpt duitnya...dimana barakahnya niat mereka? saya bersetuju dengan darwis...keselamatan kanak2 ini pula bagaimana?
kenapa bbdk tu plak yg kena minta derma? kenapa tak ustaz tu sendiri yek?
BalasPadambaca tajuk mula2 ingatkan isteri mengangkang di rumah manakala suami... kalau isteri dok tiap2 hari mengangkang kat rumah aku pun nak jadi suami tu hehehe... tapi bila baca rupa2nya suami yg mengangkang dan isteri yg terpaksa berhempas pulas cari rezeki, dia lah lelaki yg paling loser dan tak layak pun digelar lelaki
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
eliok kalau pasang trap tangkap/siasat ustaz2 dia orang pulak...ustaz2 tu elok2 buat ibadat kan umah..anak murid kena kutip derma..ini tidak adill
BalasPadamsalam..
BalasPadamkat stesen lrt masjid jamek tu pun ramai pngemis.mggu lalu sy turun kl,lngan sy ditarik oleh pmpuan yg agak berumur,berkulit sgt cerah..mcm bkan org melayu.mula2 dia kata kain ke duit dia tercicir..pastu tetiba kata nak mnta duit beli kasut sbb kasut dia dah koyak..pelik betul.kt sana ada bbrp lg org mngemis,yg hairannya penguatkuasa dbkk yg buka khemah kt luar tu mcm buat x nmpak je.mcm haram je sy tngok!
SMTI
BalasPadamRamai lelaki begitu sekarang....sebab tulah ramai perempuan terpikat dengan org seberang atau org asing yang pada pendapat dia org lebih rajin dari lelaki tempatan ni...
BalasPadam